Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia. Masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan. Alhamdulillah, masih dikurnia iman dan Islam, nikmat terbesar buat kita semua.
Alhamdulillah, pada 16 September yang lalu (dah lam alepas..;p), kami telah berjaya mengumpulkan diri kami semua di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Program yang dirancang sepatutnya bermula jam 9.30 pagi, telah dianjak ke pukul 12.00 t/hari. Kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan. :). Menunggu ketibaan sahabat-sahabat dari Perak, Melaka. Penuh kegembiraan, penuh keceriaan, penuh kekalutan. ;p.
Banyak cerita dalam cerita. Begitulah ragamnya bila dah lama tak jumpa. :). Seronok. Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH, atas kesempatan pertemuan yang Engkau berikan. Semoga pertemuan kami diberkati dan diredhai hendaknya. :)
Pengisian rohani oleh Akhi Nabil Fiqri. Sangat Mantop. Point penting : "Terapkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul sejak anak masih kecil".
Lepas dengar tazkirah ringkas, kita makan-makan, sembang-sembang tanya perkembangan. Alhamdulillah, nikmat!
Jam, 4.30 petang, mula bersurai. Belum puas. Tapi begitulah aturannya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. :)
Insya'ALLAH, di lain masa, moga ALLAH beri peluang kepada kita untuk bertemu lagi. Bi iznillah.
Baiklah sahabat, teruskan melangkah. Hidup hanya sementara, Akhirat negeri abadi. Teruskan mengutip sebanyak mana bekalan. Hiasi diri dengan iman. :)
~ Liqo' idulfitri zon barat dan kehadiran Presiden serta beberapa Exco Alumni ~
29 Syawal 1433H / 16 Sept 2012
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah, Maha Penyayang
Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..
~ Ilham bangun pagi-pagi, nak jumpa sahabat-sahabat ayah ibu. Kutip duit raya.. Hehe ~
Wassalam