Rezeki

Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Berpuasa Zahir dan Batin

Assalamua'laikum.

Hanya tinggal dua hari saja lagi sebelum menjelang Ramadhan yang dinanti. Alhamdulillah, atas segalanya. Ya ALLAH, sampaikanlah kami kepada RamadhanMU.

Tadi dapat berita, ibu saudara sahbiah yang dikasihi telah kembali ke pangkuan yang Maha Esa. Al-Fatihah buat allahyarhamah. Semoga dicucuri rahmat yang Maha Esa, ditempatkan bersama hamba-hambaNYA yang beriman.

Muhasabah buat kita semua. Hamba yang kerdil. Kematian itu tidak mengenal siapa kita, berapa usia kita, dimana kita berada. Samada kita sudah bersedia atau tidak, tiada satu pun yang boleh mengelaknya.

ALLAH telah berfirman dalam surah al-mukminun, ayat 43 yang bermaksud : "Tidak ada satu umat pun yang dapat menyegerakan ajalnya, dan tidal (pula) menangguhkannya"

Maka, masih beralasan untuk berubah kearah kebaikan? Semoga ALLAH kurniakan rahmatNYA kepada kita semua.

***

1 RAMADHAN 1432H.

Ya, Ramadhan sudah hampir. Sangat-sangat hampir. (^_~).
Bulan pesta ibadat. Siapa mahu melepaskannya? Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mungkin Ramadhan ini bakal menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita semua, siapa tahu, kan?

Dikesempatan yang ada, zauji (Rashdan) dan ana (Syuhada) ingin memohon ribuan kemaafan diatas segala kekurangan, kesilapan, kesalahan yang telah kami lakukan samada dalam sedar mahupun tidak sedar. Kepada yang mengenali secara total, mahupun kenalan di alam maya, selamat berpuasa kami ucapkan.

Puasalah dengan sempurna. Semoga kita tidak hanya mendapat lapar dan dahaga, tetapi turut mendapat keberkatan yang ada didalamnya. Sesungguhnya rahmat ALLAH itu amat luas. Cuma memerlukan sedikit usaha dari kita. Usaha, insya'ALLAH, akan ada ganjarannya.

Jaga lidah, jaga mata, jaga hati, jaga diri. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 erti buat kita. Bukan hanya dibiar berlalu sepertimana bulan-bulan lainnya. (^_~).

Saling mengingati, saling melengkapi. Doa itu lebih mustajab jika tidak diketahui oleh orang yang didoakan. (^_~). Bukankah kekuatan ukhuwah itu diukur dengan berapa kerap nama sahabat meniti dibibir disaat kita mendoakan diri sendiri? Kita sayang sahabat, bukan?

***

Baiklah, ana minta diri dulu. Kejap lagi ada program. Jaga diri ya sahabat-sahabat. Kita semua bersaudara.

Ilal liqo'.. Ma'as salamah.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 28 Julai 2011

Program Sempena Ramadhan anjuran Nisa'

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Moga baik-baik aja ya.. Ana, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Alhamdulillah, ALLAH masih bagi ruang dan peluang kepada kita meneruskan kehidupan.

***



Insya'ALLAH, Nisa' Putrajaya telah merancang satu program khas buat semua wanita sempena dengan Ramadhan al-Mubarak yang bakal datang tidak lama lagi.


TARIKH : 7 OGOS 2011 M / 7 RAMADHAN 1432 H (AHAD)

MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA


AKTIVITI :

- SOLAT SUNAT DHUHA -

- SOLAT SUNAT TASBIH -

- KULIAH DHUHA -


Semua wanita pelbagai peringkat umur dijemput hadir.

SEMUANYA ADALAH PERCUMA.


Berminat?

Hubungi

Asyikin : 013-2222589

Ummi : 019-9206652



Jangan lepaskan peluang.

Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kebaikan yang berlipat ganda buat kita.

JoM... (^_~)


p/s : sesiapa yang berminat untuk tolong promote di blog, FB. Twitter atau ditampal di mana-mana tempat berhampiran , sangat dialu-alukan. Terima kasih.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 27 Julai 2011

Kita semua bersaudara

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Tarikh 27 Julai 2011. Ada lembaran yang akan tercatat apa saja yang telah, sedang dan lakukan pada tarikh ini. Esok, lembaran baru pula yang akan dibuka. Semua yang berlaku tidak boleh dipadam. Tunggu hari pembalasan, ya, di sanalah kita akan melihat semula lembaran-lembaran hari ini. Catatan perlakuan, dan apa saja.

Sihatkah kalian pada hari ini? (^_~). Semoga ALLAH sentiasa memberi perhatianNYA terhadap kita.

***



Ukhuwah dan kasih sayang mukmin terhadap sahabatnya tidak diukur dengan kerapnya bersua,

bukan diukur dengan hangatnya rindu,

tidak diukur dengan manisnya cinta,

bukan kerana selalu bersama..


Tetapi kasih sayang mukmin itu dinilai sebanyak mana nama sahabatnya

meniti dibibir disaat dia mendoakan kebaikan untuk dirinya sendiri.

 
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *


Selasa, 26 Julai 2011

DOAKAN KAK LINSHARLIANA

Assalamua'laikum.

Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa.

Baru saja mendapat perkhabaran. Kak Linsharlina, sahabat ana telah kemalangan. Ayuh sama-sama kita doakan beliau diberi kekuatan dan kesabaran mengharungi ujian ini.

Boleh rujuk blog beliau : http://linsharliana.blogspot.com/2011/07/saya-kemalangan.html.

Doa senjata mukmin.. Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Pernah tengok Tahajjud Cinta?

Assalamua'laikum.

Selamat petang. Hari ini masih bertarikh 26 Julai 2011. Esok insya'ALLAH, kalau panjang umur, kita jumpa lagi di tarikh 27 Julai pula ya.

Beberapa minggu lepas, ana dan sahbiah yang lain telah dipertontonkan oleh ALLAH, sebuah cerita di kaca tv. Ceritanya bertajuk : Tahajjud Cinta. Ia adalah kali pertama kami menonton drama tersebut.

Tanggapan pandang pertama : Wah, mesti cerita ni best. Cerita pasal student di Tanah Arab. Mesti best. Muslimatnya pakai niqob.. *excited*

Tapi, segalanya musnah sekelip mata. Sangat kecewa sebenarnya.

Tajuk drama yang hebat! Cerita yang ada unsur keislaman, bia'h solehah yang diketengahkan, rupanya hanya luaran.

Sangat terkejut bila seorang lelaki ajnabi boleh keluar ber'dating' dengan muslimat berpurdah/berniqob.. Oh ya ALLAH. Keciwaaaaaa..

Menambahkan lagi rasa kejutan kami, bila babak lelaki tersebut tiba-tiba memegang tangan pelakon wanita berpurdah, lantas saling bertentang mata. Tanpa melepaskan tangan, boleh pula si lelaki ini menyelak niqob wanita tersebut. Oh, satu penghinaan. Entahla, ana rasa sangat terhina. Bagaimana boleh digambarkan bahawa seorang wanita berpurdah begitu naif? Begitu mudah untuk diperlakukan sedemikian? Malah lebih teruk, apabila dilakonkan seolah-olah wanita tersebut dengan rela membiarkan lelaki itu menyelak purdah yang dipakai? Dengan sebelah lagi tangan memegang tangan wanita tersebut??

ALLAHu ALLAH.

Kalaulah mereka ada di depan kami, mahu saja rasanya kami menghempuk kepala mereka dengan batu besar yang ada disekeliling. GERAM! MARAH!

Ya, memang benar babak seterusnya ada menyiarkan bahawa wanita tersebut begitu marah dengan lelaki tadi, tapi kemudiannya kami dikejutkan pula dengan babak lelaki tersebut yang kemalangan.

ADUH, wanita berpurdah meletakkan kepala lelaki itu dipangkuannya??!! Ya, walaupun kamu memakai sarung tangan, tapi masih ada lelaki lain disekelilingmu. Masih ada pelakon lelaki lain. Tak perlu kamu memangkunya bagai anak kecil.

Perlukah berlakon sehingga ke tahap itu, semata-mata mahu menghidupkan lakonan?

Malaysia oh Malaysia..

Dahla banyak iklan yang tak patut, cerita pon mengarut. Ini nak tambah masalah pula.

Apa nak jadi?



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers