Rezeki

Isnin, 5 Ogos 2013

Syawal 1434h

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan meneruskan coretan di kanvas kehidupan. Segala puji bagiNYA, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.

Kita telahpun berada di penghujung Ramadhan. Ramadhan kali ini, seakan begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar, tinggal lebih kurang 2 hari saja lagi untuk kita menyambut Eid Mubarak.

Apakah kesan tarbiah Ramadhan kali ini ke atas diri kita.. Menjadikan kita hambaNYA yang lebih baik atau sebaiknya? Muhasabah...

Hari ini, insya'ALLAH kami akan pulang ke Kelantan... :D

Semoga perjalanan kita semua dipermudahkan dan dilindungiNYA.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ampun dan maaf atas salah dan silap. Samada sengaja atau tidak sengaja.

Bergembiralah seadanya di hari mulia nanti, tapi jangan abaikan aurat dan batasan pergaulan yang telah disyariatkan. :) Semoga kita berada dalam redhaNYA sentiasa.

Wassalam..


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers