Rezeki

Rabu, 14 Ogos 2013

Tahun ke-2 Tanpa Dia

Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat sekalian? Dah mula bekerja atau masih menikmati cuti raya bersama insan-insan tersayang? :D

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita. Masih dapat meneruskan kehidupan sehingga saat ini. Alhamdulillah.

Hari ni, hari pertama mula bekerja setelah bercuti lebih kurang 6 hari sempena Eid Mubarak 1434H. Alhamdulillah. Walaupun ke hulu ke hilir merentasi jalan Kuala Krai-Kota Bharu, hati kami gembira, dapat bertemu mata dengan sanak saudara kedua belah keluarga.

Tahun ni, perjalanan balik Kelantan lebih kurang 14 jam. :D Bertolak dari rumah jam 4 lebih, jem dengan kereta orang balik kerja.. Sampai Kuala Krai jam 8 pagi. Alhamdulillah. Dari Kelantan pula 12 jam. Gerak dari Kuala Krai jam 8 pagi, sampai rumah jam 8 malam. :D Inilah detik-detik manis perantau. Hehe. Kalau balik beraya tak merasa jemss 12-14 jam dalam kereta, Kelantan - Putrajaya, itu adalah 'pelik'.;p

Tahun ni giliran raya pertama di Kuala Krai. Tengahari hari terakhir puasa, sampai di K.Krai. Sempat tolong mak masak-masak dan kemas rumah. Anak buah pun ramai dah berkumpul. Riuh. Ilham bukan main gembira lagi. Dah tak hiraukan ayah n ibu. Duk main bola dan kejar-kejar dengan sepupu. Mak kurang sihat. Sejak minggu kedua puasa. Jadi, tak buat ketupat sendiri. Beli je. Buka puasa ramai-ramai hari terakhir puasa, penuh rumah. :D Alhamdulillah, masih diberi kesempatan.

Malamnya, bersembang dengan kakak. Teringatkan ayah. Masing-masing bercerita sambil mengalir air mata. Sebak. Ia, kami sangat rapat dengan ayah. Sangat-sangat rapat. Ayah tak pernah tinggikan suara, marah-marah. Kalau ayah tak suka dengan apa yang kami buat, apa yang kami cakap, cukup dengan MEMANDANG, kami dah faham. huhu. Mata ayah, mewakili lidah dan anggota lain. :) Rinduuuu ayah. Bila kakak cerita, anak bongsunya cakap " esok nak pergi kubur ayah, Atiq nak ucap Selamat Hari Raya pada ayah", kami terus menangis..

Semoga ALLAH himpunkan ayah bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, jauhkan ayah dari seksa kubur... Aminnn.

~ Al-fatihah untuk ayah, Omar bin Arsad ~
22 Nov 1943 - 16 Mac 2012


Selepas ke kubur, kami bergerak ke rumah lama, di Kg. Che Wal. Kakak yang sulung dah menunggu. Alhamdulillah, dapat kumpul ramai-ramai, dapat jumpa jiran-jiran yang dah lama tak jumpa. Ana tinggalkan kampung tu sejak tahun 2007. Semester kedua di Poli, mula duduk rumah Batu Jong. Balik kg Che Wal pun jarang-jarang. Masuk kebun ambik kelapa dan buah-buah. Setahun mungkin 2,3 kali je kot. Cuti singkat, tak sempat. Terkenang memori lama bila balik rumah ni. :D

Dalam pukul 3, gerak ke KB. Sempat singgah rumah sahabat di Mulong. Erat silaturahim. Jumpa baby Aishah yang comel. Dah 7 bulan dah pun. Tak sempat jumpa lagi. Jadi, ambik peluang beraya ke rumah mereka, kebetulan melalui jalan yang sama ke KB.

Sampai rumah KB, mulakan operasi. Raya ke 3 walimatul urus kakak ipar. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Raya ke4 kenduri belah lelaki di Tanah Merah. Jalan agak sesak. Banyak kereta. Dari sana terus gerak balik K.Krai. Jem di Machang.. Dalam pukul 4 sampai di K.Krai. Alhamdulillah. Ilham sempat main bola n kejar kambing n arnab. Hehe, macam -macam keletah bila dah besar ni.

Raya ke5, kami dah balik Putrajaya. Sepanjang perjalanan, kereta banyak. Tapi tak lah sampai tak bergark langsung. Cuma bila lepas tol Bentong, tak bergerak. Kami singgah Janda Baik dalam 30 minit, bila naik atas jalan semula, alhamdulillah, jalan lancar, dah tak jem. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan, Ilham tak meragam. Tido je kejenya. Hehe.

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan dan selamatkan perjalanan. Semoga perjalanan sahabat-sahabat juga dipermudahkan.



Jaga pemakanan ye. :D Lepas raya ni ramai yang sakit perut. Mungkin perut terkejut, tiba-tiba kena proses banyak makanan. Huhuhu.

Jaga aurat, jaga pergaulan. Moga ALLAH redha.

Ma'as salamah..

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers