Rezeki

Isnin, 8 Oktober 2012

Virus A4

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diizin bernafas, meneruskan kehidupan. Bekerja dengan riang, hati senang. Moga ALLAH permudahkan setiap urusan kita.

Hujung minggu kami kali ni, sedikit memenatkan. :). Bertungkus lumus mengemas 2 stor yang penuh dengan barang. Iya, rumah kami sangat banyak barang. Almaklum sajalah, himpunan dari 2 buah rumah sebelum ni. Barang-barang zauji dari Johor, agak banyak. Menggandakan lagi koleksi barang-barang di rumah ana yang sememangnya banyak. :). Macam-macam ada. Banner program, kotak-kotak yang penuh dengan barang, alat tulis, kertas majong, kertas A4, manila kad, warna. Tak lupa, koleksi surat khabar, perkakas dapur. Tong gas pun ada dua. Hehe. Banyak betul barang. ;p



Kami mengemas dengan jayanya, mengasingkan setiap barang sesuai dengan konsep Kitar Semula. :). Kebetulan memang ada pusat kitar semula berhampiran rumah. Maka, lebih bersemangatlah kami mengasingkan barang. Meskipun sedikit memakan masa. ;)

Kemas-kemas, susun-susun. Mula pagi-pagi lagi sebab Ilham tidur lama. Ilham sangat memberi kerjasama. :). Dia bangun kejap-kejap je, lepas tu sambung tidur semula. Alhamdulillah. Bagus anak ibu ayah ni.

Dan petang semalam, kami pun mulalah mengangkut barang. Tapi, tak banyak pun. Sekotak kertas (10kg) dan koleksi botol plastik (1 plastik sampah hitam yang besar). Zauji cakap nak tanya dulu. :).

Dalam perjalanan, zauj cakap : "Ni kalau dapat RM10 pun cukuplah."Hehe.

Sampai je di pusat kitar semula tu, dah ada 1 kereta MPV. Lupa jenis apa, tapi besar macam Serena. Penuh barang. Yang paling menarik perhatian kami, ada kerangka tilam spring. Wah, semangat betul kakak ni bakar tilam, pastu bawak besi tu datang tempat kitar semula. Ada juga kotak-kotak tisu dan banyak lagi. Kami dalam kereta lagi. Memang terpegun jugaklah dengan kegigihan kakak ni mengumpul barang. :). Kalau ana lah, haih, kotak tisuuuu.. hmmm, tak fikir langsung, terus masuk bakul sampah, kot. ;p. Pemalas kan. ;p

Ok, selesai kakak tu angkut barang-barang dia. Zauji bawak masuk barang kami yang sikit tu. Pekerja kat situ terus timbang. Dan bagi duit pada zauj. ;p. Rm3. hehehehe... Yang kakak bawak barang penuh 1 MPV tu, huhu, zauj cakap dalam belas-belas kot. Sebab memang sekeping je not RM10. yang lain, beberapa keping not RM1. ;). Zauj cakap, masa pekerja bagi duit pada kakak tu, riak wajah kakak tu semacam jugaklah. Sambil-sambil tengok duit kat tangan. ;p.

Entahla, memang murah kot kalau hantar kat tempat dia, kan? ;p. Sehingga pukul 12 malam tadi, kami masih bercakap tentang virus A4. hehe, kenapa virus A4? Sebenarnya, masa kemas-kemas barang, zauj dah cakap, kena asingkan kertas A4 dan surat khabar. Biasanya kertas surat khabar lagi mahal dari A4. Ana pun buatlah macam apa yang zauj cakap. Bila sampai kat tempat kitar semula tu, zauj campur sekali je satu kotak, dan kertas A4 duk kat atas. Lepas tu, pekerja tu pulak memang dah tak tengok isi kotak tu. Terus timbang. Dia kira harga kertas A4 je. 18 Sen sekilo. huhu. ;p.Dah jadi sia-sia kerja mula-mula masa kemas rumah tu kan? ;p. Pastu, mestilah harganya pun berbeza. Hehe. Walaupun henya berapa ringgit je, tapiiiii, hehe, dengan segala usaha kami masa kemas rumah, nak mengasingkan surat khabar dengan kertas A4 tu, macammmm, haih. ;p. Tak terkata. Hehe. Zauj rasa bersalah, sebab lupa nak asingkan masa sampai kat tempat kitar semula. ;p

Dengan segala penat lelah mengasingkan kertas, dapat RM3! Hehehe. Apapun, bersyukurlah. Dapat juga duit. Bila campur dengan duit misteri yang kami jumpa dalam lipatan-lipatan kertas, dalam sampul duit raya, dalam beg lama, dalam bekas-bekas yang dah tak tahu sejak bila wujudnya bekas tu, adalah dalam RM100. Alhamdulillah. :). Rezeki tak disangka-sangka. :)

Kat rumah, masih ada besi katil yang dah tak guna, lagi, kotak-kotak. Banyak juga. Tapi, hehe, masih berkira-kira, nak jual kat tempat kitar semula atau buang je dekat rumah sampah depan blok rumah. :P.  Mulanya memang semangat nak hantar ke tempat kitar semula, tapi kan, bila dah jadi macam petang semalam tu, hehehe, macam tak berbaloi je nak angkat letak atas kereta, hantar ke tempat kitar semula. Kos minyak, tenaga. ;p. Macam tak berbaloi je. Better buang je dekat rumah sampah depan blok, nanti lori sampah datang ambik, dia bawak pi tempat kitar semula tu jugak. :).



****

Teringat masa dekat kampung. Kalau masa kecik-kecik dulu, ada lori datang beli barang-barang kitar semula. Besi buruk, tin susu, tin sardin, botol kaca n macam-macam lagi. Diorang cari sendiri keliling rumah, pastu kumpul depan rumah, tunjuk kat kita. Kalau ada barang-barang yang dia ambik tu kita nak guna lagi, kita ambik je semula. Then, dia timbang-timbang, bagi duit. Banyak pulak tu. ;p. Tenaga pun tak habis.

Tapi sekarang, bila dah ada pusat kitar semula ni, hmm, entahla. Tak sama, kan? Dahla kita hantar ke sana sendiri, lepas tu bayar murah. ;p (masih lagi mengungkit kes duit.kikiki, padahal memang barang kita bawak tu sikit. ;p)

***

Positif : Bersyukurlah, walaupun dapat duit sikit, tapi ada jugak orang bagi. Ingat senang ke nak dapat duit RM3 tepi jalan?

Negatif : Lepas ni dah malas nak pergi tempat kitar semula tu. Heeeeeheeeeeeeee

* Besi katil tu, tengoklah macam mana nasibnya. Kalau rajin, sampailah ia kat tempat kitar semula tu. Kalau tak, duk tepi tong sampah je lah nampaknya. :p

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers