Rezeki

Khamis, 31 Januari 2013

Tapisan Demi Tapisan

Assalamua'laikum.

Lama rasanya tak mencoret sesuatu yang agak bermakna di paparan ini. Selalu cerita tentang Ilham soleh je. :)

Hari ini, ALLAH bagi peluang untuk muhasabah diri.

Ya, kadang kala kita terlupa, hakikat bahawa kita adalah hambaNYA.

Mengeluh, sedih, kecewa dengan apa yang berlaku. Sedangkan tiada istilah kebetulan, semuanya adalah ketentuan.

Setiap yang berlaku, sudah suratan.

Beberapa hari lepas, rasa sedih. Sebab, Ilham dah tak ada pengasuh. Sebelum bertolak balik kampung, dapat tahu kakak yang jaga Ilham tak boleh nak teruskan. Ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tiba-tiba sebak. Sambil panaskan enjin kereta, menangis. Sepanjang perjalanan pulang dari ofis menuju rumah, mengalir air mata. Sampai rumah, tak terkata. Hulurkan telefon pada Zauji, mintak baca sendiri. Dua-dua  duduk tenangkan hati. Sambil peluk Ilham, pujuk hati.

Balik kampung, jumpa insan-insan yang dirindui. Masih memujuk hati. Insya'ALLAH, ada jalan keluar. Ada jalan keluar. Tapi, bila dah balik sini, duk fikir semula. Nak tinggalkan Ilham kat mana.

Hari ni, ALLAH bagi sesuatu. Hadirkan sahabat yang datang bukakan fikiran.

Sahabat berkongsi masalah beliau. Keluarga yang sudah mendesak, saudara mara yang sibuk bertanya bila nak walimah. Bila balik kampung, terpaksa tadah telinga, dengar macam-macam. Umur beliau hampir angka 30. Makin gelisahlah orang sekeliling, tanya pasal walimah. Beliau sendiri memang sedang berusaha, bahkan, sudah berkali-kali berta'ruf. Tapi belum sampai masanya. Bermacam-macam perangai yang ada. Walaupun sudah dipilih sebelum proses ta'ruf bermula, tetap juga ada kekangan.

Sepanjang sesi luahan tersebut, ada satu ayat yang telah buat ana terfikir sendiri.
"Tapisan ALLAH".

Kenapa ALLAH bagi peluang sahabat tadi jumpa ramai orang dengan berbagai perangai? Kerana ALLAH SEDANG TAPIS.

Kenapa masih belum ada calon yang sesuai? Kerana ALLAH SEDANG TAPIS.

Kenapa susah sangat nak walimah? Kerana ALLAH SEDANG TAPIS!

JAWAPAN YANG PALING TEPAT : TAPISAN ALLAH SEDANG BERLAKU.

Dalam ramai-ramai muslimin yang dita'ruf, tapi belum dipermudahkan. Takkan seramai itu, tak ada calon yang sesuai? Pasti ada sebab yang sangat konkrit. Apa lagi jawapannya kalau bukan kerana percaturan ALLAH? DIA sedang mengaturkan yang terbaik untuk kita. Datangkan ujian bermacam-macam, bagi peluang kita kenal manusia, muhasabah. Supaya kita lebih mendekatkan diri denganNYA. Menyerahkan segalanya kepada DIA.

Begitulah juga jawapannya tentang pengasuh Ilham. Kenapa orang yang kita jangkakan dapat jadi pengasuh yang terbaik, dengan fikrah yang jelas, dengan sikap yang baik, solehah, menjaga ikhtilat. memang cukup ciri yang kita harapkan. Tapi baru 2 hari, dah tak dapat teruskan. Kenapa? Sebab tapisan dari ALLAH lah.

Kita hanya merancang, ALLAH yang tentukan. Boleh jadi apa yang kita suka, tak baik untuk kita. Dan boleh jadi jugak, apa yang kita tak suka, itulah yang sebenarnya terbaik untuk kita.



ALLAH maha mengetahui akan segalanya. Yakinlah! Pasti akan ada jalannya.

Rabbi yassir wala tua'ssir.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers