Rezeki

Khamis, 25 Februari 2010

kekasih hati










*******Dia Kekasih Allah********

Malu rasanya mengatakan cinta

Kepada dia kekasih Allah

Kerana dia insan mulia

Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa

Meluahkan rasa cinta membara

Didalam pujian ucapan selawat

Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya

Apa terdaya ku amalkan sunnahnya

Moga didunia mendapat berkat

Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona

Kerana budinya aku jatuh cinta

Rindu ku padanya tiada terkata

Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan

Adalah cinta Allah yang Esa

Kerana cinta kepada Rasulullah

Beerti cinta kepada Allah...

what U give, U get back.. (^_~)


Assalamua'laikum.. Alhamdulillah, masih sihat wal afiat.. (^_~).. walaupun hanya seungkap kata, biarlah ia terlakar di blog ini.. Siapa yang akan membacanya? Wallahu ta'ala a'lam.. Insya'ALLAH, sesiapa yang diilhamkan kepadanya untuk membuka web page ana ni.. Tak kisah pun kalau tak ada orang nak baca, apa yang penting? Kita dah buat apa yang sepatutnya.. (^_~).

Ana nak tulis pasal apa pulak ni?

Topik kita petang ni ialah : senyum... Hehe, kenapa pilih topik senyum? Sebab ana suka senyum.. Dan ana suka bila ada orang senyum pada ana.. Bila nak marah, tengok senyuman ni, rasa sejuk je hati.. Bayangkan ayah yang dah mula jeling pada kita bila kita buat silap, hati dup dap dup dap dah, lepas tu ayah tak jadi marah, tapi ayah hadiahkan SENYUMAN pada kita... Apa perasaan kita waktu tu? ALhamdulillah, kelegaan dan kegembiraan yang tak dapat digambarkan.. (^______^)

Oleh, itu, senyumlah.... Mudah-mudahan senyuman dari kita semua dapat menggembirakan hati insan lain..(^_~).
Jangan kedekut senyuman ye.. jom, senyum, senyum, senyum....... Smile.... (^___________^).
Hehe, nak lancarkan kempen senyum la.. Adik Mira, Adik Azmah, Adik Syira dan sahabat-sahabat lain, anda adalah insan-insan terpilih untuk menjayakan kempen ni.. (^_^)

sinar semakin terang


Assalamua'laikum..

Apa khabar saudara seakidah sekalian? Moga sihat rohani dan jasmani, insya'ALLAH.

Ana, alhamdulillah, sihat seadanya. Masih mampu tersenyum, masih mampu berjenaka bersama sahabat-sahabat.. Dan paling utama, masih mampu menunaikan amanah sebagai hambaNYA.. Alhamdulillah.

*************

Kulihar sinar itu dihatimu,

terpancar dengan cahaya yang gemilang.

Subhanallah, sinarnya terang sekali.

Amat terang.

Alhamdulillah, bahagianya dirimu di sana.

Telah kau tinggalkan becak yang dulu amat kau sukai.

syukurlah, akhirnya kau tanggalkan jua rantai itu,
yang selalu membelenggu hidupmu..

satu demi satu langkah yang kau aturkan,

semakin jauh dari mimpi semalam.


Hari ini, sepertimana dirimu dulu..

aku juga tidak lagi perlukan mata zahir untuk melihat sinar itu.

mata hatiku sendiri dapat merasai tempias sinaran terang dihatimu.

semoga ALLAH merahmati kita semua,

ilal liqa'..


****************
Alhamdulillah, ana gembira sangat dengan sahabat ana.. Ana doakan semoga dia, dan kita semua istiqomah dalam setiap perkara kebaikan. Moga ALLAH sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredhaiNYA.. aminn..
moga ada manfaat buat sesiapa yang membaca blog ana yang tak seberapa ni. (^_~).
UKHUWWAH KITA KERANA ALLAH.. wassalam

kembali kepadaNYA

Ya Allah Engkaulah Tuhanku,
Tidak ada Tuhan selain Engkau,
Engkaulah yang menjadikan aku.
Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu
dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan.
Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku
dan aku mengaku segala dosaku.
Maka ampunilah aku.
Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa
kecuali Engkau. Amin

Rabu, 24 Februari 2010

1 ALLAH for ALL


Assalamua'laikum.. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH diatas segala nikmat yang tak pernah putus.. Dia berikan nikmat, bukan apa yang kita mahukan, tapi apa yang kita perlukan.. ALLAH maha hebat, kan?

Alhamdulillah, kembali dengan nafas baru,, Tadi syahid sekejap.. Don't know why.. Insya'ALLAH, kifarah.. Kan ana dah katakan tadi, DIA berikan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.. ingat sifir ni? KITA DAPAT APA YANG KITA PERLUKAN, BUKAN APA YANG KITA MAHUKAN.. kerana apa? wallahu ta'ala a'lam... simple, right?

Baru lepas jelajah blog sahabat-sahabat..hehe, best.. tadi rasa kosong, kurus je iman ni.. Sekarang, alhamdulillah, rasa segar sikit.. alhamdulillah, ALLAH masih sudi bagi nikmat iman dan ISLAM..Moga berterusan.. n doa ana, semoga ALLAH kurniakan kebaikan yang berlipat ganda kepada blogger-blogger/ saudara-saudara seakidah semua..insya'ALLAH.

********

ALLAHU RABBI..

ana ada ALLAH.. ALLAH bukan milik ana sorang je. Tapi milik semua orang.. Tahu tak?

Kita ada 1 ALLAH je.. Berapa? SATU JE.. Kadang-kadang kita lupa ALLAH, padahal ALLAH ada satu je.. Kenapa?

hm, tak la.. ana tak lupa ALLAH.

betul ke tak lupa ALLAH? Kalau tak lupa ALLAH, kenapa suka buat sesuatu yang ALLAH murka?

Hmm, tak sengaja.. Ingat ALLAH, tapi nak buat jugak.. (tunduk/muhasabah)

ALLAH dekat je dengan kita.. Tapi macam mana kita boleh lupakan ALLAH?

Tak lupa, tapi, .... (speechless)

Ha, apa lagi alasan yang nak diberi?

tak tahu.. (menangis)


ALLAHUAKBAR..

**********


Jom, kembali ingat ALLAH, dekatkan diri kepadaNYA..

astaghfirullahal'azim.

astaghfirullahal'azim.

astaghfirullahal'azim.


Ya ALLAH, aku malu...

Aku malu sangat.

Walaupun zahirnya aku tampak kuat, tapi aku lemah sangat ya ALLAH.

aku tahu, KAU lebih tahu tentang itu.

AKU LEMAH ya ALLAH..

Lemah sangat..

KAU bantu aku ya ALLAH.

Aku memang perlukan bantuanMU ya ALLAH.


Ya ALLAH, aku malu ya ALLAH.

KAU selalu ada disamping aku, tapi aku...

aku selalu berprasangka denganMU.

hati ni, kadang-kadang menangis dengan ujianMU.

aku tahu, makin banyak ujian, makin erat hubungan kita..

Tapi, kadang kala, terduduk jugak.

selalunya, tersungkur jugak.


KAU setia disampingku, disisi semua orang.

Hmm, kadang-kadang aku cemburu..

Ya, cemburu bila ada yang lebih dekat denganMU.

Aku pun usaha jugak..

Aku nak sentiasa dekat denganMU.

KAU zahirkan kasih sayang dalam pelbagai bentuk.

Aku, mahu.. tapi, tak tahu caranya.

Aku usaha lagi.

Cari jalan untuk dekat denganMU.
insya'ALLAH, aku akan sentiasa usaha.
Aku pun nak jadi hambaMU yangterbaik jugak.
Sama macam orang lain.
Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak aku?
ALLAH kan milik semua?
Ya ALLAH, jangan biarkan aku seorang diri..
Ya ALLAH, kurniakan kepadaku dan insan-insan ini nikmat iman dan ISLAM berpanjangan.
berikan kekuatan kepada kami untuk menghadapi ujian dariMU.
kami dambakan syurgaMU.. Bantu kami, bimbinglah kami ya ALLAH..
aminnn....
***********************
coretan di petang hari.. Moga hidayah itu kekal milik kita, aminn.

makluman lagi



TARIKH : KHAMIS, 25 FebruarI 2010

MASA : 9 MALAM

TEMPAT : MASJID UKM


Moderator:

ust Khairil Khuzairil Umar(Pegawai hal ehwal Islam,Pusat Islam UKM

Ahli panel ;

saudara shahkirit b.kakulai govindji(Pengarah islamic Information and Sevices)

Saudara Daniel Hakim Boey(Pentadbir Persatuan Cina Muslimcawangan Selangor)



anjuran Perkim UKM dan pusat Islam

HEBAHAN MAKLUMAT


SAMBUTAN MAULID AR RASUL SAW 1431

bersama ;
Syeikh Aminuddin bin Abdul Rahim
(Ahli Majlis Fatwa Kedah & Pensyarah KUIN)

pada ;
14 Rabi' an Nabawi 1431 bersamaan 28 Februari 2010 (AHAD)
bermula pada jam : 7.30 malam

Bacaan Maulid & Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Ahbaabul Mushtafa Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)

tempat ;
Tapak Kompleks Pendidikan MATIN, Kg Abi Padang Macang, Kangar Perlis.
Sekalian para muhibbin, sahabat seperjuangan dan muslimin muslimah dipersilakn hadir serta bantulah kami menghebahkan majlis yang penuh barakah ini. Jazakumullah.

Untuk keterangan lanjut : 013 4881509

*dipetik dari blog ust.yussaine

selamat hari lahir


Assalamua'laikum.. Apa khabar saudara seakidah sekalian? Moga sihat iman dan fizikal, insya'ALLAH.

Semalam, 23 Feb 2010 (Selasa), adalah hari kelahiran kakak kesayangan, Kak Ismaliza yang chomey.. (^_~).. Sengaja wish lewat, best kalau boleh buat dia merajuk, pastu pujuk-pujuk sikit, ok lah.

Kepada Kak Isma,
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke23
Dah bertambah umur ni, moga pertambahan amalan juga seiring..^_^
Alhamdulillah, semalam dah menginjak ke tahun baru, Syukur pada ALLAH sebab mengizinkan kita meneruskan kehidupan di bumi barokah ni, Alhamdulillah.
Adik sentiasa sayang akak. Sentiasa doakan kesejahteraan, kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan akak dunia akhirat.. Semoga ukhuwwah yang kita jalinkan, dengan izinNYA ini mendapat mardhatillah.
Kita merancang, ALLAH juga merancang, dan PASTI perancangan ALLAH sentiasa yang terbaik.. DIA dah aturkan segala yang terbaik buat kita semua.. YAKIN..

Baiklah, semoga lebih matang dan sukses dalam kehidupan... jaga diri, iman, amal.. kita ada amanah yang lebih besar... TANGGUNGJAWAB PADA ISLAM.. wallahu ta'ala a'lam..

wassalam

Sabtu, 20 Februari 2010

MUHAMMAD ATIQULLAH


Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa dibawah limpahan rahmat dariNYA. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.

Saje nak tayang gambar Atiq.. Semalam mak cerita, Atiq cari ana kat umah. "Mok, suwa mana?".. aduhai, kesian anak ana yang sorang ni. Padahal ana dah cakap sehari sebelum balik aritu.. "Atiq, esok suwa naik bas, kerja tau.. Atiq duk rumah ye".. Tapi, dia still cari ana.. Nanti suwa balik lagi ye dik.. (^_~)

mom in da house

Assalamua'laikum.. Apa khabar? Moga sihat sokmo deh..Insya'ALLAH..

my mom in da house.(^_~).. Tengahari tadi baru sampai dari Kelantan. Hantar Ammar.. Hari Isnin balik Kelantan

Esok ada program di Taman Botani, Putrajaya. Jom.. Hehe.. 830 pg kumpul..

Hari Ahad ada program di KLCC, Talkshow Nisa'.

JANGAN LEPASKAN PELUANG........... JOM JOIN NISA'.

Khamis, 18 Februari 2010

nasihati daku


KATA LUQMAN AL-HAKIM,

"Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam didalamnya. Bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman dan layarnya Tawakkal kepada ALLAH"

Rabu, 17 Februari 2010

Syukur kehadrat ilahi


Assalamua'laikum.. salam ukhuwwah fillah buat semua.
Apa khabar sahabat-sahabat seperjuangan, seakidah, seusrah? Moga sihat sentiasa hendaknya, insya'ALLAH..

Alhamdulillah, ana telah selamat sampai dari Kg pada pukul 830malam tadi.. Bertolak dari Kuala Krai dalam pukul 11 pagi.. Ok la tu, hehe.. Takde lah macam balik hari tu, 830 pagi bertolak, 800 malam sampai Kuala Krai..(^_~).. Apa apa pun, alhamdulillah, sebab ALLAH dah selamatkan perjalanan.

Sepanjang berada di Kg, memang banyak suka duka..dan pastinya suka itu lebih dari dukanya.. Kadang-kadang terhapus duka, terlindung oleh suka.. Hebat percaturan ALLAH, kan? Inna ma'al 'usri yusro..

Hmm, ada sesuatu ana nak kongsi, tapi, bimbang dalam keadaan sebegini, otak tak dapat berfungsi dengan begitu normal. Mesej tak sampai.. Pending.. hik, hik.. Alasan..

Oklah, minta diri dulu.. Kita jumpa lagi dilain masa, insya'ALLAH.. Wassalam

Ahad, 14 Februari 2010

Selamat sampai..=)


Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat semua.. sihat? Insya'ALLAH.. Ana pula? Alhmadulillah, sihat seadanya.. pukul 8.00 malam sampai rumah.. Bertolak dari Putrajaya dalam pukul 8.30 pagi..hehe, as usual, jalan jem agak teruk.. Jadi, ana adalah salah seorang daripada insan-insan yang berada dalam kesesakan lalu lintas semalam. Dari Putrajaya ke Tol Gombak, makan masa selama 2 JAM.. Lama kan?..Hehe, kak Dayah cakap semala, wah, lamanya..best kan, macam pusing satu malaysia..Hehe..(^_^)

Dan hari ni, 14 Feb 2010, ana sedang menikmati saat-saat indah bersama keluarga.. So sweet.. Kejap lagi, pukul 9.00 pagi, nak masuk kebun.. Nak ambik buah kelapa pandan..(^_~).. Best..Best..

Sekarang ni duk melayan anak-anak.. Tadi dah tolong mak masak.. Semalam bangun pukul 3.30 pagi, sembang-sembang dengan mak.. sambil melayan Ammar yang merengek-rengek, dia kurang sihat.. Suntikan BCG dia macam bernanah.. Sian dia.. Ok lah, ada hal sikit.. Insya'ALLAH, nanti ada sambungan.. (^_~).. Jom dhuha.. Wassalam..
Adik Syirah, Adik Azmah, syafakillah.. Akak doakan semoga cepat sembuh.. kifarah, insya'ALLAH.. akak sayang adik-adik akak..

Jumaat, 12 Februari 2010

kasih yang tak terhingga


Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat sekalain? Moga sihat iman dan amal, insya'ALLAH.. Syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNYa kita masih berpeluang meneruskan kehidupan hingga ke saat ini..=)


Insya'ALLAh, esok, 13 Feb 2010 (Sabtu), ana akan pulang menemui insan-insan kesayangan. (^_^).. Bas akan bertolak pada jam 830 pagi.. Insya'ALLAH kalau tak ada aral, akan sampai di Kelantan pada jam 6 petang.. Tapi, jalan jem.. Nampak gaya macam sampai malam lagi..(^_~).


Takpelah, asalkan selamat sampai.. Doakan ana ye.. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan selamatkan perjalanan kita semua, aminn.


Sekarang ni ana masih lagi di rumah sewa. Sorang-sorang je. Sahabiah lain dah balik kampung.. Pagi-pagi lagi, jadi tinggallah ana sorang je kat rumah 3 bilik satu tandas ni.. Hehe..


Selamat memadu kasih sahabiah2 kesayangan sekalian.. Sampaikan salam pada keluarga ye..


Baiklah, dah pukul 11.41 malam.. Tulang belakang berdenyut-denyut sikit... Moga selamat semuanya..(^_^) Doakan ana.. ok, selamat malam.. Wassalam

Khamis, 11 Februari 2010

AMANAH SEBAGAI DA'EI




Assalamu'laikum.. Apa khabar saudara seakidah sekalian? Moga sihat sentiasa, insya'ALLAH. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih dapat meneruskan kehidupan hingga ke saat ini.

Dah baca surat khabar hari ni? Apa isu yang menarik perhatian antum? Hmm, setiap orang ada pemikiran yang tersendiri, kan? Ana pula, lebih tersentuh dengan isu pembuangan bayi yang tak pernah henti ni.. ALLAHUAKBAR...

Kenapa anak-anak yang masih belum mengerti apa-apa ni diperlakukan sedemikian rupa?






PUNCA??







PENCEGAHAN??





BOIKOT VALENTINE DAY!!!!!


TUTUP AURAT IKUT SYARIAT

TALKSHOW @ KUANTAN


NISA' TALK SHOW @ KUANTAN

(ANJURAN NISA' KUANTAN DENGAN KERJASAMA NADWAH PAHANG & MASJID NEGERI)


TARIKH : 14 Febuari 2010 / 30 Safar 1431H (Ahad)
MASA : 2.30 petang - 4.30 Petang
TEMPAT : Dewan Masjid Negeri (Masji Sultan Ahmad 1), Kuantan.
Tajuk : "Kepadamu Kekasih"
Pendaftaran : RM5
Panel Jemputan :
Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohamed (UMP)
Ustzh. Safiah Abdul Razak (KIPSAS)
Ust. Mohd Suaadi Saad (NADWAH)


Kepada yang berminat, boleh hubungi talian : 017-9040513 / 0196348178
JANGAN LEPASKAN PELUANG..(~_^)
(Mesti ramai yang balik kampung 13-15 Feb ni kan? jadi, kalau berkelapangan, bolehlah luangkan masa selama 2 jam untuk hadir ke TalkShow ni)

Nisa' Penghubung Generasi Muda


Aktiviti Nisa' Wilayah.

21 Feb - Talkshow `Ketika Cinta Berbuah Syurga' , Masjid Asy-Syakirin KLCC

27 Feb - Program `Jejak Kasih Remaja' , Jalan TAR

6 Mac - Bengkel IT Nisa' WP , KL

14 Mac - Seminar `Penyusuan Susu Ibu' , KL

10 Apr - Pencarian Bintang Aura Ungu, Bdr Tun Razak
******************
Berminat untuk sertai Nisa'? Anda boleh mengisi borang secara online, atau tinggalkan saja pesanan di peti Chat di blog kami, dan kami akan menghubungi anda.. (^_^)..
Sekiranya anda bukan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, anda boleh rujuk di blog http://nisawp.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat Nisa' di setiap negeri..
"Kerana dirimu begitu berharga"
(^_~)

Rabu, 10 Februari 2010

tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad



Assalamualaikum.


Sukacita dimaklumkan, kepada sesiapa yang berminat untuk mengaji kitab, dijemput hadir ke kuliah ini:


Rabu- (8.30-10.00) malam, Ustaz Basri (pengajar pondok pasir tumbuh), Kitab feqah Matan abu syuja' -bahagian awal

Khamis- (8.15-9.00)malam, Ustaz Basri (pengajar pondok pasir tumbuh), Kitab feqah Matan abu syuja' -bahagian akhir

Jumaat- (8.30-9.30)malam, Ustaz Rahman (pengajar pondok pasir tumbuh), Kitab tauhid Faridatul Faraid (ilmu tauhid merangkumi sifat 20)


Dialu-alukan kepada sesiapa yang free dan berkelapangan untuk pergi.


Bertempat - Di bangunan kedai2 berhadpan dgn stadium Shah Alam- (dari pkns ke bulatan stadium belok kiri, then nampak bgunan kedai2, kiri lagi)- kelas di tingkat 1, atas kedai buku AS-SUNNAH.

Sekadar untuk disampaikan, hak ilmu itu adalah untuk disampaikan. .. Insya'Allah

anugerah dari Tuhan sekalian alam

jom jalan-jalan.. Peace!! hehe

ATiq, Adri, Amirul & Fakri.. Manja2 semua ni..

Peace No War... (^_^)


Chomeynya..hehe.. cape yang bucukss ni? (~_~)

Assalamua'laikum.. saja layan gambar anak-anak yang manja ni.. Tak sabar tunggu 13 Feb 2010.. (^_~).. Insya'ALLAH.. Tunaikan hak keluarga.. Ya ALLAH, selamatkanlah perjalanan kami.

POHONLAH PADANYA


Selasa, 9 Februari 2010

Aslih nafsaka wad'u ghairoka (baikilah dirimu, serulah selainmu)


Assalamua'laikum.. salam ukhuwwah fillah buat semua..

Semoga dilimpahi rahmat dariNYA sentiasa, insya'ALLAH..

Alhamdulillah, masa ana terisi dengan begitu sukses sekali.. Semoga ALLAH memberkati segala urusan kita semua.. Aminn..

Dua malam lepas, berkesempatan berbincang modul untuk program motivasi pelajar.. Kalau dah bincang sampai lewat malam, mulalah ada yang keluar topik lain.. (^_^) Kali ni, perbincangan kami berkisar tentang cara untuk menarik mad'u.

Sabda Rasulullah saw :
“Bertakwalah kepada Allah dimana jua kamu berada dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik. Ikutlah kejahatan dengan kebaikan agar kebaikan dapat menghapuskan kejahatan.”
-Riwayat Ahmad-

Pernah ada yang menegur kerana kadang-kadang kita lebih menumpukan golongan yang faham sahaja, sedangkan yang kurang faham terbiar dan hanyut dalam dunia mereka... Muhasabah semula.. Memang banyak yang kurang dalam diri ni, dan banyak yang perlu dibaiki.. Bila timbul rasa tanggungjawab, kita cuba mencari jalan untuk masuk kedalam masyarakat dan berusaha melancarkan gerakan dakwah terhadap golongan-golongan yang masih kurang faham.. Apa tindakan yang boleh kita lakukan untuk menarik lebih ramai orang untuk sama-sama mengenal dan memahami ISLAM? Ayuh, kita kongsi.. (^_^)

Kalau antum masih bergelar mahasiswa/mahasiswi, antum boleh gunakan semua peluang yang ada untuk berdakwah.. Gunakan apa saja medium untuk tarik lebih ramai mad'u.. Jalankan seberapa banyak aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar lain.. Contohnya program motivasi, kem anak soleh, smart solat.. Tubuhkan persatuan untuk pelajar-pelajar ISLAM, jalankan usrah secara konsisten.. Tapi, kita jangan lupakan non-muslim.. Kita juga perlu memberi pendedahan kepada golongan ini, dedahkan mereka dengan keindahan dan kesyumulan ISLAM. Jangan pula sekadar syok sendiri, hanya mementingkan kuantiti, sedangkan kualiti tidak terjamin.

Aktiviti riadah seperti sukan contohnya, mampu menjadi salah satu medium dakwah yang unik untuk menarik mad'u.. Aktiviti seperti bola jaring, badminton dan bola sepak, adalah antara kesukaan kaum hawa dan adam. Para daei boleh melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti ini, dan dalam masa yang sama, cuba menyelitkan ilmu dan kefahaman tentang ISLAM kepada sahabat-sahabat mereka. Nisa' Indoor Games umpamanya, boleh dijadikan contoh aktiviti dakwah yang sangat sesuai dipraktikkan. Bersukan dalam keterbatasan syariat. Bukan saja mengikut syariat, malah boleh digunakan sebagai medium dakwah.. Pelbagai lapisan masyarakat (berjantinakan Perempuan) boleh ikut serta. Peluang dakwah terbuka luas.

Ada juga yang mengambil langkah berdakwah dengan merapati golongan-golongan yang kurang faham ini, dan menyuntik kefahaman dan kesedaran tentang ISLAM secara tidak langsung... Maksudnya, mereka berkawan, berkongsi kisah suka duka, mengajak ke arah kebaikan. Apabila telah ada keserasian dan kepercayaan, mudahlah untuk menyampaikan dakwah secara tidak langsung...

Masih ingat rukun usrah?? Iaitu : ta'ruf (berkenalan), tafahum (memahami) dan takaful (menolong).. (sekadar peringatan semula)

Teringat satu cara yang dilakukan oleh sahabiah.. mereka namakan sebagai "jalan-jalan cari wanita".. Ana agak tertarik dengan cara yang mereka lakukan.. Mereka meluangkan masa pada sebelah petang untuk beriadah di sekeliling kampus.. Dalam masa yang sama, mereka mencari-cari wanita (untuk dijadikan mad'u)... Apabila terjumpa pasangan yang sedang bercouple, mereka akan menulis sekeping nota ringkas (yang tersirat 1001 pengertian) dan menyerahkan nota tersebut kepada wanita yang sedang bercouple tersebut.. Isi nota tersebut perlulah ditulis dengan tulus ikhlas dan bahasa yang mampu mengetuk hati wanita tersebut.. Sekurang-kurangnya, tulislah sesuatu yang boleh membuat pasangan couple tersebut segera meninggalkan tempat itu. Hebat bukan? Serangan fikiran..

Jadi, apa tunggu lagi? Serulah manusia kearah kebaikan, cegahlah kemungkaran.. ISLAM datang berdagang, perginya juga berdagang.. Kalau kita tak mulakan, siapa lagi? Tepuk dada, tanya iman.. wassalam

Isnin, 8 Februari 2010

Bukan lagi seperti dulu


Assalamua'laikum dan salam mujahadah buat semua.

Mujahadah mencari redha Tuhan sekalian alam.

Mujahadah melawan kezaliman demi menegakkan ISLAM.

Mujahadah mencari kasih sayang yang berkekalan.

ALLAHUAKBAR..

Pernah suatu ketika, seseorang berkata : "namamu adalah sinonim dengan sikap dan jiwamu.."

SYUHADA' : orang yang syahid...

Untuk menjadi anggota Syuhada', pastinya kena bermujahadah, JIHAD..... Dan ana menggelarkan diri ana sebagai MUJAHIDAH.. ya, ana memang mujahidah, yang selalu bermujahadah.. mujahadah mencari redha ALLAH, selalu saja dihujani dengan mehnah dan ujian.. mujahadah seorang mujahidah...

Bukan retorik semata-mata, bahkan ia adalah realiti..

"Kamu yang ku faham adalah sangat berjiwa besar kerana kau memiliki dua hati, satu hati untuk menangis dan satu lagi untuk bersabar dan memberikan kemaafan. Saat kau perlu menangis kerana bacurnya lontaran fitnah… Satu hati lagi tetap melontarkan kesabaran dan Cinta kerana Allah dan Agamanya (ukhuwwahfillah)"..

Benarkah??

Biarlah apa kata antum, tapi ana sendiri MEMBENARKAN kata-kata ini..

Semoga ALLAH sudi menganugerahkan nikmat iman dan ISLAM ini hingga ke hujung nyawa, aminn..

SALAM MUJAHADAH BUAT SEMUA... Istiqomah!!!!!!!

Jumaat, 5 Februari 2010

DIA ada bersama kita

************************

************************

bersyukurkah kita?


Assalamua'laikum.. Selamat hari Jumaat buat semua.. Semoga semuanya berada dalam limpahan rahmat dari yang Esa, insya'ALLAH.


Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana masih sudi menghadiahkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua..


Semalam, ada majlis sambutan Hari Lahir mujahidah solehah, Kak Farhana sayang.. (^_^).. Keluar dari ofis pukul 530 petang, terus ke kedai kek di p.8, beli kek coklat yang enak..=).. Transit di P.9 ambik uniform solat, dalam 15 minit, dan terus bergerak ke destinasi utama. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segalanya.. Beli barang-barang sikit, lepastu siap untuk solat Maghrib... Dalam pukul 815, ucapan salam mula bergema di balik pintu.. dan muncullah wajah-wajah yang dirindui, seorang demi seorang.. Subhanallah, maha suci ALLAH yang mengaturkan pertemuan kami semua.. (^_^)..


Lepas mesyuarat, bagi kejutan pada B'day girl.. Alhamdulillah, beliau tidak menunjukkan simptom-simptom sakit jantung akibat kejutan melampau dari kami.. (mungkin dan siap sedia awal-awal sebab tepat jam 12.00 malam 4hb Feb, kami telahpun sama-sama menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada beliau semasa dalam perjalanan pulang dari Wangsa Maju... So, beliau mesti dah agak semalam akan ada kejutan lagi..hehe).


Alhamdulillah, segalanya berlangsung dengan lancar.. mesyuarat, makan-makan, sembang-sembang, pengumuman tentang walimah, bincang masalah, luahan rasa.. ALLAHUAKBAR.. ALLAH yang maha layak menerima segala pujian, yang memiliki hati setiap ciptaan.. Suburkanlah rasa kecintaan kepadaMU didalam hati-hati ini.. Ikatlah hati-hati kami dengan jalinan ukhuwwah fillah yang berpanjangan.. Amin ya Robb..


Ukhuwwah.. Jalinan persaudaraan yang amat tinggi nilainya.. "dan nikmat tuhan yang mana lagikah yang ingin kamu dustakan??".. hati ini sering tersentak pabila teringat ayat-ayat dalam surah Ar-Rahman.. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..


Kita orang yang bersyukur??

REBUTLAH lima perkara sebelum lima perkara :

1) kaya sebelum miskin

2) sihat sebelum sakit

3) lapang sebelum sempit

4) muda sebelum tua

5) hidup sebelum mati

Khamis, 4 Februari 2010

TALKSHOW NISA' MENJENGAH LAGI !!!!!!!! Jom..


Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua.. Apa khabar antum hari ni? Semoga sihat sentiasa, insya'ALLAH.. Ana hadiahkan senyuman seikhlas mungkin buat antum.. (^____^)
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, kita masih dapat meneruskan kehidupan di bumi barokah ini, alhamdulillah.
Baiklah, dikesempatan ini, sukacitanya ana ingin menjemput antum ke program terdekat Nisa' Wilayah Persekutuan, iaitu :
"KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA"
Tarikh : 21 Febuari 2010 (Ahad)
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Masa : 9.30 pagi hingga 1.00 Tengahari
Penampilan Istimewa : Ust. Fauzi Mustapha (Pengacara Al-Kuliyyah, TV3)
Insya'ALLAH, makanan tengahari disediakan..
Masuk adalah percuma.. (^_~)
Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh, kita imarahkan program Talkshow Nisa' pada 21 Feb nanti..
JOM JOIN NISA'.. (^_^)
p/s : sesiapa yang nak join Nisa' Putrajaya, sila lawati blog Nisa' Putrajaya dan isi borang pendaftaran keahlian.. http://nisaputrajaya.blogspot.com

Selasa, 2 Februari 2010

Subhanallah, akhirnya..




*Atiq & Adri yang manja.. Hehe, tak habis-habis nak buat peace no war..(^_~)*

Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua.. Apa khabar antum hari ni? Moga sihat walafiat sentiasa, insya'ALLAH..
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi keran amasih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.. Alhamdulillah..

Semalam 1 Feb 2010, Cuti sebab sambut hari wilayah.. Ana baru bertolak dari Kelantan.. Percutian yang tidak dirancang.. =)..

Sepatutnya ada hal minggu ni, tapi pukul 4 petang dapat tahu, tak jadi pergi.. Pukul 6.30 petang sampai rumah sewa.. duduk-duduk rehatkan minda.. Tapi, sesuatu yang tidak dijangka berlaku.. nak tau apa yang berlaku?? Hehe, TIBA-TIBA rasa nak balik Kelantan.. ALLAHU RABBI.. Tak boleh nak kawal perasaan ni.. Nak balik Kelantan!! (rasanya sebab ana duk teringat suara Ammar tengahari tu.. Mak call masa Ammar duk nangis.. dengar suara tangisan dia, subhanallah, mengalir airmata.. Sejak dia lahir, baru tengok mms, tak dengar suara lagi.. hehe)

Bila dah rasa nak balik, call kakak di Kelantan :" La, kalau wawa balik harini, macam mana? Hari Isnin cuti.."...... "dah beli tiket ke?" : Kak La..... "belum lagi..hehe.. Tak tau, tiba-tiba rasa nak balik"....... "try lah pergi tengok, kalau ada tiket lagi, balik lah": Kak La...

So, apa lagi... Siap-siap, pukul 645 petang cari tiket di Petronas, tapi dah habis tiket.. Tak putus asa, cari pulak di P.Sentral.. Alhamdulillah, ada tiket bas Mahligai.. Dari Kelantan naik bas Mutiara.. (^_~).. REZEKI.........
Pukul 7 petang dapat tiket, pukul 9 malam naik bas... Allahuakbar.. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan.. Sepanjang 2 hari 2 malam di Kampung, masa dimanfaatkan sepenuhnya.. Kalau dihitung-hitung, rasanya tidur dalam 8 jam je dalam masa 2 hari 2 malam.. Selebihnya duk jaga bebudak, kecik dan besar.. Muhammad Ammar Khalifah khususnya, memang jadi tumpuan utama.. Tak lepaskan peluang.. Gambar si kecil tu, rasanya adalah dalam 100 keping..Hehe, tidak termasuk video2 dan seangkatan dengannya.. (^_^).
Alhamdulillah, syukur sangat.. Dapat jugak tengok si kecil sebelum berusia 1 bulan.. ni lah gambar Muhammad Ammar Khalifah.. (^_~)


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers