Assalamua'laikum
3 hari di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Alhamdulillah.
Tahun ini, banyak yang berubah. Suasana baru. Dengan pertambahan orang baru, encik Ilham Syakirin yang sangat soleh. Gembira dalam kekalutan. (^_~)
Selalunya, jadual beliau : pukul 6 pagi, bangun. pukul 8.00 pagi tidur semula. pukul 10.00 pagi, bangun untuk mandi. Pukul 12, mula garu-garu kepala, nak tidur lagi. Pukul 1 lebih, bangun nak main-main, tengok ayah ibu solat. pukul 3 tidur lagi. pukul 4 lebih bangun nak tengok ayah ibu solat / tunggu ibu balik kerja. pukul 6.30 - 7.30 get ready untuk tidur. Pukul 9 malam, duk fikir2 samada nak bangun main atau sambung tidur. Pukul 10 lebih memang dah pasti akan tidur. (^_~)
Bila ibu nak masak untuk berbuka, Ilham dah pandai. Nak cari ibu. uhukkk.. Dah tak nak main-main dengan ayah. Dapat tengok ibu, kena pegang2 tangan dia dulu, baru dia kembali o.k. =p. Ibu memang berpantang dari guna banyak cili dalam masakan sekarang. Takut panas tangan, meraunglah Ilham nanti. Hehe.
Bila ayah ibu nak berbuka, encik Ilham akan mula buat muka comel. Sehinggakan kami bergilir-gilir memangku beliau. Ilham Syakirin, comel betul awak ni. Ibu cubit sikit, boleh?? =p. Sengaja tidak makan berasingan, nak teruskan amalan makan bersama. Arwah ayah selalu pesan, kalau makan, biarlah sama-sama satu keluarga. Kalut macam mana sekalipun, lambat laun, ok lah tu. Kalau dah ajar makan asing-asing sejak awal, nanti susah nak ajar makan sama-sama. Bila makan sama-sama ni, hubungan keluarga makin akrab, erat. Insya'ALLAH.
Maka, kami sedaya upaya cuba untuk makan bersama-sama, walaupun encik Ilham menangis dengan comelnya. Hehe.. Mungkin dia nak perhatian. Budak sekarang, sangatlah pandai. Kalau lalu depan dia, tapi tak pandang muka, mulalah berbunyi2 mulutnya. Macam-macam boleh dengar. eooo, uuu, aauuu, emmm.. Hehe.. Comel! Kadang-kadang, sengaja buat-buat tak pandang dia. Mulalah mengomel sorang-sorang. =p.
Sekarang, jadual memang tak boleh buat macam dulu. Kena ada back-up plan. Lumrahlah kan. Bila ada anak kecil, macam-macam boleh berlaku secara tiba-tiba. =p. Kalau plan asal nak masak pukul 8 pagi, kalau Ilham tiba-tiba bangun dan nak tengok muka ibu sahaja, maka, jadual masak akan tertunda ataupun, akan bertukarlah tukang masak pada hari tersebut. (^_^). Kalau nak keluar pergi kerja jam 6.30 pagi, tapi tiba-tiba Ilham bangun, dan membuang, ibu hanya akan berjaya keluar rumah pada jam 7 pagi. (^_^).
Internet? Blogging? FB? Emel? SMS? Kebanyakkan sudah ditolak ke tepi. Dah kurang masa untuk semua itu. Bila balik dari kerja, fokus pada rumah tangga, anak, suami. Kalau dah siap semua kerja, kena rehatkan diri. Takut tak cukup tenaga untuk teruskan rutin seterusnya. Nasib baik dah ada yang basuh, sidai, melipat kain, kemas rumah, jaga Ilham. (^_~). Bak kata adik Syirah : "macam tulah kalau dah jadi ibuuuu." =p
INGATAN BERSAMA : 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA:
Sihat sebelum SakitKaya sebelum MiskinSenang sebelum SempitMuda sebelum TuaHidup sebelum Mati
Kalau sebelum ni, hanya menjadi suri rumah dihujung minggu/ 2 minggu sekali baru jumpa buah hati. Tapi sekarang, dah jadi perkara wajib. Isteri/ibu berkerjaya. Haaa, baru tahu macam mana keadaan dan suasananya. =p. Sebelum pergi kerja, duk kalut fikir pasal parking, punch card, kerja. Nak balik rumah, dah fikir pasal masak, keluarga. (^_^)
Fikh awlawiyat. Utamakan yang lebih utama. Mana yang kurang penting, atau tidak diperlukan dalam masa terdekat, memang terpaksa diketepikan buat sementara. Jadi, kepada kenalan-kenalan yang merasakan diri mereka dilupai, ana mohon maaf. Bukan sengaja, tapi masa tidak mengizinkan. Semoga ALLAH bimbing kita semua menuju SyurgaNya.
Hanya coretan perkongsian, mungkin boleh dijadikan bahan bacaan pembuka minda buat yang masih bujang/belum merasai kekalutan selepas mendapat cahaya mata. (^_~).
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA. Sama-sama memanfaatkan peluang yang ALLAH berikan sebaik mungkin. Boleh jadi, Ramadhan ini bakal menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita. Maka, adakah kita mahu mensia-siakan peluang yang ada ini begitu saja?
*Ramadhan yang sama, pastikan natijahnya berbeza* Bersama memaknakan Ramadhan*
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *