Rezeki

Selasa, 28 Disember 2010

Meniti Jalan Kehidupan


Assalamua'laikum.

Lama tidak berkesempatan mengupdate blog. Rindu untuk menulis. Tiap kali buka blog, teringin untuk berkongsi dengan sahabat sekalian. Tapi, jutaan kemaafan dipohon. Masa tidak mengizinkan. Tambahan pula, ada kekangan untuk mengakses internet kebelakangan ini. Sudahnya, tak sempat nak update blog. Maaf ya.

Alhamdulillah, ALLAH masih mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Hari-hari yang berlalu, alhamdulillah, terisi. (^_~). Beberapa minggu lepas, anak-anak dari Gemas, N9 datang berkunjung. Diselang seli pula dengan kepulangan suami. Dan minggu lepas, mak dan ayah berkampung di rumah yang tak berapa besar tu. 3 hari dua malam di sini, teringat kata ayah : "Haih, dua hari ni, tak pijak tanah la ayah kat sini".. Hehe, maaf ye ayah.. Tak sempat bawa ayah jalan-jalan. Cuma berkesempatan berkunjung ke rumah sepupu dan beberapa tempat saja. (^_~). Takpe, ayah pun tak larat nak berjalan jauh-jauh, kan Yah? =)

Sebaik saja ayah dan mak bertolak pulang ke Kelantan pada jam 8.00 pagi, hari Sabtu lepas, ana terus bersiap ke Subang. (^_~). Sempat kemas rumah sebelum Kak Syikin datang jemput. Alhamdulillah. Kemudian kami bergerak ke BTR untuk ambil beberapa orang anak-anak yatim yang akan terlibat dalam program Nisa' Small Kindness pada kali ini.



Pengalaman buat diri ana. Diminta untuk menjadi pemandu. =). Seram jugak. Ana tak biasa memandu di Kota Metropolitan ni. Bawa adik-adik pula tu. Tawakkal. Doa banyak-banyak,mohon selamat perjalanan pergi dan pulang. Dan alhamdulillah, kami berjaya tiba di Mydin Subang dengan selamat. Perjalanan yang agak "menggetarkan jiwa"..


Tiba di Mydin Subang, agak teruja. Ramai sangat orang. Ada beberapa khemah didirakn di luar bangunan. Pertama kali menjejakkan kaki di Mydin tersebut. Rupanya ada program lain yang berlangsung di sana. Setibanya kami di sana, ada rombongan dari rumah anak-anak yatim lain yang sedang membeli belah persiapan ke sekolah. Gembira melihat riak adik-adik yang ceria. Alhamdulillah. Nikmat untuk dikongsi bersama.

Ok, tiba masa untuk kami pula membeli belah kelengkapan sekolah bersama adik-adik rombongan kami.. (^_~). Jom dik, shopping barang-barang sekolah. Turut bersama kami ialah pekerja-pekerja Mydin yang prihatin. Terima kasih atas segalanya. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas kita semua.

Selesai membeli belah bersama adik-adik, minum-minum di Food Court. Usai solat Zohor, kami bertolak pulang. Perjalanan pulang, ana ditemani Adik Azlina dan Adik Siti. (^_~). Terima kasih sebab sudi layan akak yang banyak cakap ni. Alhamdulillah, perjalanan kita selamat, walaupun hampir terlepas simpang. Hehe, nasib baik sempat berhenti tepi jalan. Kereta laju-laju. Haih, tak lepas lagi nak memandu kat KL ni. =p

Dan dengan izinNYA jua, Nisa' WP akan mengadakan beberapa program sempena sambutan Tahun Baru pada 31 Disember 2010 dan 1 Januari 2011 nanti. Bertempat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Insya'ALLAH, kami akan berkampung di Masjid Asy-Syakirin, KLCC selama sehari semalam. Pelbagai aktiviti telah dirancang. Doa dan harapan, semoga semuanya dipermudahkan oleh ALLAH. Doakan kami ya. (^_~).

Mohon maaf atas silap dan salah ya. Insya'ALLAH, andai ALLAH izinkan, kita jumpa lagi di lain masa...

Wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jemputan ke Program Ambang Tahun Baru 2011


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, ALLAH masih sudi melimpahkan nikmat dan rahmatNYA keatas kita semua hingga ke saat ini. Segala puji bagiNYA, atas segalanya.


Dengan izinNYA, Masjid Asy-Syakirin , KLCC dengan kerjasama Nisa' Wilayah dan beberapa NGO akan mengadakan beberapa aktiviti pada hujung minggu ini, iaitu pada tarikh 31 Disember 2010, dan 1 Januari 2011.


Aktiviti ini melibatkan pelbagai peringkat umur.


TAJUK: U TURN KE JALAN YANG LURUS

PANEL:

USTAZ ZUL RAMLI M RAZALI
(Perunding Motivasi/Hos Bicara Ad-Deen
IKIM.fm & Pahang fm/Penulis buku)


TN HAJI KAMARUDDIN ABDULLAH
(Presiden IPSI)

TARIKH: 1 JANUARI 2011, 9 PAGI - 12 TGHARI

TEMPAT: RUANG LEGAR MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC


MASUK adalah PERCUMA

JUGA AKTIVITI MENARIK untuk KANAK-KANAK
PERTANDINGAN MEWARNA ( 4-9 TAHUN)
PERTANDINGAN MELUKIS (10-12 TAHUN)


Sebarang pertanyaan hubungi :
Cik Aziyati 0132009426 @ Cik Fazriah 012 2945732


Anda juga dijemput untuk menyertai & memeriahkan aktiviti di malam merdeka 31 Dec 2010:


- Forum Ambang Merdeka dan Persembahan Nasyid di Masjid KLCC


-XPDC dakwah


-Qiamullaill pada 1.1.2011 jam 4 pagi

Ayuh, sama-sama kita meriahkan program-program ilmiah yang bakal berlangsung. Mulakan tahun 2011 dengan sesuatu yang lebih bermanfaat.. JOM, berprogram...(^_~)

** Mencari redha itu wajib **

Khamis, 16 Disember 2010

Non-Muslim juga mengakui kelebihan berpuasa


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam jagaanNYA sentiasa..


Baru saja membaca satu kolum dalam bharian online. Tertarik dengan tajuk : AWET MUDA.. Dan lebih mengagumkan ana, bilamana insan yang ditemubual ini turut menyelitkan kelebihan berpuasa, walaupun dia adalah non-Muslim!


Jom, sama-sama kita baca.


***********


Anna Lim amal puasa, tunggang kuda dan berenang


PERTAMA kali bertentang mata dengan bekas Ratu Cantik Malaysia 1997, Datuk Anna Lim, perasaan kagum dan selesa melihatkan keperibadian wanita itu membuatkan segala-galanya menjadi begitu mudah. Pantas bekerja, profesional di dalam urusan malah dia juga seorang yang menepati masa. Namun, paling mencuri tumpuan, pastinya aset paling berharga dimiliki Lim iaitu kecantikan semula jadi.

“Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif namun percayalah, kecantikan seorang wanita pastinya akan lebih terserlah jika memiliki fikiran yang senantiasa positif,” katanya membuka rahsia.

Bagi Lim sendiri, walaupun pada usia sudah mencecah 40 tahun, dia yakin rahsia tubuhnya tidak dimamah usia bermula daripada fikirannya yang sentiasa lapang dan positif. “Itu memang diri saya. Tidak akan sekali-kali membiarkan fikiran dibebani masalah dan saya juga mempunyai perancangan masa depan yang bertindak sebagai pencetus semangat untuk saya berusaha.


“Sentiasa juga meluangkan masa bersosial kerana saya yakin, apabila hati gembira, sekali gus akan menyebabkan wajah awet muda,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Satu lagi rahsia Lim yang juga isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Jeffrey Lim, dia sentiasa meluangkan masa menunggang kuda lima hari seminggu, bersenam atau berenang empat kali seminggu, melakukan yoga atau sekadar berjalan kaki sebagai rutin hidup. “Jika letak kereta di pusat membeli-belah sekali pun, saya akan letakkan kereta jauh dari pintu masuk kerana saya percaya, berjalan itu satu bentuk senaman yang baik untuk kesihatan,” katanya.


Percaya atau tidak, wanita berasal dari Ipoh, Perak, itu juga yakin amalan berpuasa yang diamalkan orang Islam baik untuk menyahkan toksin di dalam badan. Kerana yakin dengan amalan itu jugalah mendorong Lim berpuasa sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu sejak beberapa tahun lalu.


Selain rutin senaman, Lim juga begitu menitik berat pengambilan makanan hariannya, malah dia mengakui tidak mengambil karbohidrat dan lebih banyak mengambil makanan berdaging, sayur dan buah-buahan organik. Kesibukan dengan kehidupan peribadinya menyebabkan ibu kepada sepasang kembar berusia Dominic,8, dan Dorothea,8, dan seorang bayi angkat, Francisco, 2, ini menyediakan jadual harian.


“Saya akan pastikan saya mengikut jadual yang direncanakan kerana kadangkala 24 jam sehari pun tidak cukup untuk menguruskan keluarga dan kerjaya,” katanya yang turut sibuk dengan urusannya di dalam bidang pelaburan hartanah dan sebagai pereka hiasan dalaman. Di waktu senggang, Lim mengakui suka berhibur dan bercuti sama ada bersama suami atau teman rapat. Hobinya yang satu itu juga pencetus untuknya menyiapkan sebuah buku ‘coffee table’ berjudul Magical Moments of Malaysia, diterbitkan pada Julai lalu.


Selain itu, dia juga pernah menghasilkan dua buku bertajuk Beauty & Beyond, A Journey of a Beauty Queen pada 2005 mengisahkan perjalanannya sebagai Ratu Cantik dan Children, The Future of Tomorrow pada 2007. “Saya suka bercerita mengenai kelebihan buku terbaru yang mana dipaparkan mengenai tempat percutian terbaik di negara ini. Ia bukti betapa bangganya saya bergelar anak Malaysia. “Melalui buku itu juga anda akan dapat melihat betapa cantiknya negara ini dan perlu ditunjukkan kepada orang luar.


Malah, orang tempatan juga perlu mengambil peluang untuk meneroka negara sendiri yang kaya dengan sejarah dan kecantikan tersendiri,” katanya yang begitu suka ke The Datai, Langkawi. Bertemu bekas Ratu Cantik tanpa bercerita pengalaman menyertai pertandingan itu pasti tidak lengkap. Kata Lim, pengalaman itu memberinya banyak membantu terutama untuk meningkatkan keyakinan diri. “Tapi ia juga memori yang begitu menyeronokkan tambahan pula ketika itu saya baru berusia 20 tahun, masih mentah namun berpeluang berada di kota besar Los Angeles. “Menghadiri majlis sosial bersama selebriti Hollywood, ia peluang sekali seumur hidup yang tidak akan dialami semua orang,” katanya.


Lim, lulusan Inchbald School of Interior Design, London juga gemarkan cabaran kerana itu beliau menyertai satu lagi pertandingan Ratu Cantik khusus untuk wanita berkahwin, Mrs Malaysia World 2004 di India dan dia berada di kedudukan lima teratas. Sebelum mengakhiri perbualan, Lim yang juga sibuk dengan urusannya mengendalikan bengkel kecantikan melalui Beauty & Fashion Studio bersama rakannya, Amber Chia mengakui bengkel itu menjadi medium untuknya menyalurkan ilmu kepada wanita lain.


“Apa yang dititik beratkan di dalam bengkel ini adalah mengenai keyakinan diri kerana dengan adanya kekuatan itu, setiap orang mampu menghadapi apa saja cabaran tanpa ada sebarang masalah. “Di dalam kehidupan dunia moden ini, wanita juga sentiasa dibebani masalah mengenai keluarga, anak dan suami yang bukan saja boleh memberi tekanan kepada diri.


“Justeru, bengkel ini memupuk sikap yakin diri sekali gus merubah wanita supaya menyuntik imej baru di dalam hidup supaya lebih positif menghadapi masa depan,” katanya.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

pengumuman Program bersama Us.Hasrizal


Assalamua'laikum

Semoga dalam rahmatNYA sentiasa. Apa khabar iman hari ini? Amal makin bertambah? Alhamdulillah, syukur kepadaNYA.

Sekarang, hujan renyai-renyai kat luar.. Patutlah terasa lebih sejuk dari biasa. (^_~). Alhamdulillah, nikmat dan rahmat dari ALLAH.

Baiklah, dikesempatan ini, ana nak umumkan satu program. Ana baru saja dapat info dari seorang adik.

Ana copy paste maklumat dari FB beliau :

Perkara: Sesi Bual Bicara bersama penulis (ustaz Hasrizal Jamil)
Tempat : City Plaza, Alor setar Kedah.
Tarikh : 25 Disember
Masa : jam 5 - 6.45 petang


Jadi, kepada sesiapa yang berada di Kedah, dan berkesempatan untuk hadir ke program tersebut, dialu-alukan. (^_~). Semoga ada manfaat yang dapat dikongsi bersama insan lain.


Sekian dimaklumkan, wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 15 Disember 2010

RFC @ Kubang Kerian


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, sentiasa, atas limpahan rahmat dariNYA yang berpanjangan.


RFC ohh RFC.


Sahabat-sahabat tau apa itu RFC? RFC ialah singkatan bagi Radix Fried Chicken. Ia adalah produk keluaran bumiputera, dan pengeluarnya ialah HPA.


Siapa yang masih belum kenal, atau belum tahu tentang HPA? Boleh layari laman web ini. http://www.hpa.com.my/hpaic/. Banyak info berkenaan dengan HPA yang boleh didapati dari laman web tersebut.


Hmm, kenapa ana tulis tentang RFC? Saja nak bagitau, ana dah makan RFC..=p..


Alhamdulillah, pada 21 Nov 2010 (Ahad), suami telah menunaikan janji beliau untuk bawa ana makan RFC di Kubang Kerian. ALhamdulillah, nasib kami baik, kerana orang tak ramai sangat. Kalau tak, mesti tak ada ruang untuk kami. (^_~).


Setelah dicuba, apa yang dapat ana katakan ialah, AYAM RFC MEMANG SEDAP!!. Sebelum ni dengar cerita, dan tengok gambar-gambar sahabat sedang menikmati RFC. Kali ni, alhamdulillah, giliran kami pula..=). Rugi siapa bagi sesiapa yang belum cuba.. Tambahan maklumat, Terengganu juga sudah ada cawangan RFC. Haa, apa tunggu lagi, cepat serbu.. =p

Baiklah, berbalik kepada cerita kami..

3 kali keluar masuk kedai RFC. Rasanya, adik-adik yang jaga kaunter pun dah cam muka kami. =p.


Ana pesan ayam 2 ketul, dan air Radix koko. Manakala suami memesan 2 ketul RFC dan air mangga. =). Tiba masa untuk makan.. Nyum..Nyum.. =p. Alhamdulillah, selesai makan (Ana makan satu je, satu lagi bawa balik rumah..hehe), kami berangkat ke rumah ana. Sebelum tu, sempat berhenti solat di rumah Angah, makan-makan dengan Angah.. Sedap betul lauk pauk yang angah masak.. Lain masa, kami datang lagi ya.. Nak makan daging goreng lagi. =). Kemudian, kami meneruskan perjalana. Hujan lebat menemani perjalanan kami. Alhamdulillah, selamat tiba di rumah, lebih kurang pukul 10 malam. Anak-anak setia menanti. RFC dimakan begitu saja. Hehe.. Suka betul tengok anak-anak makan. Alhamdulillah, rezeki.. =)


Apa pun, terima kasih kepada suami kerana telah menunaikan hajat yang satu ni. Semoga ALLAH bimbing kita ke jalan yang diredhaiNYA..


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 14 Disember 2010

sekadar sebuah coretan buat kenangan


Assalamua'laikum..




Alhamdulillah, ALLAH masih sudi meminjamkan sihat dan kuat kepada kita.. (^_~)




Baru saja 'blogwalking' ke beberapa blog pilihan. Alhamdulillah, ALLAH pinjamkan pula perasaan bahagia dalam hati. Begitu banyak pinjaman dari ALLAH. ALhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Atas segalanya.




Beberapa hari yang lalu, beberapa orang saudara seakidah bertanya : " bila nak update blog ni? Tak berganjak pun saya tengok".




*senyum*




ALLAHU RABBI.




Apa jawapan yang ingin diberikan kepada yang bertanya? (^___^) *senyum lagi*




Beberapa hari kebelakangan ini, hmm, minggu barangkali.. ANa tidak berkesempatan untuk melayari internet di rumah. Masa yang ada agak terhad. Mungkin pengurusan masa yang kurang cekap. Insya'ALLAH, akan cuba dibaiki.




Seringkali terlintas difikiran untuk mencoret sesuatu di kanvas maya ini. Tapi, seringkali juga terpaksa memendamkan saja hasrat hati. Ada perkara lain yang lebih utama.




ALLAHU RABBI.




Hujung minggu yang lalu, berkesempatan ke selatan tanah air. Sesekali merantau ke negeri orang, sememangnya banyak pengalaman yang ditimba. Tidak mungkin dapat merasai sekiranya tidak mencuba sendiri. (^_~).




4 jam bersama suami, merentas lebuhraya PLUS. Pelbagai cerita dikongsi bersama. =). Tiba di rumah Dad pada jam 9 malam. ALhamdulillah, ALLAH izinkan ana menemui keluarga yang banyak membantu suami di perantauan. Terima kasih. Atas layanan yang 1st class. Sedap sate malam tu. Insya'ALLAH, lain masa, kami datang lagi ya.




Jam 11 malam, kami bergerak ke tempat program. I-Insaf, program sahabat sefikrah.. Khas untuk adik-adik di musim cuti sekolah ini. Berlangsung selama 3 hari 2 malam. Maaf, tak sempat hadir lebih awal. Jam 12 t.malam, mula mencari hentian. Lantaran suami yang keletihan, memandu sendirian tanpa henti. Beberapa kali mencari tempat menginap, kebanyakannya sudah penuh. Hujung minggu di selatan tanah air, begini rupanya. Hehe. Hampir jam 1.40 pagi, nasib kami baik. Ada 1 lagi bilik kosong. Alhamdulillah.




Jam 9 pagi, kami menyambung perjalanan ke tempat program. tiba di sana, adik-adik sedang mengemaskan tempat. Bersedia untuk sesi terakhir. Segak bergaya, anggun berseri peserta I-Insaff, berbaju oren hitam. *like*




12.30 tengahari, berangkat ke Hentian Bas, tiket jam 2.15 petang. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan perjalanan. =). Walaupun terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang agak teruk, tapi,berjaya tiba di Hentian tepat pada masanya. Alhamdulillah.



* sekadar coretan dari diri ini.. Pada mulanya, dah batalkan hasrat untuk publish, tapi, dapat semangat bila seorang sahbiah cakap : "takpe, sharing is caring kan?".. =)



Terima kasih ye, Irah.. Walaupun baru saja berkenalan, alhamdulillah, ALLAH hadirkan kasih dalam diri kita.. Semoga dalam lindunganNYA sentiasa.. Sayang kamu..=)




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 8 Disember 2010

cinta mencintai


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 6 Disember 2010

Perjalanan kita masih jauh...


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, hingga ke saat ini, kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan, berbekalkan nikmat iman dan ISLAM. Alhamdulillah, dengan izinNYA, segalanya dari DIA, Tuhan sekalian alam.


Hari ni, hari terakhir kita berada di tahun 1431H. Maghrib nanti, kita akan melangkah ke tahun 1432 Hijriah. ALLAHURABBI. Sekejap saja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, gelap cerah, gelap cerah, setahun dahpun berlalu.


Sebelum ni, nama masih lagi bergelar Cik Syuhada.. Sekarang, dahpun bertukar status. Dah jadi Puan Syuhada..(^_~). Sekarang, masih lagi bernafas, dan boleh berjalan ke sana ke mari. Bila-bila masa saja ALLAH boleh tarik nyawa yang dikandung badan ni. Sekejap je, segalanya mampu berubah. Segalanya mengikut ketetapan DIA.


ALLAHU HAQ.


Masa yang berlalu pergi, jangan disiakan begitu sahaja. Masa yang sedang berjalan, tidak boleh dibiarkan tanpa tanpa sebarang pengisian. Masa yang kita ada, tak cukup andai ingin dibandingkan dengan perkara yang perlu kita lakukan.


ALLAH, ALLAH, ALLAH.


Diri dan Sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,


Ayuh, kita bergandingan,

dalam meniti denai kehidupan.

Destinasi kita masih jauh di depan,

perjalanan kita banyak liku dan halangan.

Seringkali jatuh tersungkur,

jangan lupa untuk bersyukur.

Jangan sesekali merasa lelah,

aturkan langkah yang lebih gagah.

Kerana DIA sengaja memberi ujian,

untuk kita mengasah keimanan.

Cita kita begitu mulia,

ingin syahid di jalanNYA.

Betulkan niat, tanamkan tekad,

dengan izinNYA, kita pasti mampu menggapai cita.

Ayuh, kita kejar cintaNYA,

semoga seiring dengan apa yang dicita.

Redha DIA adalah matlamat utama,

tanpa redhaNYA amal menggunung tiada berguna.


Ayuh sahabat,

Kita cari cinta ALLAH.

Kita gapai mardhatillah...


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 3 Disember 2010

Pencil & Eraser


Assalamua'laikum.


Sedikit perkongsian untuk tatapan kita bersama. Ana petik dari emel yang dikirim oleh seorang sahabat. Sangat bermakna. (^_~)


*****


Pencil: I'm sorry....


Eraser: For what? You didn't do anything wrong.


Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.


Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on).


Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 1 Disember 2010

detik yang berlalu takkan kembali


Assalamua'laikum.


Salam awal Disember buat semua. Semoga hari yang masih berbaki ini, dimanfaatkan sepenuhnya.


Masa, berlalu begitu pantas. Sedar atau tidak, kita sekarang sudah hampir ke penghujung 2010. Tinggal 30 hari saja lagi sebelum 2010 melabuhkan tirainya. ALLAHURABBI.. Tak terkejar rasanya.


Sahabat sekalian,

Apa yang telah kita lakukan sepanjang tempoh ini? Apakah amal yang telah kita lakukan? Apakah sumbangan yang telah kita berikan?


Seringkali kotak fikiran dipenuhi dengan persoalan sebegini. Mencambahkan muhasabah dalam diri. Betapa ruginya andai hidup dibiarkan berlalu begitu saja. Alangkah ruginya andai ruang dan peluang yang ada dilepaskan tanpa pengisian apa-apa.


Diri dan sahabat sekalian.


Hidup didunia ini hanyalah sementara. Andai dihitung, tak terkira banyaknya hutang kita pada orang lain, pada jemaah, pada saudara seakidah.


Lihat saja disekeliling kita. Betapa banyak jiwa-jiwa kosong yang perlukan belaian dari kita. Betapa ramai lagi anggota masyarakat yang memerlukan luahan kata dari kita, perkongsian ilmu yang tidak seberapa ni.


TAKUT.


Ya, takut sebenarnya. Banyak tanggungjawab kita terhadap diri sendiri, orang disekeliling, masyarakat, agama. Masa yang ada, tak cukup dengan amanah yang perlu kita lakukan. Takut dengan amanah yang masih banyak yang belum ditunaikan. Orang-orang disekeliling kita, pastinya akan menuntut haq mereka dari kita di Hari Pembalasan kelak. Ya ALLAH, ampuni kami. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang menimbun ini.


Ayuh sahabat semua. Kita beriringan, mencari redha Tuhan.


Walau sebesar mana sekalipun dosa kita, jangan mudah berputus asa. Rahmat ALLAH maha luas. DIA maha pengampun. Jangan malu untuk menangis untukNYA. Jangan malas untuk meminta dariNYA. DIA tidak pernah sekalipun melupakan kita. DOSA DAN PAHALA adalah urusanNYA. Kita juga tidak dapat sekalipun mentafsir, samada apa yang kita lakukan selama hayat ini, adakah mendapat DOSA ataupun PAHALA. Semua itu adalah rahsiaNYA. DIA yang menentukan segala. Semoga diredhaiNYA dalam segenap urusan.


Sayang antum kerana ALLAH. Saling melengkapi antara kita.


Terima kasih ya ALLAH atas kesempatan yang KAU berikan. Matikanlah kami dalam iman dan ISLAM. Kami dambakan SyurgaMU.


Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers