Air jernih itu terus mengalir dipipiku..
"Aku tekad. Tidak akan sesekali berpaling.. Itu janjiku. Janji kita bersama. Andai sesuatu terjadi kepadaku, jangan Kau palingkan dirimu dari jalan suci ini.. Janji?". Kata-kata kamu amat terkesan dihatiku.
Insyirah, ketenangan. Seindah nama yang ditakdirkan kepadamu, itulah diri yang kukenali sejak beberapa tahun yang lalu. Yang membawa ketenangan kepada insan-insan disekelilingmu. Aku kagum dengan dirimu.
Insyirah, mengenali dirimu adalah satu bonus buatku. Aku masih ingat kata-katamu suatu ketika dulu, "Perjuangan suci ini sentiasa memerlukan pengorbanan. Kalau kita tidak sanggup untuk berkorban, berpuluh ribu lagi yang sanggup mengorbankan dirinya. Aku tak mahu jadi pengecut. Yang akan mengelak bila ditanya tentang pengorbanan. Aku nak jadi orang pertama, orang pertama yang menawarkan dirinya demi perjuangan suci ini. Kamu, sahabatku, saudaraku. Aku juga mahu kamu bersamaku. Kamu sanggup?".
Ya, aku akan meneruskan perjuangan ini sahabatku, saudaraku. Aku juga ingin menjadi sepertimu. Umpama lilin yang sanggup mengorbankan dirinya demi menyinari orang lain. Sanggup melakukan apa saja demi ISLAM yang kita anuti. Yang amat kita banggakan. Biar derita didunia, biar perit melanda, kita yakin dengan janjiNYA. DIA tak pernah dusta. JanjiNYA pasti! "Sesiapa yang menolong agama ALLAH, ALLAH pasti menolongnya". Kita yakin dengan JanjiNYA.
Masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Ya ALLAH, tabahnya hatimu. Aku juga mendapat tempias dari semangat juang yang kau tunjukkan. Terima kasih sahabat.. Terima kasih saudaraku. Kamu sumber inspirasiku, Petunjuk kepada Cahaya Syahid.