Rezeki

Jumaat, 24 Jun 2011

Muhasabah

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih bernafas. Alhamdulillah, masih sihat. Alhamdulillah, masih dikurnia nikmat, tanpa sekat-sekat.

Baiknya ALLAH, kan?

ALLAHU ALLAH.

Beberapa hari ni, sekadar membaca semula coretan-coretan lama. Dari awal ana mula menulis, sehinggalah sekarang. Ya. Sekarang yang bertarikh Jun 2011..

Pelbagai ragam, bermacam cerita. Ada masa gembira, ada masa menitis air mata. ALLAHU ALLAH.

Beberapa hari lepas, ALLAh bagi peluang untuk ana cas iman. Alhamdulillah, segala puji bagiNYA, yang mengaturkan segala yang terbaik untuk kita semua. Apa yang DIA berikan, semestinya segala yang terbaik untuk kita. SENTIASA!

Kata ustaz dalam kuliah tersebut:

Kita semua ni, kalau terbabas masa bawak kereta, bawak motor. Mesti cepat-cepat bangun, cepat-cepat kembali ke jalan semula. Sebab kita tahu dan sedar, kalau kita tak bangun, nanti kena langgar denga kenderaan lain pula.

Tapi, kalau bab hidup, bab iman ni, jarang yang buat macam tu. Kadang-kadang, walaupun dah sedar bahawa kita dah berubah, dah tak macam dulu.. Tapi, kita masih lagi ulang perkara sama. JARANG ada yang cepat-cepat buat tindakan, betulkan semula semua kesalahan.

Kadang-kadang, ada jugak yang dah leka dengan dunia, dah banyak buat silap, akan kembali semula ke jalan lurus. Tapi, lebih teruk kalau senang-senang je biarkan iman lari sedikit demi sedikit dari diri. Kemudian, tanpa sedar, mereka dah jauh tergelincir dari landasan sebenar.

Betapa ruginya kita.

******

Hmm, penyakit sebegini sukar nak bendung. Malah lebih teruk, boleh jadi virus kepada kita..

Contoh mudah ialah : beralasan untuk ke program

Pada mulanya, rasa sangat bersalah beralasan untuk ke program. Tapi, bila dah 2, 3 kali buat macam tu, rasa selesa.. Setiap kali diajak ke usrah, ada saja alasan yang diberikan. Sakit kepala, sakit perut, penat, banyak kerja.. Lama kelamaan, hati semakin gelap. Susah nak diajak ke usrah dan program lain seumpamanya. Padahal, sebelum ni, kitalah yang paling suka dan bersemangat bila diajak ke majlis ilmu, edar risalah kepada masyarakat.

Solat berjemaah juga sudah banyak yang tercicir.. Dulu, sanggup daki tangga untuk ke Surau yang berada di tingkat lain. Walaupun jauh, masih ada usaha dan semangat. Tapi, lama kelamaan, makin malas. Malas. dan malas.. Sudahnya, berbulan-bulan tidak solat berjemaah. Tak dengar kuliah Zohor.

Makin lama, kita akan rasa makin selesa.Sedangkan semua tu mengundang kerugian kepada diri kita.

ALLAHU ALLAH.

Macam mana nak kembalikan semula diri kepada "kita yang dulu"?
Macam mana nak pastikan kita tidak mudah terbabas dari landasan iman?

1) Carilah sahabat yang baik.
- Insya'ALLAH, sahabat yang baik akan sentiasa bersedia untuk menegur kita sekiranya kita membuat kesilapan. Sahabat yang baik tidak akan sesekali membiarkan kita tergelincir dari jalan yang lurus. Dan mereka akan sentiasa tega untuk saling mengingatkan kita tanpa rasa putus asa.

2) Sentiasa dekatkan diri dengan ALLAH.
- Jangan terlalu yakin bahawa kita akan sentiasa menjadi baik. ALLAH maha berhak keatas kita semua. Apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku, adalah dengan kehendak ALLAH semata. Pohonlah kepadaNYA, supaya tidak dibolak balikkan hati kita yang rapuh ini. Sentiasa dekatkan diri denganNYA. Insya'ALLAH. Hati yang sentiasa ingat dan rapat dengan ALLAH, akan sentiasa berkehendakkan kebaikan, dan menolak kemungkaran.

Yang lain?? Mohon tambah ya...

Ana terpaksa mohon diri dulu. Insya'ALLAH, lain masa, kita kongsi ilmu lagi ya. Malam ni ada usrah. Jom, rapat ukhuwwah.. Jana iman. Semoga ALLAH redha.. (^_~)

Jaga diri hiasi peribadi. Ingat ALLAH setiap masa. Jangan lupa jaga aurat ya. Ma'as salamah, wa ilalliqo'...

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers