Anak kecil itu merengek-rengek. Puas dipujuk, didukung, didodoi, dibawa keliling rumah. Namun, masih jua dengan rengekan manjanya.
Kadang-kadang, kesabaran seakan goyah. Buntu dengan apa yang harus dilakukan. Masih teruskan usaha memujuknya. Memberi susu. Namun, masih tetap begitu. Seakan ada sesuatu yang belum ditunaikan. Dia belum puas. Ada sesuatu yang dia inginkan.
"Tolong pegang Ilham kejap, boleh? Rasanya mek pernah cakap, kena gilir-gilir. Mungkin dia nak dukung dengan ayahnya pulak". Terpaksa minta tolong pada zauji yang demam teruk. Sebab hati sangat kuat merasakan itulah yang anak kecil itu inginkan.
Dan, ternyata.. Tak sampai 5 minit. Ilham lena dalam pelukan ayahnya. T_T.
ALLAHu ALLAH.
Anak kecil tersebut rindukan ayahnya. Anak kecil tersebut ingin dibelai ayahnya. Anak kecil tersebut mahu bermain dengan ayahnya seperti biasa, sebagaimana hari-hari sebelum ayahnya demam. Sebelum kami sekeluarga mula dikunjungi demam berterusan.
Sayu melihat raut muka anak kecil yang sedang lena dipangkuan ayahnya.
Teringat coretan adik Syirah " Duka Seorang Anak Kecil ". Dan ianya berlaku kepada kami pula.
ALLAHu ALLAH.
Sebelum ni, hanya nampak Ilham akan rindukan Ibu yang meninggalkan beliau disisi ayahnya selama lebih kurang 10 jam setiap hari ( 6.30 pagi - 5.00 petang). Bila balik kerja, buka pintu, dengar ibu bagi salam, terus tersenyum. Mencari-cari punca suara. Bila tengok ibu berdiri depan mata, Ilham akan senyummm dan sesekali mengagah kita pula.
Jarang boleh tengok perkara yang sama berlaku antara Ilham dan ayahnya, kerana belum pernah mereka berpisah. :)
Namun, sejak balik dari kampung minggu lepas, kami sekeluarga kurang sihat. Ilham ; selsema, batuk, cirit birit. Zauji ; astma, demam. Ana ; pening.
Oleh kerana kondisi zauj yang paling teruk berbanding kami berdua, maka ana mengambil inisiatif menjauhkan Ilham dari zauj yang sangat penat, setelah memandu dari Kelantan sendirian, dan ditambah dengan kesihatan beliau yang kurang memuaskan. Kami perasan, Ilham agak sukar untuk lelapkan mata, merengek-rengek.
Ana sangkakan, ia adalah perkara biasa bagi seorang anak yang demam. Tapi, bila 2 hari masih sama, dan ana sendiri dah tak tahu nak buat macam mana bila Ilham seakan mengamuk (walaupun mata dah pejam, tapi dia macam tak puas hati, bergolek-golek atas tilam dengan suara yang sedikit nyaring). Ana terpaksa minta tolong zauji. Kasihan pada zauji yang bersusah payah untuk bangun. Suhu badan beliau agak tinggi. Panas. Tapi, terpaksa juga bangun, pegang Ilham sekejap. Tak sampai 5 minit, Ilham terus lena. T_T
Ilham rindukan ayahnya. Ilham rindu nak main dengan ayah. Ilham rindu nak duduk dalam pelukan ayah. Ana mengalaaaahhhh.
~ Ilham dan Ayah, Amir Solihin dan abu Amir, Amanina dan Ayah ~
Hari Jumaat, petang. Kami bertiga ke Klinik Kesihatan. Mulanya giliran Ilham. Lepas ambil ubat, kami tunggu nama kami pula dipanggil. (^_~). Nama ana dulu, baru zauji. Nasib baik dekat-dekat je, sebelah menyebelah. Bila doktor siap 'check' ana, terus ambil Ilham dari pangkuan zauji, dan kembali duduk depan doktor. :). Doktor sangat baik. Terima kasih doktor.
Hari Sabtu, berehat saja di rumah. Ilham yang nampak agak sihat sedikit berbanding sebelumnya, sudah mula merayap dengan riang dan gumbira. (^_^). Pegang kaki, supaya beliau tak pergi jauh sangat. Kadang-kadang, Ilham marah juga pegang kaki dia. Hehe. Dah penat main-main, Ilham lena, kami pun lena. Dapat pula ubat yang memang jenis "mengantuk", memang nasiblah. (~_~).
Hujung minggu kami, hanya berehat di rumah. Ada juga keluar seketika memanjangkan ukhuwah, menunaikan amanah. Tapi selebihnyam berehat sahaja di rumah. Melayan anak kecil yang sedang membesar. (^_~)
Meminjam kata-kata adik Syirah :
"Siapa kata anak kecil tidak tahu apa-apa, mereka zahirnya kecil tetapi beremosi. Tahu juga merindu."
MERINDUI SEORANG AYAH YANG TELAH MENEMANI PERJALANAN SELAMA 24 TAHUN. SEMOGA AYAH TENANG DISANA. RINDU AYAH, RINDU PELUKAN AYAH, RINDU BELAIAN AYAH, RINDUKAN NYANYIAN AYAH, RINDUKAN DIKIR ZIKIR AYAH, RINDUKAN SENYUMAN AYAH, RINDUKAN JELINGAN AYAH, RINDUKAN SEGALA-GALANYA...
AL-FATIHAH UNTUK AYAH, OMAR BIN ARSAD (1943 - 2012)