Rezeki

Jumaat, 20 Julai 2012

ESOK, IA AKAN BERMULA...

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan pertemuan kita. Meskipun hanya di skrin komputer yang kaku, semoga terbit rasa kasih sesama insan bersaudara antara kita semua.

Insya'ALLAH, esok, 21 Julai 2012, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1433H, umat Islam di seluruh Malaysia akan mula berpuasa.

Puasa di bulan Ramadhan merupakan kewajipan buat semua. Rukun Islam yang ketiga. Kalau tak buat, maknanya?? Berdosalah kita. Maka, janganlah kita membinasakan diri kita sendiri dengan mengumpul dosa bertimbun. Sebaliknya kumpullah pahala sebanyak mungkin, semoga dapat dijadikan bekalan menuju negeri abadi.

Di dalam bulan Ramadhan, dijanjikan ganjaran berlipat ganda. Didalamnya dibukakan ruang dan peluang untuk menghapuskan dosa, mengumpulkan pahala. Sangat banyak. Namun, semuanya terpulang kepada diri kita, sejauh mana kita berusaha untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin. Pilihannya ada di tangan kita. Nak ATAU tidak. Terpulang....

Tertarik dengan kata-kata ustaz dalam forum perdana semalam:
"Solat terawikh ni, macam main bola sepak. 10 malam pertama, ibarat pusingan kelayakan. Di masjid dan surau, semua penuh. Semua berlumba-lumba nak solat terawikh. 10 malam kedua, saff dah semakin kurang. Ibarat pusingan separuh akhir. Antara ramai-ramai yang bertanding di pusingan kelayakan, hanya segelintir saja yang mampu pertahankan kedudukan. Yang lainnya, sudah berada di merata tempat. Kedai-kedai (beli persiapan raya), di jalanan (ada yang dah balik kampung). Manakala 10 malam terakhir pula, memang malam yang cukup getir. Kalau di awal Ramadhan, ada 15 saff, sepuluh malam kedua, tinggal 10 saff. Bila dah 10 malam terakhir, semakin dekat dengan imam. Tinggal 2,3 saff saja."

Susah nak istiqomah. Masing-masing ada fikh awlawiyat tersendiri. Maka, bijaklah mengatur jadual, semoga diberi kesempatan untuk sama-sama merasai kemanisan dan menikmati kelazatan beribadat.

Sehingga bertemu lagi dilain masa. Jangan lupa niat puasa. (^_^)

Mohon kemaafan atas segala yang terlebih dan terkurang.

Wassalam.




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers