Rezeki

Selasa, 6 April 2010

S.A.B.A.R


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat walafiat sentiasa, insya'ALLAH.. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya. ^_^


Alhamdulillah, hari ni dapat ilmu baru. Ilmu tanpa amal, sia-sia, kan? Insya'ALLAH, ana akan cuba untuk istiqomah.


Teringat pesan Ustaz tadi. Katanya, JANGAN LIBATKAN DIRI DENGAN FITNAH. Fitnah tu lebih besar dari pembunuhan. Kesan fitnah boleh memusnahkan maruah dan hidup seseorang. Kesannya juga bukan kepada individu yang difitnah sahaja, tapi turut dirasai oleh insan-insan lain, seperti keluarga individu tersebut. Dan sekiranya kita difitnah, maka bersabar. Kerana itu adalah salah satu cara yang ditunjukkan oleh ALLAH kepada kita untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNYA. SABAR. itu kunci utama. ^_^


Alhamdulillah, ana dah sampaikan apa yang sepatutnya.. Kita kongsi sama-sama ye.


Hm, S.A.B.A.R.


Bukan mudah, tapi, yang penting, ada usaha. ^_^


Baiklah, semoga ALLAH berikan taufiq dan hidayahNYA kepada kita. Aminn..


"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." - Al-Baqarah, ayat 153.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers