Rezeki

Selasa, 5 Januari 2010

sembang santai


Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua. Apa khabar antum hari ni? Semoga sihat wal afiat hendaknya, insya'ALLAH.

Alhamdulillah, pada 31 Disember 2009, ana telah berjaya menyertai program XPDC dakwah bersama-sama dengan ahli Nisa' Putrajaya yang lain dan dibantu pula oleh sahabat2 sekitar Bangi. Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat ilahi, kerana mengizinkan pelaksanaan program ini tanpa sebarang kesulitan.. Walaupun pada mulanya kami kekurangan tenaga penggerak kerana ada 2 program yang berlangsung serentak, tapi dengan izinNYA, kami telah berjaya mendapatkan bantuan dari sahabat2 seperjuangan sekitar Bangi.

Tepat jam 740 malam, ana dan sahabat2 keluar dari rumah... Menuju ke Masjid Sultan Mizan (panggilan manje, masjid Besi)... Mengikut perancangan awal, kami akan solat Isya' di sana.. Dan alhamdulillah, segalanya mengikut perancangan. Kami berpecah kepada dua kumpulan. Masjid Besi dan Masjid Putra. Sepatutnya semua team Nisa' akan berkumpul di Masjid Besi, tapi, hehe, kita hanya merancang, tapi pastinya perancangan ALLAH mengatasi segala.. 3 orang muslimat di Masjid Besi, 4 lagi di Masjid Putra.. berpisah jua akhirnya.. then, cuba cari orang lagi.. Call Kak Sue, Ketua Nisa'.. Masa tu Kak Sue atas kereta lagi.. Ujian datang bertimpa-timpa... Kak Sue cakap Ust. suruh ikut ust di Masjid Putra.. Masihku ingat kata-kata Ust.Nazir :"lain kali, ketua Nisa' kena ikut YDP ja".. Adoila, Ust. guna kuasa veto yer? tak pe, nanti nak kidnap Kak Sue gi jalan-jalan.. tinggal Ust sorang-sorang.. Jaga Batriesya dan Damia..hehe.. (^_~)

oklah, kembali ke pangkal jalan..

Usai solat Isya' berjemaah, kami memulakan operasi.. Ust.Lukman mengetuai gerak kerja di Masjid Besi(MB).. Kami berkumpul di taman tepi tasik .. Kak Farhana n Kak Assiah masih ingat pengalaman kita malam tu? hehe, hebat sangat.. Kereta guna laluan pejalan kaki.. adoilah.. sape yang jadi co-pillot tu?hehe, tak nak ngaku.. (^_~).. Tak pasal-pasal kena reverse ye.. Malu..maluuu...

Jam 10.00 malam, ada taklimat ringkas dari Ust.Lukman.. briefing tentang perjalanan XPDC.. Setelah semuanya dah tau tugas dan perjalanan XPDC, kami mulakan operasi.. bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan.. AYUH! XPDC DAKWAH BELIA BENCI MAKSIAT...

Masa mula-mula nak edar risalah n berkenal-kenalan dengan para Mad'uu, agak gementar juga.. Ramai betul orang.. Sasaran kami, couple n remaja.. Tapi, kami tetap edar pada yang dah berkeluarga.. Dengan harapan, semoga golongan ibu bapa ni boleh tolong sampaikan pada anak-anak mereka pulak.. Sepanjang XPDC berlangsung, memang banyak gelagat mad'uu yang mencuit hati kami.. Ada beberapa orang mad'uu macam takut-takut nak ambil risalah yang kami edar, tapi, dengan izin ALLAH, bila kita cakap ni risalah tahun baru, mereka ambil dengan senyuman.. dan ada juga yang sempat tanya kami ni dari mana.. pertubuhan apa.. Tak kurang juga yang ambil peluang untuk ketawakan kami.. Takpe, yang penting, perancangan kami ni dapat direalisasikan.. Bila tengok ramai yang baca risalah yang kami edar, hati ni tak putus2 ucap syukur pada ALLAH.. semoga ALLAH campakkan hidayahNYA kedalam hati2 insan ini.. Ya ALLAH, tetapkanlah kami dijalan yang diredhaiMU.. dan syukur sangat, berjaya jugak edar risalah pada malam tahun baru.. Permulaan yang baik, untuk tahun baru.. Insya'ALLAH..

Ya ALLAH, bantulah kami dalam gerak kerja dakwah ini.. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan kemanisan ibadah kepadaMU.. Tautkanlah hati-hati ini dijalan yang diredhaiMU.. perkenankanlah ya ALLAH, perkenankanlah.. Aminn

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers