Najwa tersenyum melihat gelagat rakan sekerja yang selalu mengambil berat tentang dirinya. Kasihnya dia kepada mereka ibarat saudara kandung sendiri. 2 minggu berturut-turut meluangkan hujung minggu di Kelantan, mengundang persoalan kepada mereka.
"Najwa nak balik lagi? Kenapa? Kan baru je balik minggu lepas?"
"Ni kenapa pulak ni? Ada masalah ke sayang?"
"Balik kampung lagi? Ayah sakit ke?"
Soalan bertalu-talu apabila memaklumkan kepada mereka bahawa dia akan kembali ke pangkuan keluarga pada hujung minggu ini. Ya, minggu lepas, secara tak sengaja sebenarnya. Terbeli tiket awal, lepas tu lupa. Dan memang tak merancang, cuma teruja dengan harga tiket yang agak murah, lalu terus menempahnya.. ALLAH nak bagi peluang kepada Najwa untuk kembali ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah, semuanya penuh hikmah. Kepulangan gadis itu sememangnya amat dinantikan keluarga. Pulangnya membahagiakan keluarga yang menyambutnya.
Semalam, Khamis, 19 Ogos 2010. Baru saja selesai melipat telekong, Najwa telah menerima SMS dari kakaknya yang kedua. "Ayah masuk wad lagi. Pagi esok Doktor nak hantar ke HKB."
ALLAHU RABBI. Najwa sudah tidak keruan. Perasaannya, hanya ALLAH yang tahu. Kenapa pulak tiba-tiba je nak kena pergi HKB. Cuba mengingati tarikh penting ayahnya.
"Hujung bulan 11 nanti ayah ada temujanji dengan Doktor. Tapi, ni malam-malam macam ni kakak hantar SMS cakap ayah kena hantar ke HKB. Kenapa pulak", Najwa cuba bertenang.
Tangannya pantas mendail nombor kakaknya, Kak Haiza, tapi tidak berjawab. Masih cuba bertenang. Menaip perkataan satu persatu. Sent.
"Ayah sakit tangan. Bengkak. Tempat operate hari tu bengkak. Ada nanah keluar." Ringkas dan padat jawapan yang diterima. Balasan SMS dari Kak Haiza sememangnya membimbangkan Najwa. Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepada kami.
Agak lama dibiarkan SMS itu tak berbalas. Najwa memujuk hati yang sudah gundah. Air matanya mula mengalir di pipi. Teringat sahabat-sahabat kesayangan. Ingin sekali berkongsi rasa dengan mereka, tapi, dibiarkan saja SMS itu dalam peti 'draft'.
"Ya ALLAH, aku tidak mahu mereka bersedih. Tabahkanlah hatiku menghadapi ujian dariMU", hanya kepadaNYA tempat dia meluahkan rasa.
Tidak lama kemudian, telefon berdering. Panggilan dari Kak Solehah. Najwa terus menjawabnya, cuba menyembunyikan tangisannya sebaik mungkin. Kak Solehah bertanyakan khabar Najwa. Dia tahu perasaan adik bongsunya yang seorang ni. Masakan dibiarkan Najwa melayan perasaan seorang diri. Pasti diberikan penjelasan sebaiknya agar adik kesayangannya tidak menangis lagi.
"Wa, jangan risau sangat. Semalam ayah dah pergi klinik. Doc bagi ubat antibiotik. Lepas Maghrib tadi ayah cakap sakit lagi. Sebab tu abang Zahari bawak pergi hospital. Doc di HKK tak boleh nak handle, sebab tu kena bawak ke HKB. Ramai pakar. Jangan risau ya dik.", Kak Solehah cuba memujuk adiknya. Dia tahu, walau tak kedengaran esak tangisan adiknya, tak nampak dipandangan mata, namun hati adiknya dapat diselami. Berdasarkan pengalamannya sendiri.
"Takpelah kalau macam tu. Nanti bagitau ye". Jawapan ringkas dari Najwa di penghujung talian.
Lidahnya kelu. Hatinya, ALLAH saja yang tahu. Saat ini, fikirannya teringatkan adik ukhuwwahnya, Durrah dan Fasihah. Terdetik dihatinya untuk melayangkan SMS kepada mereka, berkongsi kondisi ayah dikampung, tapi, hajatnya dipendamkan.
"Adik-adikku ada amanah masing-masing. Tak boleh ganggu mereka. Adik Durrah sibuk dengan tugasannya. Nak SMS adik Insyirah, hmm, adik kurang sihat. Kakak dan sahabat-sahabat.. Hmm, taknak bebankan mereka lagi malam ni. Takpelah. Insya'ALLAH, ALLAH bagi ujian, DIA ada cara untuk memujukku", Najwa membatu. Membiarkan saja telefon itu sendirian.
MUJAHADAH!!
*****
Esoknya, usai solat subuh, Najwa mendail nombor ibunya. Bertanya kondisi ayah tercinta. Sayu apabila mendengar suara ibu tersayang. Ibunya demam.
Si ibu memahami gelojak perasaan anak kesayangan. "Wa, jangan fikir banyak sangat. Mak memang selalu demam. Orang tua, macam nilah. Dahla, nak letak telefon dah ni".
Ya, ibu Najwa memang selalu mengelak. Dia tahu anak bongsunya boleh menduga perasaannya, itu sebabnya ibu Najwa lebih suka mengelak. Tak nak anak bongsu dia menangis.
Najwa bungkam. Hatinya terasa sayu sekali. Dibiarkan sahaja manik-manik jernih itu mengalir laju dipipinya. Fikirannya melayang-layang. Disaat ini, kalamullah pengubat duka.
"dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang"
***
Najwa melangkah ke Dewan Kuliah dengan jiwa yang kosong. Fikirannya sudah berada di kampung, teringatkan keluarga yang kejauhan. Masa tazkirah, Najwa asyik berfikir tentang ayahnya. Sabar Najwa, sabar. Kak Siti perasaan perubahan watak Najwa yang agak ketara.
"Najwa dah telefon mak ke? Kakak ada cakap pape tak pasal ayah?"
.. Diam...
Sekadar senyum semanis yang mungkin. Najwa membatukan diri, menahan sebak. Bila dah rasa ada kekuatan, Najwa senyum pada Kak Siti dan Kak Sarah. Keduanya memang sangat mengambil berat tentang dirinya. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana mengurniakan dua orang kakak yang prihatin. Cukup sudah ahli usrah di tempat kerja, ada ayah, mak, abang long, abang ngah, achik. Sekarang tambah dua orang lagi. Anjang dan kakak.
"Tadi dah telefon mak, katanya dalam pukul 8 lebih, ambulan hantar ke HKB. Najwa called dalam pukul 730 tadi."
"Sabarla ye sayang. Insya'ALLAH banyak hikmah tu. ALLAH tak pernah bagi sesuatu diluar kemampuan kita, kan?", Kak Siti memujuk Najwa.
"Insya'ALLAH kak." ukir senyuman sehabis baik, walaupun saat itu, terasa hambar. ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepada kami.
***
Jam menunjukkan angka 11 pagi. Pipi Najwa terasa basah. ALLAH, airmata ini tiba-tiba saja mengalir. Najwa mencari kekuatan. Tiba-tiba nama seseorang yang dikenali muncul di skrin PC.
"Najwa, anything?", Kak Izzah menyapa.
"=). kenapa kak? rasa apa-apa ke?", Najwa masih cuba menyembunyikan rasa hatinya.
"entahla, akak dapat rasa sesuatu. Ada apa-apa ke?"
ya ALLAH, indahnya ukhuwwah yang terjalin keranaMU. Walaupun tak terzahir perasaan ini, tapi ada insan yang dapat merasainya.. Bisik hati kecil Najwa.
"nangis kak", ringkas dan padat jawapan Najwa.
"kenapa Najwa?", Kak Izzah membalasnya.
"ayah masuk wad. lemah sangat rasa", akhirnya Najwa meluahkan apa yang terbuku dihati.
"Adik sayang, ALLAH tidak akan membebani hambaNYA kecuali dengan sesuatu yang mampu ditanggung oleh hambaNYA. Kita harus kuat, kerana kita punya ALLAH yang hebat! Jangan cepat mengalah, Najwa."
Kata-kata Kak Izzah menusuk ke qalbunya. Najwa tahu tentang perkara tersebut, tapi hatinya terasa lemah. Airmata masih mengalir, tetapi sudah tiada esaknya.
"Thanks kak. Akak pun jaga diri."
...Najwa tersenyum...
***
Jam menginjak ke angka 12. Ada tugasan yang perlu disiapkan. Selesai kerja yang diamanahkan, Najwa menemui Kak Siti.
"Mak ayah ni ada yang tu je dik. tak ada gantinya. Baliklah. tengok keadaannya macam mana. Akak dah pernah rasa masa arwah ayah akak sakit dulu. Tiap-tiap minggu akak balik. Naik motor 2 jam pun tak pe. Tak rasa pape. Dalam kepala ni ingat ayah je. Balikla ye", Kak Siti memahami perasaan Najwa, dipujuknya adik kesayangan supaya pulang ke kampung.
Najwa mula mengemas semua barang. Telefon mak dan kakak di kampung.
"Kak Leha, kalau wa nak balik, boleh?".
"Dah cari tiket belum? Balik la, try cari tiket AirAsia, cepat sikit. Kalau tak cukup duit, guna akaun Kak Leha," balas Kak Solehah.
"Alhamdulillah, ok. Nanti wa tengok."..
Najwa berkata sendirian. "Mesti teruk keadaan ayah hinggakan Kak Solehah offer nak sponsor tiket. Hmm, kena cepat ni."
Alhamdulillah, ada 10 lagi tempat duduk yang kosong. Najwa membeli tiket bas. Najwa tersenyum. Setidak-tidaknya, dah ada tiket ditangan. Malam ni naik bas, pagi esok boleh jumpa mek ayah. Alhamdulillah.
*****
Dalam pukul 8 malam, Najwa bertolak dari rumah menuju ke Putrajaya Sentral. Tiket bas yang akan dinaikinya akan bertolak jam 9.25 malam.
"Awal tak pe, jangan lambat. Sempat terawikh di surau nanti", bisik hati Najwa.
Bas bertolak lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan. Najwa tidak dapat melelapkan mata disepanjang perjalanan, fikirannya teringatkan keluarga, Mak Ayah. Wajah mereka segar diingatan. "Insya'ALLAH, pagi esok kita jumpa." Senyuman menguntum dibibir Najwa.
Alhamdulillah, Najwa selamat tiba di rumah pada jam 4 pagi. Kakak dan abang ipar sedang bersahur. Ammar Mujahid tergolek atas tilam. Najwa tersenyum.
"Assalamua'laikum, Mujahid, Usu balik ni..", Najwa mengusik anak buahnya, Ammar Mujahid, yang baru berusia 6 bulan. Mata si kecil masih terpejam, tapi jari jemarinya sudah mula menggenggam jari Najwa. Najwa melelapkan mata disamping Mujahid.
"Badan perlu rehat. Masih ada amanah yang belum tertunai".
...bersambung....