Rezeki

Jumaat, 5 Mac 2010

kuserahkan segalanya kepadaMU



Assalamua'laikum. Alhamdulillah, syukur kehadratNYA kerana masih sudi menghadiahkan nikmat iman dan ISLAM. Syukur juga kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di bumi barokah ini. Semoga diri ini dan antum semua menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur. Bersyukur dalam erti kata yang sebenar, insya'ALLAH.

Hari ni, 5 Mac 2010.. Pada jam 630 pagi tadi, mak telefon, tapi ana tak sempat jawab. Waktu nak tunggu bas ke tempat kerja, ambik peluang untuk telefon mak semula.. Alhamdulillah, mak sihat seadanya.

Hampir 10 minit dengar cerita dan perkhabaran dari mak, mak tanya : "nok kecek nga ayoh dok? kecek la gapo-gapo pong, dio ado ni".

senyap... "buleh jugok, mek bui la telepong ko ayoh, wawa nok kecek ngan ayoh"

"Assalamua'laikum.. ado gapo wa?" – ayah
(ada apa Wa?)

"W'salam wbt.. sajo jah nok denga sogho ayoh pagi-pagi ni. rindu doh. hehe".. cuba menghidupkan suasana, padahal hati berombak kencang... sayu...
(saja nak dengar suara ayah pagi2 ni. Rindu dah)

"wa nok gi kijo ko nih? gi denga gapo?"- ayah
(nak pergi kerja ke? pergi dengan apa?)

"gi denga bah jah.. Tok ghama lagi maso ni. ayoh sihat dok?"
(Pergi dengan bas je.. Tak ramai lagi waktu ni. Ayah sihat tak?)

"sihat lagu ni la. Nok sihat gano lagi. Haghi ahak ni nok gi spita. Tok tahu la lagu mano"- ayah.
(Sihat macam ni la. Nak sihat macam mana lagi. Hari ahad nanti nak pergi hospital. Tak tau la macam mana)

“Takpolah.. Ayoh rehak molek la deh. Wawa balik deh”
(Tak pelah. Ayah rehat la ye. Wawa balik ye)

"Tok payoh balik la. Tak dok gapo pong ni"- ayah
(tak payah balik la, tak de apa pun)

"hmm, yola. Takpola gitu gak"
(Takpelah kalau macam tu)

***SAMI'NA WA ATO'NA***


Hmm, pada 6 hb Mac, ayah akan dikuarantin di HKB. Kalau tak ada aral, pada 7 hb nanti akan menjalani satu pembedahan kecil. Dan selepas saat itu, ayah akan menjadi pengunjung setia HKK.

Ya ALLAH, hanya Engkau yang kami sembah, dan hanya kepadaMU kami mohon pertolongan. Berikanlah ketabahan dan semaikanlah kesabaran kedalam hati kami.. Hidup suburkanlah iman dalam hati kami. Jadikanlah kami diantara hambaMU yang bersyukur, taat dan patuh kepada suruhanMU, terbitkanlah rasa kecintaan dan kerinduan kami kepadaMU, dan JannahMU. Cambahkanlah rasa takut kami terhadap azab nerakaMU.

Ya ALLAH, matikanlah kami dalam iman dan ISLAM. kami dambakan syahid dijalan yang diredhaiMU ya ALLAH. Perkenankanlah ya ALLAH.. aminn.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers