Rezeki

Rabu, 10 April 2013

K untuk Kelantan

Bismillahirrahmanirrahim

Semoga sahabat sekalian dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendakNYA.

K untuk Kelantan. :)



Hari ini, SPR bakal umumkan tarikh PRU 13.

Berdebar.

Dup dap dup dap.

Bila agaknya tarikh PRU 13?

Tak sabar nak cari tiket.

Nak balik tunaikan tanggungjawab.

Semoga dipermudahkan segala urusan.


Orang tanya, kenapa K untuk Kelantan?

Orang yang bertanya, anda pernah pergi Kelantan?

Pernah merasai pengalaman tinggal di sana?

Bergaul dengan masyarakat Kelantan?

Pernah hadir majlis ilmu yang melimpah ruah di Kelantan?

Pernah hadir majlis ilmu mingguan di tengah-tengah Kota Bharu yang disampaikan oleh ulama', oleh ilmuan setiap pagi Jumaat?

Pernah makan di mana-mana kedai, gerai di Kelantan?



Kalau tidak, cubalah bercuti dan merasai pengalaman menjalani kehidupan di Kelantan selama sebulan. :) Pasti taknak balik. :)

Kelantan, banyaaaaaakkkkkkkkkk keistimewaan.

Makanan murah, pakaian murah.
Pendek kata, kos sara hidup di sana memang murah.

Nasi pagi, nasi putih + ayam gulai atau ayam masak merah, boleh dapat harga RM1.50. :D
Kalau tengahari, nasi putih + ayam masih boleh dapat harga RM3.
Kuih?? Hoilah, berlambak. Murah-murah.. Ada duit Rm2 pun kenyang dah. :)

Lepas Magrib, boleh dikatakan semua masjid surau ada pengisian. Corong-corong pembesar suara memang jarang sangattt sunyi. Paling tidak, ada bacaan yasin beramai-ramai.

Hari Jumaat, pagi, memang ada pengisian rohani oleh Menteri Besar Kelantan, dan ada jugak pimpinan yang lain. Kalau tak, ada ganti dengan ustaz-ustaz yang best!

Pasar pagi, pasar tani, pasar malam, semuaaaaaa ada makanan, pakaian, dan apa-apa saja yang best!


Mungkin ramai yang cakap, Kelantan tak maju. Kelantan tak ada hiburan.

Entahlah.. Sebenarnya, bagi anak jati Kelantan, tak ada apa pun yang rasa kurang. :)
Pembinaan rohani, sakhsiah diri tu lebih penting. :)
Apa guna kemajuan kalau Islam dipinggirkan?
Apa guna kemajuan kalau maksiat semakin berleluasa?

Yang duk bising-bising cakap Kelantan tak maju, miskin tu, tak tahulah nak cakap macam mana. Kami orang Kelantan, ok jer. :D

Orang Kelantan, nampak banyak rumah papan biasa-biasa. Tapi jangan pandang sebelah mata. Biasanya, rumah tak besar, tapi tanah berekar. :)

Kalau lalu tepi sawah, nampak rumah banglo besar, bertingkat-tingkat, haaaaaa, jangan duk ingat tu rumah tokey cina ke apa.. Tu rumah CIKGU je tau! Cikgu pun boleh buat rumah besar-besar. Bukan tunggu jadi pengurus ke apa. :)

Bila cakap Kelantan ada masalah air. Ehhh, bukan semua tempat ke ada masalah yang sama? So, common problem lah. Dunia makin tua. Bersabarlah. Duk mana pun sama. :D

Jadi, pilihlah K untuk KELANTAN!

Wassalam :D

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers