Rezeki

Khamis, 27 Oktober 2011

Langkah Demi Langkah

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih izin kita teruskan kembara kehidupan. Lately, cuaca sangat tak menentu. Hujan panas silih berganti. Jaga diri ya sahabat sekalian. Kalau rasa nak demam, cepat-cepat jumpa doktor. Kalau badan tak sihat, nak beribadat pun tak selesa, kan? (^_~). Semoga dalam dakapan iman sentiasa hendaknya.

***

Beberapa sahabiah seangkatan bakal bergelar ummu. Alhamdulillah, rezeki dariNYA. Syukur. ALLAH kurniakan anugerah. Anak soleh, permata hati ayah bonda. (^_~). Semoga dipermudahkan segalanya. Amanah yang bakal dipikul, semoga dapat ditunaikan sebaiknya, dengan bimbingan ALLAH yang esa.

Tidak kurang juga yang bakal bertukar status. (^_^). Selamat menempuh alam perkahwinan. Dalam kembara kehidupan, senang atau susah, semuanya merupakan ujian dan nikmat buat kita. Kadangkala kita sukar untuk menyatakan samada kesenangan itu suatu nikmat ataupun merupakan ujian buat kita. Terpulang pada diri, bagaimana kita mentafsirkannya.

Hidup berumah tangga bukanlah semudah atau sesusah yang kita dengar dari pengalaman insan-insan sekeliling. (^_~). Lain orang, lain ujiannya. Lain orang, lain tahap imannya. Semuanya berbeza. Mungkin ujian yang dipandang kecil apabila diterima oleh orang lain, akan dirasakan berat apabila terkena diri sendiri. Segalanya mungkin, kan?

Celoteh dari insan kerdil yang masih baru berjinak-jinak dengan suasana berumah tangga, pastinya tak sama dengan apa yang diperkatakan oleh insan-insan senior. (^_^). Ya, semua orang tidak sama. Mungkin hampir sama, tapi masih tak serupa. Ada lainnya.

***



Apa pun, doa akan sentiasa mengiringi. Semoga rumah tangga muslim yang bakal dibina akan mendapat redhaNYA, dirahmati dan dilindungi.

Perkahwinan bukan sekadar mengikat dua hati, tapi perkahwinan mengeratkan dua keluarga yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Bukan hanya perlu menjaga perasaan suami/isteri, tapi turut melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.  Perkahwinan bukanlah medan untuk kamu berfikir tentang penerimaan segala kemanisan semata-mata, tapi merupakan satu medan untuk memberi yang terbaik. Menjadi medan juang antara kematangan fikiran dan perasaan. Jangan terlalu impikan kesenangan yang berpanjangan, kerana sesekali pasti akan dihempas badai. Cintailah DIA dengan sepenuh hati, pasti kamu akan dianugerahkan pasangan yang turut menyerahkan hatinya kepada DIA. Carilah redhaNYA setiap masa, jagalah hubungan dengan DIA sebaiknya, insya'ALLAH, hubungan sesama makhluk akan terjaga.

Ingatan untuk diri sendiri dan perkongsia untuk yang bakal menempuh alam perkahwinan. Semoga ada manfaat yang dapat kita kongsikan bersama. (^_^). Hanya sedikit coretan yang dizahirkan di papan kekunci, untuk tatapan mata-mata yang sudi. Selamat membaca.

Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 25 Oktober 2011

Jom Belajar Memasak..(^_~)

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, dengan izinNYA, kita masih lagi dikurnia masa dan nyawa. Dengan izinNYA, masih lagi merasai nikmatnya iman dan ISLAM. Dengan izinNYA, kita masih lagi bersama.

Alhamdulillah, DIA maha Pengasih, Maha Penyayang.

Disaat entry ini ditaip, jam menunjukkan angka 04:11 pm. Sekejap lagi, ana bakal meninggalkan ofis. (^_~). Tapi, nak juga ambil masa untuk berkongsi / berceloteh.

***



Tadi singgah sebentar di Audi, tak sangka ada jualan. Ada gerai buku dari terbitan PTS. Wah, ini sudah baik. Masalahnya, duit pula tak bawak. :p. Nasib baiklah kak Mun yang chomel sudi pinjamkan. (^_~). Maka, berpeluanglah beli 2 buah buku masakan. Ini lah rupa bukunya :




(^_~). Sangat best koleksi yang ada dalam ni. Mudah. Tak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting, kita ada semangat nak masak sendiri.

Bak kata kakak kepada diri ini di suatu hari sebelum menjadi isteri dulu : " Tak penting pun kita pandai masak atau tak. Tapi yang paling penting, kita rajin nak masak. Sekali cuba, memang susah nak jadi. Tapi kalau dah selalu buat, nanti pandailah. Suami lagi suka kalau isteri dia suka masak. Tak sedap, boleh sama-sama belajar dan cuba."

Hehe, yup, memang betul! Kadang-kadang tu campak-campak je. Walaupun terlebih 'garam', zauji tetap makan dengan berselera dan puji-puji.. Ahaksss.. (Pastu rasa macam tak percaya, cuba sendiri, baru tau bahawa diri ini sudah meletakkan garam dengan kuantiti yang banyak). Bila jadi macam tu, makin motivate diri supaya lebih kerap masak dan improve!

Ayah pun sama, selalu kalau anak-anak masak apa pun, memang laju je makan. Walaupun kami sendiri yang masak ni, tak berapa nak lalu, tapi ayah tetap makan dengan berselera. Cuma, lepas habis makan, memang ayah pesan. Pasni kurangkan ini, itu. Tambah ini.. Hehe.. Hebatlah!

***

Dua-dua lelaki dalam hidup ana ni memang best! Ni yang makin semangat nak masak banyak-banyak. Dahla jarang-jarang dapat jumpa, kalau nak masak pun malas, haaa, memang nak kena rotan lah!

So, puan Syuhada... Belajar rajin-rajin ya. (^_^).

Kepada yang membaca juga, ayuh sama-sama belajar masak. Masak sendiri lebih terjamin BERSIH dan HALAL nya.

Pandai atau tak, tak penting. Yang penting, RAJIN! ok?

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 21 Oktober 2011

When I say.. I am a Muslim

Assalamua'laikum.

Semoga sihat sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat seadanya.

Beberapa kali membaca ayat ini di blog sahabat sefikrah. Suka! Jadi, ana nak kongsikan bersama sahabat sekalian. Moga ada manfaatnya.

***



When I say. . .I am a Muslim, I'm not shouting " down with Christians and Jews." I am whispering "I seek peace," and Islam is the path that I choose.

When I say. . . I am a Muslim, I speak of this with pride. And confess that sometimes I stumble, and need Allah to be my guide.

When I say. . .I am a Muslim, I know this makes me strong. And in those times when I am weak, I pray to Allah for strength to carry on.

When I say. . . I am a Muslim, I'm not boasting of success. I'm acknowledging that Allah has rescued me, and I cannot ever repay the debt.

When I say. . .I am a Muslim, I'm not claiming to be perfect. My flaws are indeed visible, but Allah forgives because his followers are worth it.

When I say. . .I am a Muslim, it does not mean I will never feel pain. I still have my share of heartaches, which is why I invoke Allah's name.

When I say. . .I am a Muslim, I do not wish to judge. I have no such authority My duty is to submit to Allah's all-encompassing love.


***

Thanks kak Zula.. (^_~)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 20 Oktober 2011

Yang HALAL dan BAIK itu sangat nikmat.

Assalamua'laikum.

Bertemu lagi. Alhamdulillah, DIA masih izinkan. Dengan bekalan iman dan ISLAM, alhamdulillah, tak terhitung nikmatnya.

Hari ini, hari Khamis, bertarikh 20 Oktober 2011. Bermakna sudah 11 bulan dan 1 hari diri ini dianugerahkan cinta halal oleh ALLAH, Pencipta cinta.

*syukur*

11 bulan 1 hari yang berlalu,
walaupun tidak menjalani hidup sebagai suami isteri dibawah satu bumbung sebagaimana pasangan yang lain, namun tetap rasa bahagia. Ya, sangat bahagia. Motivasi diri : ALLAH bagi peluang untuk kami menyemai rindu, menyulam cinta!

11 bulan 1 hari yang berlalu,
walaupun seringkali manik manik mahal menemani detik-detik sukar tanpa suami di sisi, namun tetap bahagia. Ya, sangat bahagia. Motivasi diri : ALLAH sedang menguji, sejauh mana pergantungan kita kepadaNYA. Dia yang bagi sakit, hanya DIA yang mampu menyembuhkannya!

11 bulan 1 hari yang berlalu,
walaupun hanya bertemu sekali atau dua kali dalam sebulan, tetap bahagia. Ya, sangat bahagia. Motivasi diri : Sesuatu yang terbaik, memang susah nak dapat. (^_~). Perlu banyak bersabar, nanti ALLAH bagi ganjaran. (akan sentiasa mengawal diri dari melakukan sesuatu yang bakal mengguris hati yang dicintai. Masa 2 hari, perlu dimanfaatkan sebaiknya! )

11 bulan 1 hari yang berlalu,
RINDU..ya, tak boleh nafi. Sangat rindu pada pengarang jantung yang satu itu. Lebih-lebih lagi di saat kita sangat memerlukan perhatian dan sokongan. Sukar nak kawal hati. Motivasi diri : Perpisahan sementara. Perlu banyak bersabar. Tiada kesenangan tanpa kesulitan!

***

Semoga cinta ini mendapat redhaNYA. Izinkan kami bercinta hingga ke SyurgaMU, ya ALLAH.

19 November 2010, 12 Zulhijjah 1431.

Sudah hampir setahun berlalu. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. (^_~)

Di saat lafaz sakinah diucapkan. Berpuluh-puluh jasad menjadi saksi detik istimewa tersebut. Kami amat hargai doa yang tak putus-putus dari kalian. Semoga ALLAH perkenankan doa yang kita titipkan.

***

Terima kasih ya ALLAH, hadirkan sahabat-sahabat yang solehah kepadaku. Terima kasih atas kesudian menemani diri ini. (^_~). Walau tak terucap oleh lidah, tak terzahir di pendengaran, insya'ALLAH, dalam diam doa buat kalian tak pernah dilupakan. Sayang sokmo!

***

*selalu baca blog suami isteri yang berjauhan. Lagi lama tak jumpa. Ada yang duk dalam Malaysia, tapi sorang duk semenanjung, sorang duk Sarawak. Ada juga yang masih belajar, sorang dalam malaysia, sorang lagi duk luar negara. Lagi mencabar kan? So, sabar la Puan Syuhada ye.. Ingat, kalau rasa diri ni susah, orang lain lagi susah, tau! S.A.B.A.R! Sabar tu kan indah? (^_~)

Terima kasih kepada yang masih sudi membaca coretan. Mode rindu sudah datang! Ahakss. Sangat malu sebenarnya, tapi alang-alang dah taip, n rasanya tak ada yang mengaibkan zauji mahupun diri ini, jadi, ana publish juga..=p.. semoga ada juga manfaatnya, terutama bagi yang berjauhan seperti kami. (^_~)



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Speed typing - lama tak buat.. (^_~)

Assalamua'laikum

Apa khabar semuanya? Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Hari ni test jari jemari.. Rasa macam lama tak buat speed typing. =p

Jom tengok result :

40 perkataan
Speed test


Jom test lagi.. (^_~)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 18 Oktober 2011

Kita Hanya Meminjam

Assalamua'laikum.


Semoga semuanya dalam kalungan kesihatan yang baik, dilimpahi kasih sayang dariNYA.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Segala puji dan puja hanya untukNYA, yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Maha berkuasa atas segala. ALLAHUAKBAR.

***

Nikmat usia.

Ada yang tidak sempat menjenguk dunia, telah dipanggil menyahut seruan ilahi. Ada juga yang baru saja singgah di dunia ini, tapi pantas saja menyahut seruanNYA. Ada yang diberi kesempatan untuk hidup sehingga bertahun-tahun, malah berpuluh-puluh dan ada juga yang mencapai ratusan tahun. Semuanya adalah dengan izin ALLAH semata.

Usia yang ada, andai diguna dengan sebaiknya pasti bermanfaat untuk diri. Tapi jika hidup hanya ada murka Ilahi, pengakhiran yang buruklah yang akan menanti.

Hidup ini, sangat singkat. Bila-bila masa saja boleh tamat. Kalau yang sakit, atau yang sudah lanjut usia, pastinya dapat dijangka bahawa kematian sudah semakin menghampiri. Tapi, ada yang sihat, tapi meninggal akibat kemalangan. Ada yang sihat, tapi meninggal tanpa sebarang petanda awal. Pelbagai cara maut datang menjemput. Giliran kita, boleh jadi bila-bila masa saja.

Kematian sangat dekat dengan kita. Kiri kanan depan belakang, kematian seringkali dikhabarkan. Tua muda miskin kaya, kematian tidak mengenal siapa. Tiada siapapun yang boleh mengelak. Tiada siapapun yang boleh melambatkan. Sampai masa, dengan ketentuanNYA, pasti mati.

Semuanya hanyalah pinjaman. Bila sebut tentang pinjaman, bila-bila masa saja boleh ditarik balik. sampai masa yang ALLAH tentukan, semuanya akan dikembalikan kepadaNYA. Kita, tidak punya apa-apa. Lemah, lupa, hina.. Itulah hakikat kita. Makhluk yang tak punya apa-apa. Hanya seorang hamba.

ALLAHUAKBAR.

Sementara masih ada ruang masa, sama-samalah kita tingkatkan usaha. Cari redha ALLAH setiap masa. Apa guna angka yang makin bertambah, jika tiada satu saatpun yang diberkati dan diredhaiNYA? Apa guna usia yang meningkat, jika tidak langsung memberi manfaat?



Diri dan sahabat yang dikasihi sekalian,

sama-sama kita mencari redhaNYA. Walau siapapun kita sebelum ini, walau dimana sekalipun tahap kita sebelum ini, walau seteruk mana sekalipun kita sebelum ini, jangan pernah berputus asa dengan rahmat ALLAH. DIA sentiasa menerima taubat kita. Tiada manusia yang maksum melainkan rasulNYA. Tiada siapa yang dapat lari dari dosa, Namun, pintu taubat sentiasa terbuka. Masih ada masa untuk kita kembali ke jalan yang DIA redha. Masih ada peluang untuk kita tebus semula kesilapan kita yang dulu.

Apa yang telah berlaku, jadikan sebagai teladan. Jadikan sebagai sempadan. Pohonlah keampunan dariNYA. Pohon kemaafan sesama manusia.

Apa yang penting, baki hidup yang masih ALLAH kurniakan ni, kita gunakan sebaiknya. Jom jadi hambaNYA yang bertaqwa.

Semoga ALLAH ampunkan dosa-dosa yang kita lakukan.

Astaghfirullahala'zim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim..

wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 14 Oktober 2011

Pelbagai cerita di sekeliling kita. (^_^)

Assalamua'laikum.



Apa khabar semuanya? Semoga hari ini dilalui dengan cemerlang. Esok, harapan menggunung semoga yang lebih baik bakal dihasilkan.

Kami, alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan yang entah dimana penghujungnya. Bila-bila masa saja mungkin penamatnya. Wallahua'lam. Apapun, kita perlulah sentiasa berusaha untuk menjadikan setiap detik dalam kehidupan kita sebagai detik terbaik dan sentiasa meningkatkan taqwa kita kepadaNYA. Apalah ertinya hidup kita di dunia ini andai tiada satupun yang mampu menjadi bekalan ke negeri abadi? Apalah ertinya kehidupan di dunia ini jika semuanya hanya mengundang murka ALLAH?

ALLAHu ALLAH.

Segalanya hanya dari DIA dan hanya kepadaNYA kita dikembalikan.

***

Tadi terdengar perbualan ibu-ibu. (^_~). Suka dengar para ibu ni sembang-sembang.

"Sejuk hati bila ada anak soleh, kan?" ibu A.

"Siapa yang tak nak dapat anak soleh, kan? Semua orang nak." Ibu B.

"Memang semua orang nak. Saya memang selalu doa, harap-harap adalah rezeki saya untuk dapat anak soleh ni. Sekarang ni kita tak membesarkan anak-anak sendiri. Tak tahulah macam mana anak-anak kita tu kat rumah. Balik rumah dah gelap. Keluar rumah embun pun duk menitik lagi. Harapkan ALLAH yang jaga anak-anak ni". Ibu A.

"Iyelah. Sekarang ni macam-macam berlaku. Saya selalu pesan dekat anak-anak. Solat tu jaga. Jangan duk tinggal suka-suka je. Nanti dapat dosa. Kita ni kena selalu peringat kat anak-anak. Solat tu tiang agama. Kalau solat tak didirikan, robohlah agama kita." Ibu B.

"Betul tu. Kalau solat tak dijaga, nanti nasihat pun susah nak lekat kat hati." Ibu B.

****

Tak sempat dengar habis, sebab terpaksa sambung kerja. (^_~).

Apa yang dibualkan oleh mereka, berkesan di hati ana. Ya, sekarang ni makin risau dengan keadaan sekeliling. Andainya kumampu menjaga sendiri bakal zuriat nanti, alangkah bahagianya. Namun, sangat banyak kekangan yang mendatang. Terasa sangat cemburu pada ibu-ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa. Ya, ana cemburu pada kalian. (T.T).

Namun tetap juga berdoa, semoga ALLAH permudahkan segalanya. Lembutkan hati insan-insan yang sangat membantah jika ana berhenti kerja. Ya ALLAH, permudahkanlah. Nak seribu daya, kan? Doa, doa..

Doakan kami murah rezeki ya. Best kan kalau dapat buka nursery @ buat bisness kedai makan @ kedai buku @ buka PASTI????????? Ya ALLAH, permudahkan.. aminnnn..

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 10 Oktober 2011

Nisa' Cycling Day @ Taman Botani, Putrajaya


Assalamua'laikum.

Semoga dalam redha ALLAH sentiasa hendaknya. Apa khabar ya kalian hari ini? Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Dikesempatan yang ada, ingin ana hebahkan, Nisa' Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Nisa' Putrajaya akan mengadakan program "Nisa' Cycling Day" yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:


Tarikh : 16hb Oktober 2011 (Ahad)
Tempat : Taman Botani, Putrajaya.
Masa : 8.00 pagi (berkumpul di Taman Botani, Putrajaya)

Bayaran penyertaan : Rm10 (sewa basikal + makan minum)

Program ini terbuka kepada semua wanita berumur 18 - 40 tahun.

Penyertaan adalah terhad. Apa tunggu lagi? Untuk pendaftaran, hubungi :
1) Sarah 012-9384478
2) Rehan 012-3049868

Jangan lepaskan peluang. Jumpa di sana... (^_~)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 6 Oktober 2011

Hati yang baik itu milik sesiapa yang DIA kehendaki...

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat sejahtera sentiasa hendaknya. Sesekali ditemani demam dan sakit tu, biasalah. Kifarah, insya'ALLAH. Yang penting, sabar. Dengan izinNYA, pasti membuahkan hasil yang sangat tinggi nilainya disisi ALLAH. Fasobrun jamil!

Kami, alhamdulillah sihat walafiat. (^_^).

Semalam jalan-jalan ke KL. Ya, Kuala Lumpur. Bukan Kota London atau Kubang Lebur (di Kelantan). =p

Menunggu ERL, seorang uncle berbangsa Cina sedang duduk di bangku. Beliau pandang saja kami (3 orang muslimat) yang berdiri. Lantas beliau bangun dan mempersilakan kami untuk duduk. Oh, thank you, thank you Uncle. Sangat bersyukur. Memang lenguh juga kaki ni. Nasib baik Uncle bagi tempat. Baiknya beliau. Dalam hati berdoa, semoga beliau diberi hidayah oleh ALLAH yang maha kuasa.


***



Terus saja beratur untuk beli tiket ke Plaza Rakyat. Kemudian kami ke tempat menunggu. Kat sana, agak ramai orang. Tempat duduk penuh. Kemudian ada seorang uncle berbangsa India bagi tempat kepada sahabat ana yang bawa anak kecil ni. Alhamdulillah, masih ada yang baik hati. Terima kasih uncle. Kami berdua masih berdiri, memberi ruang kepada sahabat yang ada anak kecil untuk duduk. Hanya memandang sekeliling. Ramai anak muda yang duduk-duduk di bangku yang tersedia. Ramai juga pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang berdiri lama menunggu ketibaan tren.

 Semoga ALLAH buka pintu hati kita semua. Buka mata zahir untuk melihat keadaan sekeliling.

Mohon undur diri dulu. wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 4 Oktober 2011

ALLAH maha Kuasa atas segala.

Assalamua'laikum.

Semoga sahabat sekalian sihat-sihat saja hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izin ALLAH yang esa.




***

Semalam, tengok berita. Oh, sangat menakutkan dan menyayat hati. Seorang remaja berusia 19 tahun telah didapati mencampak anaknya sendiri yang baru dilahirkan, dari tingkat 2. Bayi tersebut ditemui di dalam longkang. Kalau sesiapa tengok berita semalam, memang boleh tengok kan, betapa keciknya longkang tersebut. ALLAH, sanggup mereka buat macam tu? Orang lain duk berdoa siang malam, mohon supaya dikurniakan anak. Tapi mereka?? Campak anak macam buang sampah. Macam mana lah agaknya keadaan remaja tu sekarang? Moga ALLAH bukakan pintu hati mereka, diberi hidayah.

Jom ikuti kisah tersebut selanjutnya :

GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.


Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.

Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.

Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.

http://www.hmetro.com.my/articles/Titisandarahkesansuspek/Article

Moga diberi hidayah, adikku... Doakan mereka.

Al-Fatihah buat si kecil..
 
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers