Rezeki

Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Berpuasa Zahir dan Batin

Assalamua'laikum.

Hanya tinggal dua hari saja lagi sebelum menjelang Ramadhan yang dinanti. Alhamdulillah, atas segalanya. Ya ALLAH, sampaikanlah kami kepada RamadhanMU.

Tadi dapat berita, ibu saudara sahbiah yang dikasihi telah kembali ke pangkuan yang Maha Esa. Al-Fatihah buat allahyarhamah. Semoga dicucuri rahmat yang Maha Esa, ditempatkan bersama hamba-hambaNYA yang beriman.

Muhasabah buat kita semua. Hamba yang kerdil. Kematian itu tidak mengenal siapa kita, berapa usia kita, dimana kita berada. Samada kita sudah bersedia atau tidak, tiada satu pun yang boleh mengelaknya.

ALLAH telah berfirman dalam surah al-mukminun, ayat 43 yang bermaksud : "Tidak ada satu umat pun yang dapat menyegerakan ajalnya, dan tidal (pula) menangguhkannya"

Maka, masih beralasan untuk berubah kearah kebaikan? Semoga ALLAH kurniakan rahmatNYA kepada kita semua.

***

1 RAMADHAN 1432H.

Ya, Ramadhan sudah hampir. Sangat-sangat hampir. (^_~).
Bulan pesta ibadat. Siapa mahu melepaskannya? Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mungkin Ramadhan ini bakal menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita semua, siapa tahu, kan?

Dikesempatan yang ada, zauji (Rashdan) dan ana (Syuhada) ingin memohon ribuan kemaafan diatas segala kekurangan, kesilapan, kesalahan yang telah kami lakukan samada dalam sedar mahupun tidak sedar. Kepada yang mengenali secara total, mahupun kenalan di alam maya, selamat berpuasa kami ucapkan.

Puasalah dengan sempurna. Semoga kita tidak hanya mendapat lapar dan dahaga, tetapi turut mendapat keberkatan yang ada didalamnya. Sesungguhnya rahmat ALLAH itu amat luas. Cuma memerlukan sedikit usaha dari kita. Usaha, insya'ALLAH, akan ada ganjarannya.

Jaga lidah, jaga mata, jaga hati, jaga diri. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 erti buat kita. Bukan hanya dibiar berlalu sepertimana bulan-bulan lainnya. (^_~).

Saling mengingati, saling melengkapi. Doa itu lebih mustajab jika tidak diketahui oleh orang yang didoakan. (^_~). Bukankah kekuatan ukhuwah itu diukur dengan berapa kerap nama sahabat meniti dibibir disaat kita mendoakan diri sendiri? Kita sayang sahabat, bukan?

***

Baiklah, ana minta diri dulu. Kejap lagi ada program. Jaga diri ya sahabat-sahabat. Kita semua bersaudara.

Ilal liqo'.. Ma'as salamah.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers