Rezeki

Khamis, 24 November 2011

Syukur Tanpa Noktah

Assalamua'laikum.

Selamat petang semuanya. Apa khabar ya hari ni? Semoga dikalung dengan kesihatan yang baik. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Beberapa kali menimbang tara. Apakah sudah bersedia untuk memaklumkan berita ini di blog untuk dikongsi bersama sahabat sekalian. Dan hari ini, ALLAH kurniakan ilham. Lantaran dari itu, ana rasa sudah sampai masanya untuk ana kongsikan khabar gembira ini dengan sahabat sekalian. :).

***

Alhamdulillah, dengan izinNYA, lebih kurang 2 minggu sebelum menyambut 'Idul Fitri yang lalu, kami telah dimaklumkan oleh doktor, bahawa ada makhluk ALLAH yang sedang membesar di rahim ana. Alhamdulillah, syukur padaNYA. Yang maha pemurah, maha pengasih, maha berkuasa atas segalanya.



ALLAHu ALLAH.

Beberapa hari sebelum mendapatkan pengesahan dari doktor, sememangnya ada beberapa tanda yang dirasai.
1) Suhu badan yang tinggi, rasa sangat panas macam orang demam.
2) Ada masanya, terasa macam nak muntah. Tapi takdelah 'uwekk, uwekk' banyak kali macam dalam TV yang selalu kita tengok tu. Hehe.. Sekali je rasa macam nak muntah, lepas tu terus ok. Kadang-kadang bila nak tunduk, atau bangun tiba-tiba, terasa ada sesuatu yang nak keluar. (masa ni dah pelik. Bulan puasa, takkan perut penuh sampai nak muntah. Tapi biarkan je, sebab fikir semula, mungkin sebab perut masuk angin.)

Suatu hari, ada majlis buka puasa di ofis. Lepas hantar kawan balik rumah, berhajat untuk ke surau. Tapi sampai je di surau tersebut, orang dah azan Isyak. Ramai jemaah yang serang surau. Lantas ana membatalkan rancangan awal untuk solat terawikh di surau tersebut. Oleh kerana memang parking kereta depan Guardian, maka ana pun terus masuk Guardian sebelum pulang ke rumah. Beli sesuatu. :). Dan tiba di rumah, terus cuba alat tersebut.

ALLAHUAKBAR!

Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Ada 2 garisan muncul di alat tersebut. Basuh muka berkali-kali. Eh, betul ke ni? Ya ALLAH, laju je air mata mengalir.. Telefon kakak, tanya dia adakah ujian tu boleh dipercayai? Yelah, selalu orang farmasi tu cakap check bila bangun tidur pagi-pagi je. Sebab takut ada pengaruh lain. Kalau check pagi, badan fresh lagi. Bila kakak cakap, dah betul lah tu. Biasanya kalau check malam pun ada 2 garisan, maknanya memang dah lama. ALLAH, tak terkata. Ambil wudhuk, sujud padaNYA.

Pada malam tersebut, kebetulan duk sorang-sorang je kat rumah. Hati ni dah melonjak-lonjak nak bagitahu zauji dan my dear housemate.. Hehe, tapi pendamkan dulu. Sebab kalau boleh, nak zauji yang tahu dulu sebelum orang lain. (kakak tadi, memang dah tak dikira ye. sebab terpaksa call dia, nak tanya status.. Hehe)

Kebetulan juga, zauji ada program penting pada malam tersebut. Jadi Pengarah Program pula tu. Memang tak boleh nak kacau lah. Tapi tetap juga SMS berkali-kali, minta beliau cepat-cepat call bila dah habis program. (Masa ni duk teringat babak-babak dalam TV.. :P. Kan selalu macam ni. Isteri 'excited' nak bagitau suami, masa tu suami pula ada kerja luar). Aduhai, Syuhada ni. Macam-macam. (^_~)

Sambil-sambil tunggu zauji respon SMS, sempat hantar MMS. Saje tunjuk gambar kotak 'pregnancy test' pada zauji. Tunggu punya tunggu, pada jam 11.30 malam, zauji hantar SMS. Tanya kenapa. Dan bagitahu nak kena kemas-kemas tempat dulu. Aduhai, dah tak sabar. Terus MMS keputusan ujian tadi. :). Zauji terus call. :), terkejut dengan keputusan tersebut. Berkali-kali beliau tanya ana, betul ke ni? Bila check? :).

Sempat jawab beberapa soalan, dan zauji mintak diri dulu sebab nak kena settlekan tempat tu cepat-cepat. Sampai rumah baru zauji call semula. Dan kegembiraan dikongsi bersama. (^_^). Syukur pada ALLAH. DIA sentiasa aturkan yang terbaik untuk kita semua. Dan malam tu juga, bagitahu my dear housemate tentang kehadiran ahli baru. ^_^

Pagi esoknya, buat ujian sekali lagi, dan tengahari tu, ajak sahbiah temankan ke klinik untuk pengesahan. Uhuk, doktor cakap : "kalau awak check guna 'pregnancy test' dari farmasi tu dah naik 2 garisan, insya'ALLAH, memang dah sah dah tu. Nanti tunggu sampai 12 minggu, boleh pergi buat buku merah."

Keluar dari bilik doktor, rasa macam tak boleh nak kawal dah.. Senyummmm je memanjang. :). Sahbiah pun turut gembira dengan perkhabaran tersebut. Alhamdulillah, hampir setahun penantian kami, pada masa yang paling sesuai, ALLAH hadirkan penyeri buat kami. Segala puji dan puja hanya untukNYA.

Sekarang sudah melepasi fasa pertama. Insya'ALLAH, dengan izin ALLAH, dalam beberapa minggu lagi bakal melepasi fasa kedua. ALLAH, cepatnya masa berlalu.

Alhamdulillah, fasa pertama dilalui dengan baik. Morning sickness tak teruk sangat. Kalau muntah-muntah tu, biasalah. Hampir seminggu muntah berterusan pada waktu pagi @ malam (secara bergilir-gilir). Tapi, ana cuba buat beberapa ujikaji (konon). Kalau waktu malam, sebelum tidur, ana makan roti @ apa-apa yang agak mengenyangkan, pagi esoknya ana tak muntah. Tapi kalau malam tu ana makan awal, pagi esok mesti muntah. :). Ana pun buatlah kesimpulan, kalau perut kosong, nanti muntah-muntah.. Sekarang ni, memang roti ada je dalam bilik. Buat bekal. Makan sekeping pun dah cukup. :P. Kalau rasa mual juga pagi-pagi tu, makan gula-gula mentos yang berangin atau gula-gula yang rasa masam-masam (macam gula-gula Fruit Plus perisa oren.). Selalu orang makan asam kan? Ana ni, memang dari dulu lagi tak suka asam, jadi memang bermasalah sikit. :).

Orang duk berjauhan dengan suami macam ana ni, memang kenalah pandai-pandai jaga diri. Cari inisiatif sendiri. :). Nak drive pergi ofis, memang bekalkan gula-gula atau kemam ais. Heee. Buatnya nak muntah kat traffic light tu, haa, naya. Nak muntah dalam kereta, hmm, fikir banyak kali juga. Takkan nak buka pintu, pastu muntah macam jalan tu kita punya. :p (tapi kalau terpaksa, memang buat je. Hee).

Fasa kedua, ana mula muntah luar dari kebiasaan. Kalau sebelum ni, bila dah muntah waktu pagi, malam memang tak ada masalah. tapi masuk je bulan ke-4, tak kira dah. Pagi atau malam, kalau perut masuk angin, muntah juga. Tapi setakat ni, alhamdulillah, tak adalah teruk sangat. Paling teruk setakat ni, setakat muntah dalam bakul sampah di ofis jeee. :P. Lepas tu rasa bersalah pada makcik cleaner. Uhuk. Dan pernah muntah dalam kereta maroon kesayangan, masa kena minum air gula awal bulan aritu. :p. Tak sempat nak keluar @ buka pintu, terus je muntah dekat seat depan tu. Ayoyo.. Kebetulan masa tu zauji tak ada dalam kereta. Bila tengok zauji datang dekat, air mata dah mengalir.. "Tak sengaja".. (takut kena marah..:P.) Padahal zauji tak marah langsung, saja je lebih-lebih Puan Syuhada ni. Haih, rotan kang!

***

Baiklah, rasanya dah terlebih bagitahu dah ni. :).

Sekarang ni, bila ada kawan-kawan yang sedih sebab belum hamil, ana suka untuk bagitahu, bahawa dengan sesungguhnya, perancangan ALLAH sangat teliti dan melebihi pemikiran kita. DIA sentiasa tahu, bila masa yang terbaik untuk hadirkan penyeri mata untuk kita. Ada yang ALLAH bagi cepat, itu rezeki mereka.  DIA tahu, kalau DIA bagi kita rezeki anak sekarang, padahal masa tu kita masih belum bersedia, mungkin anak tu tak dapat dijaga dengan baik. Atau mungkin ada masalah-masalah lain yang ALLAH nak suruh kita settlekan dulu sebelum DIA kurniakan amanah yang lebih besar tu buat kita.

Bagi pasangan yang tinggal berjauhan, memang ana akui, fasa-fasa kehamilan ni, tanpa suami disisi, memang agak sukar. :). Dengan badan yang tak stabil, emosi turun naik, sakit sana, sakit sini. Sangat mencabar. Sebolehnya, fasa kehamilan ni dilalui bersama-sama. Ada orang, masa hamil, macam-macam penyakit datang. Ada yang mudah sangat pitam. Ada orang, morning sickness yang teruk sampai kena masuk wad. Dan syukurlah, ALLAH kurniakan ana kekuatan ni. :). Gejala morning sickness yang tidak seteruk orang lain, sesuai dengan apa yang kami mampu tanggung. Bayangkan saja kalau ana terpaksa masuk wad sebab alahan yang teruk, kesian pada zauji. Dahla susah nak cuti, jauh pula. Keluarga kami juga jauh nun di negeri serambi Mekah. :). Pastinya susah nak datang, dengan keadaan kesihatan mak ayah yang tak menentu. Kakak-kakak pula semuanya bekerja. Haih, tak terjangkau dek fikiran. tapi, Memang perancangan ALLAH tu maha hebat, kan?

Syukurlah, walaupun fasa pertama dan kedua ni ana akan melaluinya sendirian, tapi awal tahun hadapan, besar kemungkinan zauji akan dapat menemani ana sepenuhnya. Dah tak perlu lagi tinggal asing-asing. Alhamdulillah. Syukur. Perancangan ALLAH tu tiada kesangsian. DIA sentiasa atur yang terbaik. Akan tersingkap hikmahnya bila tiba masa yang ALLAH izinkan. :).

Dan sekarang ni, sahabat dunia akhirat yang selalu ana ceritakan dalam blog ni : Puan Asyikin juga sedang melalui fasa yang sama seperti ana. Alhamdulillah.

Dulu selalu cakap (sebelum kahwin) : nanti nak bersalin, duk katil sebelah menyebelah ye?
Bila orang duk tanya, bila Syuha nak dapat baby ni?, selalu je jawab : Syuha tunggu k.Ekin ni. Lambat sangat kawin. Hehe.
Dan alhamdulillah, beberapa minggu setelah doktor mengesahkan kehamilan ana, k.Ekin pun kongsi berita gembira : Syuha, akak dah pregnant!

ALLAHUAKBAR. Dah la selalu je duk berkepit sebelum kahwin. Ni pregnant pun sama-sama. Nanti anak dah besar, insya'ALLAH anak pun jadi 'best friend' macam kami. :). Oh ye, kebetulan, zauj kami berdua ni, rupa-rupanya sama-sama duk bergiat di kawasan yang sama, dan saling mengenali. Selalu juga ke program sama-sama, juga berkawan rapat. Bila k.Ekin dah nak kawin, barulah tahu. Rupanya zauj kami pun macam kami kat sini juga.. :),, Hebatnya perancangan ALLAH.

Baiklah, dah terover dah ni. Nak minta diri dulu. Doakan kami ya. :).

Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers