Rezeki

Khamis, 30 Jun 2011

Forum Ehwal Islam @ Masjid Putra, Putrajaya pada 30 Jun 2011

Assalamua'laikum.



Sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian, ana ingin sekali berkongsi satu maklumat berkenaan dengan majlis ilmu yang akan berlangsung pada MALAM INI.

Berikut disertakan butiran mengenai majlis tersebut :

Tarikh KHAMIS, 30 Jun 2011

Tempat DEWAN SOLAT UTAMA MASJID PUTRA,PUTRAJAYA

Detail :-

PROGRAM BERMULA JAM 7.00 MALAM- 10 MALAM (CERAMAH BERMULA SELEPAS SOLAT MAGHRIB)

TAJUK: ISRA' & MIKRAJ: 'IBRAH SEBUAH PERJALANAN

PANEL 1: US.HASRIZAL ABD. JAMIL (PENGARAH URUSAN SYNERGY TRAINING & CONSULTING) -beliau menulis di blognya, 'Saifulislam.com'

PANEL 2: DR. MOHD HARIDUN (KETUA UNIT AEROANGKASA, MALAYSIAN OF AVIATION TECHNOLOGY, UNIKL)

MODERATOR: US.HUSNI ABD.RAHMAN (PPZ MAIWP)

sumber : http://www.masjidputra.gov.my/02/index.php?a=akt

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 29 Jun 2011

Bila Si Puteri sudah dilahirkan



Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga baik-baik aja hendaknya. Ana, alhamdulillah, sihat walafiat, dengan izin ALLAH yang maha Kuasa.

Alhamdulillah, pada tarikh 25 Jun 2011/23 Rejab 1432h, telah lahir seorang lagi ummat Nabi Muhammad s.a.w di muka bumi ini.

Seorang bayi perempuan yang telah diberi nama Nur Subhi'ah bti Mohamad, adalah merupakan anak buah ana yang ke-28.. (~_^). Angka bilangan anak buah, melebihi angka umur ana sendiri! ALLAHUAKBAR.

Jadi anak solehah ya sayang.

Alhamdulillah, semalam, kakak dan anak-anaknya dah selamat tiba di Kuala Krai, Kelantan. Maaf ya srikandi junior, Ayah Su dan Cik Su tak dapat balik.. Insya'ALLAH, raya nanti kita jumpa.. Pastinya lebaran kali ini bertambah meriah dengan pertambahan dua (2) ahli baru dalam keluarga besar kami. Alhamdulillah.

My dear Amar Khalifah, awak dah jadi abang. Tahniah ya. Jangan nakal-nakal nak ajak cik adik baby main lompat-lompat tarik tangan pulak!

******


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Ambillah Pengajaran walaupun sudah seringkali diulang



"Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101).


"Dan ini jalanKu yg lurus, kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yg lain), nanti kamu berpecah dari jalanNya....." (Al-An'aam:153)

Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zam zam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:Itulah orang yang makan riba`.


§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar(Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.


§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk kedalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.


ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.


iii.Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.


iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S.yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S.bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA laILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA la HAULA WA la QUWWATA ILLA BILLAHIL-'ALIYYIL-'AZHIM.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda RasulullahS. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan HadhratRabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia,syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun keBaitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab,kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikrajbukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran disebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk mengujiumat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SallallahuAlaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1).

wallahua'lam..

http://nisaputrajaya.blogspot.com/

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

RINDU RAMADHAN.. 3 hari lagi

Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang masa untuk meneruskan kehidupan. Bagaimanakah kita menggunakan waktu yang disedia? Semoga semuanya mendapat redha Pencipta.

Insya'ALLAH, program Rindu Ramadhan anjuran Nisa' Putrajaya akan berlangsung lebih kurang 3 hari lagi. Kepada sesiapa yang masih belum tahu, meh nak bagitau :

PERKARA : PROGRAM RINDU RAMADHAN
TARIKH : 3 JULAI 2011 / 1 SYAABAN 1432H
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI), PUTRAJAYA

Acara-acara menarik yang bakal berlangsung:
1) Solat Dhuha berjemaah
2) Tazkirah
3) Majlis Tadarus Al-Quran
4) Majlis Khatam Al-Quran

Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan. Semuanya adalah PERCUMA!

Jadi, apa tunggu lagi?
Jom imarahkan majlis ilmu. (^_~)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 24 Jun 2011

Muhasabah

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih bernafas. Alhamdulillah, masih sihat. Alhamdulillah, masih dikurnia nikmat, tanpa sekat-sekat.

Baiknya ALLAH, kan?

ALLAHU ALLAH.

Beberapa hari ni, sekadar membaca semula coretan-coretan lama. Dari awal ana mula menulis, sehinggalah sekarang. Ya. Sekarang yang bertarikh Jun 2011..

Pelbagai ragam, bermacam cerita. Ada masa gembira, ada masa menitis air mata. ALLAHU ALLAH.

Beberapa hari lepas, ALLAh bagi peluang untuk ana cas iman. Alhamdulillah, segala puji bagiNYA, yang mengaturkan segala yang terbaik untuk kita semua. Apa yang DIA berikan, semestinya segala yang terbaik untuk kita. SENTIASA!

Kata ustaz dalam kuliah tersebut:

Kita semua ni, kalau terbabas masa bawak kereta, bawak motor. Mesti cepat-cepat bangun, cepat-cepat kembali ke jalan semula. Sebab kita tahu dan sedar, kalau kita tak bangun, nanti kena langgar denga kenderaan lain pula.

Tapi, kalau bab hidup, bab iman ni, jarang yang buat macam tu. Kadang-kadang, walaupun dah sedar bahawa kita dah berubah, dah tak macam dulu.. Tapi, kita masih lagi ulang perkara sama. JARANG ada yang cepat-cepat buat tindakan, betulkan semula semua kesalahan.

Kadang-kadang, ada jugak yang dah leka dengan dunia, dah banyak buat silap, akan kembali semula ke jalan lurus. Tapi, lebih teruk kalau senang-senang je biarkan iman lari sedikit demi sedikit dari diri. Kemudian, tanpa sedar, mereka dah jauh tergelincir dari landasan sebenar.

Betapa ruginya kita.

******

Hmm, penyakit sebegini sukar nak bendung. Malah lebih teruk, boleh jadi virus kepada kita..

Contoh mudah ialah : beralasan untuk ke program

Pada mulanya, rasa sangat bersalah beralasan untuk ke program. Tapi, bila dah 2, 3 kali buat macam tu, rasa selesa.. Setiap kali diajak ke usrah, ada saja alasan yang diberikan. Sakit kepala, sakit perut, penat, banyak kerja.. Lama kelamaan, hati semakin gelap. Susah nak diajak ke usrah dan program lain seumpamanya. Padahal, sebelum ni, kitalah yang paling suka dan bersemangat bila diajak ke majlis ilmu, edar risalah kepada masyarakat.

Solat berjemaah juga sudah banyak yang tercicir.. Dulu, sanggup daki tangga untuk ke Surau yang berada di tingkat lain. Walaupun jauh, masih ada usaha dan semangat. Tapi, lama kelamaan, makin malas. Malas. dan malas.. Sudahnya, berbulan-bulan tidak solat berjemaah. Tak dengar kuliah Zohor.

Makin lama, kita akan rasa makin selesa.Sedangkan semua tu mengundang kerugian kepada diri kita.

ALLAHU ALLAH.

Macam mana nak kembalikan semula diri kepada "kita yang dulu"?
Macam mana nak pastikan kita tidak mudah terbabas dari landasan iman?

1) Carilah sahabat yang baik.
- Insya'ALLAH, sahabat yang baik akan sentiasa bersedia untuk menegur kita sekiranya kita membuat kesilapan. Sahabat yang baik tidak akan sesekali membiarkan kita tergelincir dari jalan yang lurus. Dan mereka akan sentiasa tega untuk saling mengingatkan kita tanpa rasa putus asa.

