Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa. :)
Alhamdulillah, hari ni genap setahun usia Muhammad Ilham Syakirin. Alhamdulillah.
Syukur kepadaNYA atas nikmat yang tak putus-putus.
Ilham, lahir pada jam 6.06 petang di wad bersalin Hospital Kuala Krai, Kelantan. :) Genap sebulan selepas kematian ayahanda tersayang. ALLAHu ALLAH.
Hadir membawa cahaya.
Wajah polos, suci tanpa dosa.
Menjadi pengubat lelah kami sekeluarga.
Hari ni sepatutnya Ilham kena inject. Tapi disebabkan kesihatan beliau tidak begitu baik, maka ditangguhkan dulu. Insya'ALLAH, ada hikmahnya.
Doakan Ilham ya. Semoga terus membesar dengan sihat dan jadi anak soleh wa musleh. :)
Wassalam.
- baru beberapa jam selepas kelahiran -