(nota : gambar di atas ana dapat hasil dari carian dalam internet : tiada kena mengena dengan diri ana @ keluarga, cuma nak ambik nama kuala krai je.. Hrap maklum ..^_^)
Assalamua'laikum.. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menganugerahkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Syukur kepadaNYA kerana masih mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan di bumi barokah ini. Syukur, syukur, syukur.. Alhamdulillah.
Semalam dapat mesej, adik kesayangan kurang sihat. Syafakillah ya ukhti. Akak sentiasa mendoakan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan adik. Semoga ALLAH limpahkan rahmatNYA kepada kita semua, aminn.
Insya'ALLAH, pukul 3 petang nanti ana akan betolak pulang ke Kelantan. Bas Transnasional jadi pilihan, insya'ALLAH.. Sebab utama, ada single seat. ^_^. Insya'ALLAH, kalau tak ada aral, pukul 11 malam sampai d KK.
Hari Ahad nanti ayah kena pergi Hospital Kuala Krai, buka jahitan kat tangan dia. Sempatlah ana jadi driver sekejap. Sempat jugak menabur bakti pada kedua ibu bapa walaupun sekadar jadi driver untuk 3 hari. Alhamdulillah, ALLAH bagi peluang dan ruang. Kita merancang, ALLAH juga merancang, dan PASTI perancangan ALLAH sentiasa yang terbaik. Kalau nak ikutkan, sepatutnya minggu ni ada program dengan adik-adik sekolah menengah, tapi, ALLAH dah aturkan untuk ana berada bersama keluarga. Program ditunda, jadi ada peluang dan ruang untuk ana pulang ke kampung. Alhamdulillah.
Baiklah, sepanjang keberadaan di kampung nanti, kemungkinan besar tiada sebarang post yang akan diterbitkan.. insya'ALLAH, hari Selasa mungkin ada. ^_^
ok, selamat bercuti kepada semua. Doakan kami, syukran.
Wassalam