2) Sentiasa dekatkan diri dengan ALLAH.
- Jangan terlalu yakin bahawa kita akan sentiasa menjadi baik. ALLAH maha berhak keatas kita semua. Apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku, adalah dengan kehendak ALLAH semata. Pohonlah kepadaNYA, supaya tidak dibolak balikkan hati kita yang rapuh ini. Sentiasa dekatkan diri denganNYA. Insya'ALLAH. Hati yang sentiasa ingat dan rapat dengan ALLAH, akan sentiasa berkehendakkan kebaikan, dan menolak kemungkaran.

Yang lain?? Mohon tambah ya...

Ana terpaksa mohon diri dulu. Insya'ALLAH, lain masa, kita kongsi ilmu lagi ya. Malam ni ada usrah. Jom, rapat ukhuwwah.. Jana iman. Semoga ALLAH redha.. (^_~)

Jaga diri hiasi peribadi. Ingat ALLAH setiap masa. Jangan lupa jaga aurat ya. Ma'as salamah, wa ilalliqo'...

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 20 Jun 2011

Macam-macam Ragam


Assalamua'laikum.

Semoga dalam rahmat ALLAH sentiasa hendaknya. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk meneruskan kembara kehidupan. (^_~)

Segala puji bagiNYA, Tuhan Sekalian ALam.

ALLAHU ALLAH

Beberapa minggu lepas, keluarga ana ke Tasik Banding, Perak.. Bercuti.. Wahhh, seronok. Hehe.. Walaupun ana tak pergi, tapi dapat rasa jugak keriangan di sana bila tengok gambar anak-anak ni semua.

Seronoknyaa.. Nanti Suwa n ayah su join lain kali ya.. Insya'ALLAH.

Semoga ALLAH permudahkan segalanya.. (^_~).

Sampai di sini saja.

"Mencari redha Ilahi, bukannya boleh main-main...
Nak cari redha Ilahi, perlu abuat sepenuh hati.
Nak cari redha Ilahi, perlu sanggup mengorban diri.
Fikir dunia, untuk akhirat..
Kerana amalan kita di dunialah yang menentukan tempat kita di akhirat kelak.... (^_~)

Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 15 Jun 2011

Cubit kanan, Kiri juga merasainya


Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat saja hendaknya. Andai ada keuzuran, jangan lupa makan ubat ya. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, hari ini, masih berpeluang meneruskan kehidupan. Syukur padaNYA. Semoga ALLAH sampaikan kita kepada Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi..

Oh rindunya pada Ramadhan. Bulan yang penuh barokah. Pesta ibadat. Malam-malam seakan hidup. Ramai yang bangun sujud dan mengagungkan ALLAH s.w.t., berbanding bulan-bulan yang lain. Peluang digunakan sebaik mungkin, mengumpul bekalan untuk ke destinasi abadi. Ramadhan, izinkan kami bersamamu sekali lagi.

Pagi ini, ana ke pejabat dengan bas. Sebaik saja masuk ke perut bas, senyuman terukir di wajah. Asma' ALLAH memenuhi ruang. Ya ALLAH, jarang dapat dengar IKIM.FM masa naik bas. (^_^). Seingat ana, dalam tempoh hampir 3 tahun berada di sini, 3 orang je 'driver' bas NADI yang suka pasang radio IKIM.FM masa 'drive'.. Alhamdulillah, walaupun sedikit, tapi masih ada lagi mereka-mereka yang sebegini. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas mereka.

Kan bagus kalau macam ni. Tenang je.. Berpagi-pagian dengan alunan zikir dan diselit juga doa-doa untuk kita semua. Roh pun ada 'energy' nak buat kerja. Semangat tu lebih! Nanti dapat buat kerja dengan tenang, damai dan berkualiti. Best kan?

**************************

Wahai muslimah sekalian,
cubalah lihat disekelilingmu.
Ramai sahabat wanita yang sedang menghulur tangan,
mohon disambut oleh kita semua.

Wahai muslimah sekalian,
lihatlah disekelilingmu.
Ramai wanita yang sedang telanjang,
walaupun zahirnya mereka berpakaian.

Wahai muslimah sekalian,
Lihatlah sekelilingmu,
Masyarakat semakin leka,
lupa bahawa dunia hanya sementara.

Wahai muslimah sekalian,
lihatlah sekelilingmu.
Ramai remaja hilang dara,
begitu mudah menyerahkan kepada syaitan bertopeng manusia.

Wahai muslimah sekalian,
Lihatlah sekelilingmu,
Pesta maksiat merata-rata,
Masyarakat semakin menggila.

Wahai muslimah sekalian,
Lihatlah sekelilingmu,
dengan keadaan masyarakat yang sebegini,
masih ada masa untuk bergoyang kaki?

Wahai muslimah sekalian,
Mahu tunggu sampai bila?
Mahu tunggu siapa untuk mula?
Mahu tunggu saudara kita jadi mangsa?

Ayuh muslimah sekalian.
Banyak yang perlu kita laksanakan.
Andai tidak mampu angkat senjata,
gunakan saja segala peluang yang ada.
Menulis, juga berguna.

Dakwah, tak mengenal usia.
Dakwah, tak mengenal siapa.
Dakwah, tak mengenal jantina.
Siapa saja boleh lakukan.
Dengan bekal ilmu di dada.

Perlu diingat dua't sekalian,
Ilmu dan amal perlu seiring,
bimbang mendapat murka tanpa sengaja.
Segala usaha jadi sia-sia.

Semoga ALLAH redha,
menjadi bekalan untuk ke Syurga.

Ayuh bersama menjejak cinta Pencipta,
- Syuhada.... 150611 -

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 14 Jun 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54



Assalamua'laikum.

Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya.

Semalam, tengok TV1.. Alhamdulillah, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dah bermula!

Insya'ALLAH, program ini akan berlangsung selama 5 hari.. Kepada sahabat sekalian, jom tonton..=)

*********
Dengar alunan bacaan Al-Quran yang gemersik, sangat mendamaikan jiwa.. Hayatilah terjemahan setiap patah dalam ayatNYA. Semoga terdidik jiwa, bertambah keteguhan iman..

Ramadhan, kami rindu padamu............... Semoga sempat bertemu Ramadhan pada tahun ini..

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 13 Jun 2011

Stress, cepat lari.. Kami tengah semangat ni!

Assalamua'laikum.



Apa khabar semuanya? Alhamdulillah, ana sihat dengan izinNYA.

Rehat tadi, berpeluang tatap wajah sahabiah kesayangan. Alhamdulillah, dah selesai semuanya. Dah selamat jadi suri Us.Alias.. (^_~). Berseri-seri wajahnya. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, yang telah mengaturkan segalanya. Semoga berbahagia hingga ke Syurga kak.

Sekarang, duk senyum depan PC. (^_~). Emel bertalu-talu masuk inbox. Berebut-rebut. Hehe. Mulanya ana dan sahabiah2 sedang berbincang tentang program.. Tapi, tak lama kemudian, pelbagai cerita susulan mula menerjah. Dari topik doa, bertukar kepada surat sponsor, kemudian tentang pendaftaran peserta. Tup-tup, datang pula isu Nasi Arab! Heheh.. Tiba-tiba seorang sahabiah mencelah : "duk sembang-sembang, suratnya belum siap lagi".. Heeee

Dalam kekalutan, dalam tekanan, masih mampu mengukir senyuman dan adakalanya tergelak seorang diri. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH, atas segalanya.

Sahabat,
suka duka, kita harungi bersama.
Kita saling kongsi gembira,
Duka juga dikongsi sama.
Pahit jerih dalam perjuangan,
sama-sama kita teladan.

Bukan mudah mencari sahabat,
yang sanggup bersusah senang bersama.
Bila sekali kita dapat,
jangan mudah melupakannya.

Doa dah harapan, semoga program yang kita rancang, akan berjalan lancar.

Walau sedikit yang mampu kita buat, walau susah untuk dilaksanakan. Walau banyak yang terpaksa dikorbankan, Yakinlah akan janjiNYA. Sama-sama kita doakan, semoga usaha kita yang sedikit ini, diangkat oleh ALLAH, sebagai amal di dunia dan akhirat sana.

Tak kira berapa lama masa yang kita ambil, yang penting, make a move! Perjalanan 1000 langkah, bermula dari 1 langkah.

Renungan hari Isnin,


Bertaqwalah kita pada Allah,yakni menjalankan perintahNya & jauhi laranganNya,
sungguh kita hanya tulang terbalut daging yg akan membusuk dalam kubur,
& taqwa adalah satu2nya jalan menuju kemuliaan,
kita diciptakan untuk menyembahNya,l alu apakah kita hidup dalam tujuan penciptaan kita, atau kita hanya manusia yg suka menghinakan diri dengan perkara yang sia-sia?

♥mari jadi orang baik

Stress, cepat lari!! Kami tengah semangat ni...

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 10 Jun 2011

Ramadhan, kehangatanmu kian terasa...



Assalamua'laikum.

Dengan izin ALLAH, Nisa' Putrajaya akan menganjurkan satu program ilmiah, mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat di Putrajaya.

Program ini dinamakan sebagai : RINDU RAMADHAN.. Ia akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 3hbJulai 2011 / 1 Syaaban 1432H (Ahad)

Masa : 8.30 pagi - 1.oo tengahari

Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya

Program ini diharap dapat mengembalikan semangat dan ruh bulan Ramadhan di samping menyediakan diri dan minda untuk menyambut ketibaan Ramadhan serta membudayakan pembacaan Al-Quran di kalangan masyarakat.

Tiada had umur. Tapi, ia adalah program untuk WANITA sahaja.. (^_~). Sebarang pertanyaan dan untuk pendaftaran, boleh hubungi :
Cik Khadijah : 019-9138587 & Cik Asyikin : 013-2222589

Mohon hebahkan kepada sahabat-sahabat lain juga.. (^_^). Yang berminat, jangan buang masa. Cepat daftar.. Jangan lepaskan peluang yang ada.

Maklumat lanjut, boleh rujuk laman web ini : http://nisaputrajaya.blogspot.com.

Semoga ALLAH merahmati segala, dan permudahkan segala urusan.

Sekian, wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 9 Jun 2011

Gagahkan Langkahmu di Jalan Dakwah



Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kehidupan. Bercerita tentang muffin, makanan jasmani.. Tidak dilupa, rohani juga perlu diisi.. (^_~). Beri makanan yang lazat-lazat, buat bekalan untuk ke akhirat sana.. Semoga ALLAH redha segalanya.



Baiklah, ana nak kongsikan satu lagu, untuk kita manfaatkan bersama..



Dakwah Jalan Kita




Tingkatkan gerak dakwahmu


Menuju Islam yang gemilang


Singkirkan ujian yang menghalang


Melaju terus perjuanganmu




Rapatkan barisan demi ikatan iman


Menyedari kesalahan itu yang utama


Hindari perdebatan yang akan merugikan


Bersinarlah ukhuwah ISLAM





Ujian pasti kan datang...


Cemuhan pasti kan ada...


Duka dan hina pasti kan ada


Senantiasa menghantui kita




Dari itu wahai saudaraku...


Mari kita bersatu padu...


Untuk memperjuangkan Islam


Dengan mengikut sunnah Rasulullah...









* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Apam vs Muffin


Gambar atas ialah kuih apam hasil tangan orang. Chomey je warna warni kan? Hehe

Yang bawah pula, hasil tangan sendiri.. Insya'ALLAH, usaha tangga kejayaan..(^_^).. Jangan cepat putus asa, Puan Syuhada..

Walau macam mana sekalipun rupanya, ia adalah sedap..hehehe.. rupa tidak memberi kesan pada rasa..=p

Cuba, cuba lagi, dan lagi.. Nanti kita letak macam-macam lagi ya.. Warna warni, jem strawbery, Chocolate chipsss... Hehe. yummy



(dah agak kering, duk dalam air-cond..hehe. Terpaksa ambik gambo dari pandangan sisi, sebab tak nampak rupa muffin yang kembang.. satu warna je..=p)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Cubaan Pertama..(^_~)

Assalamua'laikum..

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat-sihata aja hendaknya.. Ana, alhamdulillah, masih sihat dan bertenaga, dengan izin ALLAH, alhamdulillah. (^_~)

Petang semalam, balik dari ofis, sangat 'excited' untuk cuba sesuatu.. Zauji pesan, cuba buat sampai jadi, nanti boleh jual.. =p.. Jadinya, bertambah excited lah ana untuk mencuba..

Jam hampir 6.20 petang..

Semua bahan dikeluarkan. Disukat, dan bersiap sedia untuk digunakan.. =). Ana memang tak suka guna oven, jadinya, ana siapkan periuk untuk mengukus. (^_~). Panaskan air awal-awal..nanti dah siap adunan, senang.

Ok, back to the main story. Sukatan yang ana ada, untuk kuantiti yang banyak. Jadi, terpaksalah ana menggunakan akal yang ALLAH bagi ini, untuk menyesuaikan sukatan mengikut kuantiti yang ana nak.. tambah, tolak, bahagi.. dan, selesailah fasa penyediaan bahan. (masa tu tengah kalut sorang-sorang, tak TERambik kamera. Telefon pon entah kemana)

Kemudian, ana nak campurkan bahan. Part ni paling best. Siap guna 'mixer' lagi haa.. Punyalah excited.



Dan, taraaaa... inilah dia rupa adunannya...





Kemudian, fasa kedua diteruskan. Isi setiap "cup" dengan adunan.. sangat excited.Mula-mula ok je...



Lepas tu, TERgatal tangan nak letak chocolate chip dan hiasan warna warni ni haa... Hehe.. Memang nampak chomey je kan? Tapi tak lama...





Tapi, bila dah masak.. Uhuk.. semua manik-manik warna warni tu cair.. =(.. dan chocholate chip juga dah mencomotkan muka muffin ana.. Itulah, sape suruh buat benda pelik-pelik.. Hehe.. Untuk kali kedua, ana dah tak letak dah hiasan berbagai tu..=p.. Belajar dari pengalaman.. Dah niat nak bawa pergi ofis..=), so tak mau la comot-comot..=)




Alhamdulillah, akhirnya siap juga cubaan kali pertama untuk buat muffin.. insya'ALLAH, nanti zauji datang, boleh buat lagi. Zauji memang suka main masak-masak ni..




Oh ya, hehe, sebenarnya, muffin ana tak berapa menjadi..hehe.. Dia kembang sangat..Dah jadi macam apam dah pula.. Hehe.. Tapi takpe, semua cakap rasanya dah ada, cukup semua. Cuma mungkin boleh improve tang rupa tu..hehe.. Kembang macam rupa apam. Katanya, muffin tu kembang sebab ana guna mixer.. Kalau nak buat muffin, guna manual/tangan je.. (dapat ilmu baru... ;).. hehe..) insya'ALLAH kak Ha, nanti Syuha try lagi. Dan kali ni, akan cuba guna oven pula, nak buat experimen.. Apa beza guna oven dan periuk pengukus..=).. Kalau buat kek, memang suka guna periuk pengukus, sebab kek rasa "moist". hehe.. Cedap..




.... hari Ahad, insya'ALLAH ada meeting Nisa'... nak buat muffin lagilah.. Heheheheheheheh........ kita cuba chocolate pulak..nyum..nyum...



Terima kasih ya, sebab sudi baca.. (^_~)y




Jaga diri, hiasi peribadi.. Ingat ALLAH setiap masa, semoga ALLAH redha.. Wassalam



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 7 Jun 2011

Kita milik ALLAH



Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan di Bumi Tuhan ini. Alhamdulillah, dibekalkan keimanan, kesihatan, kasih sayang sesama insan. Segala puji dan puja hanya padaNYA. Alhamdulillah.



Hujung minggu lalu, berpeluang bertemu dengan sahabat-sahabat dari serata negara. Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita bertemu. (^_~). Bak kata Zauji, ia seperti Hari Raya buat kita. Semua orang datang berkumpul, bersalaman tanpa mengira pangkat mahupun usia, bertanya khabar, dan saling menyemai dan mengerat ukhuwwah, serta saling berkongsi cerita suka dan duka. Masa nilah kita nak tanya khabar Atok2 kita, masa ni lah nak jumpa semua orang hebat2. Alhamdulillah. ALLAh bagi peluang.



Kak Sarah, adik Aishah dan Kak Liyana , Kak Dayah serta suami dari Selangor. Kak Su dari Terengganu. Kak Sara dari Perlis. Kak Isma dan Kak Ain serta Mak Cik Nor dari Perak. Ust.Sham dari Pahang. Kami berkumpul, bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Segalanya adalah percaturan dari ALLAH. Maha suci ALLAH, yang telah menetapkan segala yang terbaik untuk kita. Lama tidak bertemu, di sana kita bertemu. (^_~). Pertemuan yang tidak dirancang.. Tapi, ALLAH bagi peluang untuk kita bersua muka, beramah mesra. Merungkai kerinduan yang bersarang dijiwa. Alhamdulillah.



Terima kasih ya ALLAH, atas segala limpahan nikmat yang tak pernah putus. Semoga apa yang kami lakukan, hidup dan mati kami, dalam rahmat dah redhaMU ya ALLAH.



Istiqomahkanlah kami di jalan yang diredhaiMU.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 3 Jun 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU



Assalamua'laikum..



Alhamdulillah, masih lagi berpeluang bernafas hari ini. Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat kesihatan yang berterusan. Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat dan kurnia yang tak pernah putus. Terima kasih ya ALLAH. Atas segalanya.



Insya'ALLAH, malam ni, akak kesayangan merangkap ex-roomate, iaitu Kak Idah, akan melangsungkan perkahwinan pada malam ini. (^_~). Alhamdulillah, atas segalanya.



Tahniah kak. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan, memberkati baitul muslim yang bakal dibina. Nanti jadi orang Kelate lah ya? Hehe.


Kepada us.Zamir dan pasangan, selamat pengantin baru juga kami ucapkan. Maaf kerana mungkin tidak dapat hadir majlis esok. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Dan tak lupa, kepada us.Shukri dan pasangan. Semoga ALLAH berkati kesemuanya.



4 Jun 2011, mencatat sejarah. 3 pasangan bakal melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sama, cuma tempatnya saja berbeza. Dua di Timur, satu di Barat. (^_~). Dan insya'ALLAH, pada 10 Jun nanti, akan terbina sebuah lagi baitul Muslim, iaitu antara Kak Zaifah dan pasangan. Kak Zaifah akan jadi orang Kuala Krai juga, (^_~). Insya'ALLAH, sampai masa yang ditentukan ALLAH, kita jumpa ya kak. Maaf juga kerana tidak dapat hadir ke Majlis. Insya'ALLAH, akan diusahakan untuk pertemuan lain di lain masa.



Kami (Rashdan dan Syuhada), ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua bakal pengantin. Selamat menempuh alam rumah tangga. Kami, juga masih baru dalam alam rumah tangga, tak banyak yang dapat kami katakan, kerana kami juga masih dalam proses kenal dan belajar. Cuma, sedikit yang dapat kami kongsikan ialah : perkahwinan memerlukan persefahaman, toleransi, belas kasihan, kasih sayang, kesanggupan untuk berkorban.



"bercinta selepas kawin @ cinta halal, adalah sesuatu yang sukar diungkap dengan kata-kata".



Orang yang ditarbiah, sangat berbeza jiwanya.

Apabila menghadapi saat-saat getir, jiwa akan lebih akrab dengan ALLAH.

Pengharapan hanya kepada ALLAH semata.

(^_~).



Ana pernah terbaca tentang seorang pejuang agama yang dipenjara. Menghantar surat kepada isterinya, bertanya samada sudi untuk diceraikan atau tidak, kerana tempoh dipenjara memakan masa bertahun-tahun. Lantas si isteri bertanya kembali :


"Adakah kamu terlalu kedekut untuk berkongsi pahala denganku? Bukankah sabar itu membuahkan ganjaran yang besar di sisi ALLAH?"



MasyaALLAH.. maha suci ALLAH yang menjadikan setiap makhluk.




"Tarbiah adalah ibarat air.. Tanpanya, kita akan mati.. "



Siiru a'la barokatillah.. Wassalam.(^_~)




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 1 Jun 2011

ALLAH sentiasa ada..

*mencari redha ALLAh dalam setiap perkara *


Assalamua'laikum.



Semoga semuanya sihat-sihat sentiasa. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.



Kita mampu berubah.



Semalam, kita adalah seseorang yang suka buang masa.
Semalam, kita adalah seseorang yang suka buat kerja sia-sia.
Semalam, kita adalah seseorang yang suka dedah aurat dengan sengaja.
Semalam, kita adalah seseorang yang suka bergaul dengan sesiapa saja.
Semalam, kita adalah seseorang yang suka berbual dengan suara manja.
Semalam, kita adalah seseorang yang selalu tak tapati masa.
Semalam, kita adalah seseorang yang sentiasa hidup dalam pura-pura.
Semalam, adalah hari yang kelam.
Semalam, semuanya suram.



Tapi, itu sudah berlalu.
Hari ini, kita berazam mulakan hidup baru.
Hari ini, kita berazam untuk menjadi seseorang yang beridentiti baru.

Lupakan lembaran semalam.
Hari ini, hidup perlu diteruskan.



Hari ini, kita usaha untuk jadi hamba ALLAH yang taat.
Hari ini, kita usaha memberi khidmat.
Hari ini, kita tutup semua aurat.
Hari ini, kita usaha untuk bantu masyarakat.
Hari ini, kita usaha untuk memberi manfaat.
Hari ini, kita beramal untuk bekalan hari akhirat.
Hari ini, kita berlumba kearah kebaikan.
Hari ini, kita mohon redha Tuhan.
Hari ini, sentiasa berdoa agar semuanya berterusan.



Andai terasa diri penuh dosa, pohonlah keampunan dariNYA.
ALLAH tidak pernah menghampakan hambaNYA.
DIA sangat kaya dengan keampunan dan kasih sayang.
DIA sangat kaya dengan rahmat dan kurnia.


Walau siapapun kita, ALLAH tak pernah berkira.
Sentiasa memerhatikan kita setiap masa.
Memberi nikmat tak pernah lupa.



Bukan mudah untuk berubah.
Semuanya menuntut kekuatan, kesabaran, kesungguhan, pengorbanan dan segalanya.
Apa yang paling penting, semuanya dilakukan hanya kerana ALLAH.
Berbahagialah wahai diri, andai diberi peluang merasai nikmat hidayah dari ALLAH.
Diantara berjuta-juta manusia di muka bumi ini, masih ada ruang untuk kita di sisi ALLAH.
Disaat insan lain sedang hanyut dengan hiburan dunia, Pencinta Syurga pastinya tidak akan melepaskan peluang bercinta dengan PENCIPTAnya.



(diedit dari coretan yang pernah disiarkan sebelum ini)




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers