Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kembara kita di dunia ini. Hari ini, hari Jumaat. Penghulu segala hari. Semoga keberkatannya memayungi kita semua.
Bapa saudara ana yang berada di Jengka 10 tidak sihat. Ayah, mek dan ahli keluarga yang lain dalam perjalanan ke Jengka. Ana tak dapat pergi. Zauji tak dapat cuti. Esok kerja, hari Isnin nanti juga beliau kerja. Yalah, kerja kilang, jadualnya tak sama macam kerja lain. Hmm, mak dan kakak tak bagi ana naik bas ke Jengka, bimbang. Maka, hanya doa yang mampu dikirim.
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan, perjalanan, dan bagi kesembuhan kepada Pak Ngah. Aminn
Sama-sama kita doakan. Terima kasih.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *