Rezeki

Isnin, 30 Mac 2009

maafkan aku teman...

16 Julai 2006..
Hari ini, terukir senyuman manis di wajahmu,
sebagai tanda bermulanya tautan ukhuwwah,
antara kau dan aku….

CB112…
Di situ bermulanya kisah suka duka antara kita..
Di situlah kita mula menjalinkan persahabatan,
Mengenal erti ukhuwwah fillah,
Kau dan aku, kasih mula berpadu…

Teman…
Masih ingatkah dikau akan detik dan saat itu,
Tatkala rintik-rintik iman mula membasahi ukhuwwah kita
Ketika usrah mula mengisi kelapangan yang ada,
Ketika sama-sama berbicara tentang tanggungjawab dan kesedaran…
Kita semakin tenggelam dalam alunan ISLAM.

Usrah adalah keluarga,
Itulah topik pertama perbincangan kita.
Berkisar tentang peranan setiap ahli keluarga,
Yang perlu saling nasihat menasihati,
Agar tiada satu pun yang tergelincir…

Perjuangan Islam mula bertapak,
Lama kelamaan, semakin menebal dalam diri,
Kesedaran tentang tanggungjawab sebagai Muslim
Mengajar kita hakikat kehidupan sebagai khalifah...

Sahabat,
Aku gembira dengan adanya kau di sisi..
Perjuangan kita baru saja bermula,
Masih banyak onak dan duri,
selagi nadi masih beralun, mehnah perjuangan tak pernah terhenti

Sahabat…
Titisan jernih mula mengalir…
Manik-manik berharga gugur tanpa relaku..
Aku tewas dalam perasaanku sendiri..
Betapa lukanya hatiku bila kau anggap aku bukan lagi sahabatmu…

Tidak kuduga badai yang melanda,
Telah merobohkan benteng ukhuwwah kita ..
Sedikit demi sedikit… akhirnya tersungkur menyembah bumi..

Maafkan aku teman, maafkan aku sahabat,
Maafkan aku saudara perjuangan…
Aku gagal menunaikan amanahku…
dalam menyemai benih-benih perjuangan
Aku terlupa menyiram dengan titisan kepercayaan
Dan baja keakraban dalam ukhuwwah kita…
Rupanya, kau cemburu dengan orang di sekelilingku..

Aku lupa, bahawa manusia itu tak pernah sama,
Aku lupa, kita punya jiwa yang berbeza,
Aku lupa, kita hanyalah manusia biasa…

Sangka ku, hati kita telah berpadu,
Aku fikir, ukhuwwah kita telah utuh bersemi,
Aku ingat, semangat jihad sudah mencukupi
Aku jangka, kau faham akan tanggungjawabku..
Tanpa perlu kulafaz dengan kata-kata,
Tanpa perlu ku ikat dengan janji setia.
Tanpa perlu ku hurai panjang berjela…

Aku sedar kini, kita tak pernah mampu
Menyelami hati antara satu sama lain
Kita tak mungkin dapat
Mendalami jiwa antara kita…
Kerana kita hanya insan biasa…

Satu pintaku,
Ukirlah tautan ukhuwwah kita
Dalam memori kehidupan..
Seandainya aku pergi dulu menemuai Pencipta,
Maafkanlah segala silapku…
Maafkanlah segala kekuranganku..
Aku hanya insan biasa…
Aku mahukan redhaNya..
Aku takut akan azabNya..
Bantulah aku teman...
Maafkanlah aku...

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers