Rezeki

Khamis, 10 Januari 2013

Masak :D

Assalamua'laikum.

Angin rajin datang lagi. Walaupun hanya sepoi-sepoi bahasa, tapi, ok lah. ;p

Bila ye, hmm, 2 minggu lepas rasanya. Dah lupa sebab dah lama, hehe. Kali ke-2 cuba buat Durian Crepe.

Memang dah ketinggalan. Sebab dah habis musim durian kan? Tak pelah. Nak buat jugak. :D

Agak senang juga buat durian crepe ni. Resepi dari sini : http://izahdaut.blogspot.com/2012/11/resepi-durian-crepe-filling-cream.html


Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

Filling :
Durian secukupnya
Non Dairy Whipping Cream - guna 250ml - putar hingga kental. :)



Mangkuk durian, krim dan durian crepe yang dah siap. :)



Alhamdulillah, menjadi. :) Saiz tak sama, isinya alhamdulillah, zauji puji sambil kenyit mata. ;p zauji cakap pasni dah boleh buat sendiri, jual. Hoho

Ini non dairy whipping crea yang ana guna. Senang saja. Kalau nak pekat-pekat, tak payah campur apa-apa. Kalau nak rasa krim yang halus, lembut, yummy, campur dengan susu. Dah manis, tak payah tambah gula. :)

Alhamdulillah, percubaan kali kedua menjadi. Kali pertama buat, guna dairy whipping cream. Memang cair, cream tak berapa sedap. Bila makan, macam ada yang kurang. ;p Tapi yang ni, memang sedap. Dah sama macam yang selalu kami tempah. :)

Tak pandai, kita boleh belajar. Yang penting, rajin usaha. Insya'ALLAH. :)


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers