Rezeki

Rabu, 22 April 2009

HIDUP BERAGAMA


Kehidupan dunia adalah jambatan menuju kea lam akhirat yang kekal abadi. Malah Rasulullah sendiri menyifatkan kehidupan didunia ibarat pengembara seperti sabda baginda yang bermaksud,
“Apalah erti dunia bagiku. Hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yang sedang berjalan di bawah terik matahari. Tiba-tiba kelihatan sebatang pohon, lalu pengembara berteduh sejenak di bawah bayangan teduhannya. Sesaat kemudian, si pengembara akan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.” (Riwayat Tirmizi)
Luqman al-Hakim seorang ahli hikmah yang namanya tertera dalam Surah Luqman pernah ditanya oleh anaknya, “ Apakah satu benda yang paling baik dimiliki setiap orang?”
Luqman menjawab, “ Agama.”
Si anak bertanya kembali, “Jika dua?”
Ujar bapanya, “Agama dan harta.”
“Jika tiga?”
“Agama, harta dan sifat malu.”
“Jika empat?”
“Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.”
“Jika lima?”
“Agama, harta, sifat malu, akhlah yang baik dan sifat dermawan.”
“Jika enam?”
Lantas Luqman menjawab, “Wahai anakku! Jika kelima-lima perkara ini terkumpul pada diri seseorang, maka dia akan menjadi seorang yang bersih dan terpelihara ketakwaannya serta selamat daripada godaan syaitan.”
Demikianlah pandangan hidup yang realistik dan amat relevan untuk mengangkat martabat dan maruah seseorang manusia dalam kelompok masyarakatnya. Semua nilai baik itu terkandung dalam agama Islam yang harus menjadi cara hidup manusia. Dengan agama, manusia bakal memiliki kekuatan rohani, moral dan mental untuk mengharungi cabaran hidup sehingga dapat menyesuaikan diri dengan segala keadaan hidup yang penuh denagn onak dan duri.
Seorang penyair arab pernah berkata, “Alangkah indahnya hidup ini apabila terhimpun agama dan harta pada diri seseorang manusia. Dan alangkah malangnya apabila terkumpul pula kekufuran dan kemiskinan dalam diri seseorang manusia.”

(dipetik dari email seorang sahabat untuk dikongsi bersama)

SUARA HATIKU...

hatiku seringkali berbisik, mampukah aku menjadi muslimah solehah?
sedangkan aku hanya seorang manusia biasa...
yang punya cacat dan cela...
ternoda dengan debu-debu dunia,
punya kisah silam yang kelam,
yang mampu membuat airmata bercucuran, tatkala teringat
pengalaman lepas yang telah kutinggalkan...
mampukah aku menggapai langit nan biru.. disaat hati bersalut debu...
ingin sekali kulontarkan segala kenangan lalu, namun aku tak berdaya
hanya airmata yang mengiringi setiap saat yang kian laju
meninggalkan kita dalam kelalaian...
izinkan aku ya Tuhan,
meniti hari-hari terakhir, menghabiskan sisa-sisa hidupku di dunia
dengan menjadi muslimah solehah, perhiasan terindah di dunia ini,
tapi, aku tak mahu menjadi wanita punca fitnah terbesar bagi lelaki di dunia...
aku takut akan azabMu ya ALLAH
pimpinlah aku menuju jannahMu, ya ALLAH
bantulah aku.....

PEDOMAN MENUJU JALAN KEBAHAGIAAN



Artikel cinta ini telah disampaikan oleh saudara Adam Huud.
“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi. “Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya? Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya? Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah. Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi? Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna.
Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa! Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Isnin, 20 April 2009

ku merindui kalian...







kenapa???

assalamualaikum...
hmm, tak taulah kenapa... kenapa semua ni berlaku... pada diri insan yang lemah ini...
hmm, tak taulah kenapa...kenapa semua ni berlaku.. pada tika dan saat ini...
hmm, tak taulah kenapa... kenapa ana perlu persoalkan setiap ketentuan ini...
ya ALLAH, aku tak mampu menanggung semua ini lagi.. berikanlah kekuatan kepadaku.. KAU tabahkanlah hatiku.. kuatkanlah imanku yang rapuh... KAU berilah taufiq wal hidayahMU kepadaku ya ALLAH..
duhai manusia... memang kita lemah.. mengharapkan belas dan ehsan dari ILAHI.. tapi kenapa kita masih tak bersyukur? kenapa kita selalu lupa? kenapa kita selalu leka?kenapa??
"maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?" - Ar-Rahman,16...

read & understand


Cell phone & Quran
Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?
What if we carried it around in our purses or pockets?
What if we flipped through it several time a day?
What if we turned back to go get it if we forgot it?
What if we used it to receive messages from the text?
What if we treated it like we couldn't live without it?
What if we gave it to kids as gifts?
What if we used it when we traveled?
What if we used it in case of emergency?
This is something to make you go....hmm... where is my Quran?.
Oh, and one more thing.
Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being disconnected
Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!.
P. S. DO WHAT YOU THINK ALLAH SWT WOULD WANT YOU TO DO WITH THIS EMAIL..Trust in ALLAH SWT and Always Say A Prayer.


If you are one of the 7% who will stand up for Him, forward this.
93% of people won't forward this.

Rabu, 8 April 2009

bersediakah aku???


wahai diri,

bersediakah kamu untuk memikul tanggungjawab sebagai daei?


wahai diri,

bersediakah kamu menghadapi mehnah dan tribulasi di jalan dakwah ini?


wahai diri,

bersediakah kamu untuk berkorban seluruh hidupmu demi ISLAM tercinta?


wahai diri,

bersediakah kamu untuk berkongsi hidupmu dengan manusia ciptaan Ilahi?


wahai diri,

bersediakah kamu andai ditakdirkan hari ini merupakan hari terakhirmu di dunia ini?


wahai diri,

bersediakah kamu untuk menjawab soalan2 di alam barzakh nanti?


wahai diri,

bersediakah kamu untuk bertemu Pencipta yang maha agung?


wahai diri,

bersediakah kamu untuk semua itu?


wahai diri,

bersediakah kamu??


wahai diri,

BERSEDIAKAH KAMU??


jangan menjadi manusia yang hanya tahu mempersoalkan tapi tidak mahu bertindak...

persiapkanlah dirimu menuju jalan bertemu tuhanmu... ingatlah diri, kematian itu satu ketetapan... takkan awal walau sesaat dan takkan lewat walau sesaat....

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers