Rezeki

Khamis, 3 Januari 2013

Satu Harapan

Assalamua'laikum


Alhamdulillah, ALLAH masih kurniakan kesihatan. Masih panjangkan usia. Alhamdulillah.

Moga dengan kesempatan yang masih ada, kita semua terus berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.

Hari ni 3 Januari 2013. Awal-awal tahun ni, kesilapan menulis angka 2012 dan 2013 adalah perkara biasa bagi ana. ;p. Asyik silap taip je. Huh

Semalam, 2hb Januari, kami ke HUKM. Temujanji zauji. Kena ambik darah. Kalau tak ada aral, 9hb Januari nanti kena buat 'colonoscopy' sekali lagi. Kali ni di HUKM pula. Sebelum ni memang dah buat, tapi memandangkan baru saja di'refer' ke HUKM, kena buat sekali lagi. Maka, akur saja. Mudah-mudahan lepas ni dapat tahu apa punca sakitnya.

2013. Angka di hujungnya dah berubah. Bermakna angka penghitung usia juga berubah. Harapannya, semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah jugalah amal ibadat kita semua. :)

~ Ilham dah besar, ;p ~


Isnin, 31 Disember 2012

2012 ---> 2013

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Moga setiap hela nafas diredhaiNYA sentiasa.

Malam ni, malam tahun baru. Banyyyaaaakkk sangat program akan berlangsung. Dalam dewan, luar dewan, atas padang, di dataran, dalam masjid, luar masjid, dalam TV pon banyak jugak. Tapiii, yang paling kita takut ialah program kat dalam semak, program kat tepi pantai, program kat hotel oleh adik2, kawan2 kita yang bukan suami isteri tu. Takuttt sangat. Tunggu 8 - 9 bulan lagi, banyak kes bayi kena buang. Semalam pun dah ada yang kena buang, nampak bayi terapung, tanpa nyawa :(. Wahai adik-adik yang cerdik pandai di luar sana, semoga malam ini diisi dengan sebaik-baiknya. Jangan terlalu bersuka ria hingga tergadai kesucian, hingga tergadai nyawa.

Wahai ibu bapa yang budiman sekalian, jagalah anak amanah dari ALLAH sebaik mungkin. Kita akan disoal terhadap apa yang diamanhkan keatas kita. Ambik tahu kemana anak-anak pergi malam ni. Ambik peduli apa yang mereka lakukan.

Yang terbaik, buat aktiviti berfaedah bersama keluarga. Pergi program sama-sama, balik sama-sama. Jangan sampai ada yang hilang malam ni. Kalau anak-anak tiada di sisi, kena cakna kemana mereka, apa yang mereka lakukan.

Sekarang, macam-macam boleh jadi. Kat rumah sendiri pun dah tak mustahil. Jadi, berhati-hati!


Jumaat, 28 Disember 2012

Alhamdulillah.. Terima kasih Ya ALLAH

Alhamdulillah

Rezeki, ada di mana-mana.

Kalau ALLAH nak bagi, tak perlu tunggu kita minta, pasti ada.

Alhamdulillah.


Khamis, 27 Disember 2012

Eh, Ada Program Bestlahhhh

ASsalamua'laikum..

Alhamdulillah.. Masih bernafas semuanya. Alhamdulillah.

Hari ni, nak kongsi info. Program menarik semuanya ni. :D

Jangan lepaskan peluang bagi yang berkesempatan.

2 tahun lepas, sempat berkampung di Masjid Asy-Syakirin pada malam tahun baru bersama sahabat2 dan orang ramai.

Tahun ni, tak pasti lagi macam mana.

Banyak aktiviti menarik, banyak pengisian ilmiah.

Semoga dipermudahkan urusan, dilapangkan waktu untuk terus kembara mencari redhaNYA.

 Selangor

Selangor


KL

KL

Selamat berprogram. :D.

Apa jua yang dilakukan, selagimana tidak bercanggah dengan syariat, selagimana dapat mendekatkan diri kita dengan ALLAH, teruskan. Lakukan..

Semoga iman makin menebal.

Wassalam



Rabu, 26 Disember 2012

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers