Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Diizinkan kita meneruskan kehidupan, berbekalkan nikmat yang tak pernah berkesudahan.
Alhamdulillah.
Kadang-kadang, bila kita bercakap, akan ada yang tak berapa sedap didengar terungkap dari lidah kita. Lebih-lebih lagi bila tengah marah. Kepanasan je. Pantang jumpa sesiapa, atau ditegur sesiapa, pasti kena tempias. :D
Bila bekerja dengan manusia, macam-macamlah kita boleh tengok di sekeliling kita. Bukan yang junior je kena marah, yang super senior pun selalu menangis sedu sedan bila kena marah dengan orang atasan.;p
Ada orang, boleh kawal amarah. Tapi kebanyakan orang, susah nak mengawal diri sendiri. Bila marah, tetiba bertukar jadi Incredible Hulk. Hoho.
Ana, panas baran jugak. Tapi, tulah. Jarang berpeluang boleh tonjolkan amarah, kan? Orang ingat ana ni memang jenis susah marah.;p. Padahal, huhu, memang nak letak 'sign board' siap-siap depan 'partition', "sila jangan buat Syuha marah kalau taknak tengok notice board tercabut atau dokumen berselerak! ".;p
Amarah, kalau dilayan, memang makin menjadilah. Rumah boleh roboh, lantai boleh runtuh, atap boleh tercabut, kereta boleh kemek. Hehe.
Dulu-dulu punya cerita, masa sekolah rendah memang selalu lah berlari pusing sekolah mengejar budak lelaki yang suka menyakat. Panggil "BURUNG GARUDA", "KACANG PAGODA". Waaa, bikin itu temperature naik tinggi. Nasiblah cari pasal dengan atlet sekolah kan. Akal pun pendek lagi masa tu. Tak fikir apa. Malu pun tak bertempat. Kejar orang, memang tak malu. Bawak batang penyapu, kejar. Sampai dapat. Dah dapat, bantai sampai lunyai. ;p. Takdelah, selalunya bila depa mintak maaf "sori, sori. Lepas nih dah tak buat lagi dah. Janji, janji". huhu, hati budak-budak kan bersih. Lepaskan je, sebab bukan orang lain yang duk gelar macam-macam tu, kawan jugak. Tapi esoknya, berkejar lagi. Huh. Dah namanya budak-budak.
Bila naik sekolah menengah, tak serik jugak. Walaupun dah pindah jauhhh dari sekolah lama, dah tak jumpa geng sekolah rendah, ada jugak yang duk cari pasal. Menyakat. Masa ni, akal pendek jugak lagi. Berkejar jugak. Siap ajak jumpa kat padang. Okeh, lelaki dengan perempuan. Sabo jelah. Rasa malu je nak jumpa budak2 tu semua semula. Bila dah mula rasa malu dan malas nak melayan budak-budak lelaki yang suka menyakat, kena sekat dengan budak-budak perempuan (junior + senior) pulak. Ada kes budak tak puas hati kena tahan (ya, ana pengawas garang), ada yang duk sibuk cakap kita kacau pakwe depa, ada yang duk perli macam-macam. Haih, gaduh dengan orang perempuan, memang tak syok. Sebab semuanya libatkan hati. Mulut tu tak payah cakap. Hentam macam-macam. Sampai rasa nak lepuk atas kepala, suruh duk diam.;p (okeh, ayat memang tak sopan). Tapi, tulah, kadang-kadang bukan salah kita, tapi tetiba kita kena marah. Ahaiii, menyampah! Dan mulalah nak membalas macam yang orang yang cakap kat kita,.. haih, nipisnya iman.
Lidah, lembut je. Tergigit sikit, mengalir air mata.
Tapi, bila dah tak de link dengan akal, memang 'keras'!
Boleh buat orang yang mendengar dapat serangan jantung.
Boleh buat orang yang mendengar jadi marah.
Lidah, kalau tak dijaga, naya.
Lidah, kalau tak diasuh, susah.
Lidah, kalau tak dididik, makan diri.
Dosa dengan ALLAH, boleh mintak ampun bila-bila masa, tak kira dimana kita berada.
Tapi, kalau dengan manusia, kita kena mintak maaf dari manusia tu sendiri.
Kalau ada yang pernah terasa dengan kita, kena mintak ampun dengan orang tu.
Kalau ada yang pernah sakit hati dengan kita, kena mintak maaf dari orang tu.
ALLAH tak boleh nak ampunkan dosan kita sesama manusia.
Kalau orang yang kita dah buat silap tu meninggal sebelum kita sempat minta maaf dari dia, macam mana??
Hmm, konklusi : JAGA LIDAH!
alkisahnya, tadi ada orang luar telefon. Tanya pasal 1 program. Surat dah hantar beberapa hari lepas, tapi belum ada jawapan dari pihak kami. Orang yang bertanya nakkan jawapan segera, sebab dah ditekan oleh pihak atasan dia.
Nada suara, haihlah, tinggi. Cara cakap, hmm, macam menyindir. Bila cakap nanti nak pergi tanya orang yang berkaitan, dan akan inform melalui emel, boleh pulak dia cakap " kalau hantar melalui emel, entah bila boleh dapat". Haih, memang sedikit panas di situ. Macam nak je cakap "hello cik, surat cik tak ada pada saya, dan tak pernah sampai ke meja saya. so, saya kena semak dulu dari orang lain. Boleh tak beradab sikit bila bercakap?" Huh, tapi tulah. Hehe. Tak de pulak nak cakp macam tu pada dia.
Cuma, saja luahkan di blog. Ingatan kepada diri sendiri. Supaya jaga percakapan, jangan sampai orang anggap kita ni biadab, tak tahu tatasusila. Nak mintak tolong dari orang, silalah jaga diri dan buat macam orang yang mintak tolong. Mungkin pernah buat pada sesiapa, sebab tu ALLAH bagi kita rasainya pula. :( Moga orang yang pernah terasa dengan diri ini, dapat maafkan kesilapan yang tak disengajakan itu. Dan kamu, cik yang menelefon tanya pasal surat tanpa usul periksa, saya dah maafkan kamu. :D. Moga dipermudahkan urusan ya.