Rezeki

Selasa, 16 April 2013

16 April 2013

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa. :)

Alhamdulillah, hari ni genap setahun usia Muhammad Ilham Syakirin. Alhamdulillah.

Syukur kepadaNYA atas nikmat yang tak putus-putus.

Ilham, lahir pada jam 6.06 petang di wad bersalin Hospital Kuala Krai, Kelantan. :) Genap sebulan selepas kematian ayahanda tersayang. ALLAHu ALLAH.

Hadir membawa cahaya.
Wajah polos, suci tanpa dosa.
Menjadi pengubat lelah kami sekeluarga.

Hari ni sepatutnya Ilham kena inject. Tapi disebabkan kesihatan beliau tidak begitu baik, maka ditangguhkan dulu. Insya'ALLAH, ada hikmahnya.

Doakan Ilham ya. Semoga terus membesar dengan sihat dan jadi anak soleh wa musleh. :)

Wassalam.
- baru beberapa jam selepas kelahiran -

Jumaat, 12 April 2013

Sempurna

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua. :D

Semua orang sihat? Kalau tak sihat, cepat-cepat makan ubat ya. Kesihatan diri perlu dijaga. Nanti sennag nak beribadat. :D

Sempurna.

Tiada siapapun yang sempurna.
Semua orang ada kekurangan.
Namun, ada sudut lain yang dia pasti lebih dari kita.

Jangan suka menghukum orang, andai kita sendiri buat silap. :D
Bertimbang rasalah.
Kerna kesempurnaan takkan pernah ada dalam diri kita dan semua orang.

Orang takkan faham apa yang kita rasa.
Sebagaimana kita takkan faham apa yang orang lain rasa.

Adil bukan?
Kita kurang, dia lebih.
Dia kurang, kita lebih.
(^_^)

Janganlah mencari kesempurnaan.
Tapi berusahalah untuk menjadi sebaik mungkin, yang menepati ciri-ciri kesempurnaan yang kita harapkan.

Salam Jumaah barokah



wassalam.

Rabu, 10 April 2013

5 MEI 2013

Assalamua'laikum.



Alhamdulillah. Tadi telahpun diumumkan tarikh PRU 13.

Insya'ALLAH, 5 Mei 2013 nanti akan berlangsung PRU 13.

Paling sengit dalam sejarah, kot. ;p

Lama menunggu.

Tak sabar nak balik.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

:)


4 Mei ulang tahun kelahiran zauji.

MasyaALLAH, perancangan ALLAH sentiasa yang terbaik.

Tak sangka, dapat raikan bersama ahli keluarga di Kelantan.

6 Mei pulak ulang tahun kelahiran kakak nombor 2.

Makan-makan. :) Hehe


Terima kasih ya ALLAH.



K untuk Kelantan

Bismillahirrahmanirrahim

Semoga sahabat sekalian dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendakNYA.

K untuk Kelantan. :)



Hari ini, SPR bakal umumkan tarikh PRU 13.

Berdebar.

Dup dap dup dap.

Bila agaknya tarikh PRU 13?

Tak sabar nak cari tiket.

Nak balik tunaikan tanggungjawab.

Semoga dipermudahkan segala urusan.


Orang tanya, kenapa K untuk Kelantan?

Orang yang bertanya, anda pernah pergi Kelantan?

Pernah merasai pengalaman tinggal di sana?

Bergaul dengan masyarakat Kelantan?

Pernah hadir majlis ilmu yang melimpah ruah di Kelantan?

Pernah hadir majlis ilmu mingguan di tengah-tengah Kota Bharu yang disampaikan oleh ulama', oleh ilmuan setiap pagi Jumaat?

Pernah makan di mana-mana kedai, gerai di Kelantan?



Kalau tidak, cubalah bercuti dan merasai pengalaman menjalani kehidupan di Kelantan selama sebulan. :) Pasti taknak balik. :)

Kelantan, banyaaaaaakkkkkkkkkk keistimewaan.

Makanan murah, pakaian murah.
Pendek kata, kos sara hidup di sana memang murah.

Nasi pagi, nasi putih + ayam gulai atau ayam masak merah, boleh dapat harga RM1.50. :D
Kalau tengahari, nasi putih + ayam masih boleh dapat harga RM3.
Kuih?? Hoilah, berlambak. Murah-murah.. Ada duit Rm2 pun kenyang dah. :)

Lepas Magrib, boleh dikatakan semua masjid surau ada pengisian. Corong-corong pembesar suara memang jarang sangattt sunyi. Paling tidak, ada bacaan yasin beramai-ramai.

Hari Jumaat, pagi, memang ada pengisian rohani oleh Menteri Besar Kelantan, dan ada jugak pimpinan yang lain. Kalau tak, ada ganti dengan ustaz-ustaz yang best!

Pasar pagi, pasar tani, pasar malam, semuaaaaaa ada makanan, pakaian, dan apa-apa saja yang best!


Mungkin ramai yang cakap, Kelantan tak maju. Kelantan tak ada hiburan.

Entahlah.. Sebenarnya, bagi anak jati Kelantan, tak ada apa pun yang rasa kurang. :)
Pembinaan rohani, sakhsiah diri tu lebih penting. :)
Apa guna kemajuan kalau Islam dipinggirkan?
Apa guna kemajuan kalau maksiat semakin berleluasa?

Yang duk bising-bising cakap Kelantan tak maju, miskin tu, tak tahulah nak cakap macam mana. Kami orang Kelantan, ok jer. :D

Orang Kelantan, nampak banyak rumah papan biasa-biasa. Tapi jangan pandang sebelah mata. Biasanya, rumah tak besar, tapi tanah berekar. :)

Kalau lalu tepi sawah, nampak rumah banglo besar, bertingkat-tingkat, haaaaaa, jangan duk ingat tu rumah tokey cina ke apa.. Tu rumah CIKGU je tau! Cikgu pun boleh buat rumah besar-besar. Bukan tunggu jadi pengurus ke apa. :)

Bila cakap Kelantan ada masalah air. Ehhh, bukan semua tempat ke ada masalah yang sama? So, common problem lah. Dunia makin tua. Bersabarlah. Duk mana pun sama. :D

Jadi, pilihlah K untuk KELANTAN!

Wassalam :D

Khamis, 4 April 2013

Pilihlah Yang Terbaik

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua. :)


Semalam, pembubaran Parlimen. Bermakna dah tak lama lah nak ada Pilihanraya Umum.

Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba.

Hari yang sangat bermakna buat semua.

Setiap orang kena turun tunaikan tanggungjawab.

Memilih pemimpin yang terbaik untuk negara tercinta.

Pilih pimpinan, bukan mudah.

Nak yang terbaik, sangat susah.

APAPUN, pilihlah yang terbaik.

Untuk masa depan generasi seterusnya.

Andai memilih untuk bersosial tanpa sempadan, tunggulah natijahnya.

Andai memilih untuk menegakkan syiar Islam, nantilah ganjaran dariNYA.

Selamat memilih ya.

Jadilah pemilih yang bijaksana. :D

Pilihan anda penentu masa depan!


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers