Rezeki

Rabu, 28 September 2011

Macam macam adaaa


Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat hendaknya. Kami, alhamdulillah. Semakin stabil. Sihat dengan izin ALLAH. Segala puji dan puja hanya untukNYA, yang maha berkuasa atas segala. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Tadi berSMS dengan adik Mas, sengaja mengusik dia. "Bila nak update blog?? Takde progress pon."

Saja. Sengaja. (^_^)

Lepas sembang-sembang, saling berutus SMS, terfikir pula nak taip tentang aktiviti yang best ni.


***

Sejak kecil, ana telah ditakdirkan untuk menjadi seseorang yang sangat suka bercakap. Balik dari Tabika Kemas (ana kurang bernasib baik sebagaimana anak-anak saudara yang telah berjaya ditempatkan di Pusat Asuhan Tunas Islam), ana akan merayap di Pasar.

* info tambahan : keluarga ana memang meniaga sejak ana belum dilahirkan. Mak meniaga di pasar besar Kuala Krai. Oleh kerana Tabika Kemas merupakan tempat terdekat yang ada untuk dihantar, maka dengan sebab itu, ana telah dihantar ke sana.

Mak berniaga sehingga pukul 5 petang. Sambil-sambil tunggu kakak yang nombor 5 habis kelas tambahan. Waktu tu kakak darjah 6. (^_~). Oleh kerana ana habis sekolah awal, maka ana ada masa yang sangat banyak sementara menunggu waktu balik. Jarak rumah dengan pasar/sekolah ialah 18 KM. Jadi, ayah memang ambik kami bila kakak dah habis kelas sahaja. Masa tu keluarga kami agak susah. Kakak-kakak yang lain masih lagi belajar di IPT.

Baiklah, untuk mengisi masa ana yang sangat banyak itu, ana pun mulalah berkawan dengan peniaga-peniaga lain kat atas pasar tu. Makcik-pakcik yang ada, semua kawan ana. Kadang-kadang, ana lah yang jadi radio buruk atas pasar tu. Semua lagu yang ana belajar di tabika, ana akan nyanyikan semula. Oh ya, masih ingat lagu Isabela, nyanyian Amy Search itu? Haa, itu antara lagu yang jadi kegemaran pakcik makcik tu semua. Hehe. (itu masa kecik-kecik dulu. Ana sangatlah tidak solehah.. =p). Lagi satu, lagu Ulat.. Ala, yang kita nyanyi masa kecik-kecik dulu. " dari ulat jadi kepompom. Cukup masa ia pun pecah".. Ingat?

Ok, itu masa kecik, umo 5-6 tahun. Bila dah masuk darjah 1, ana mula pulak aktiviti lain. Dah besar kan? =p. Masuk pulak kumpulan tarian sekolah. Bila ada Majlis Penyampaiab Hadiah Tahunan, kumpulan kami akan buat persembahan. Budak-budak darjah 1, mestilah chomey dan cute, kan? (^_~). Pakai lawa-lawa, lip lap - lip lap.. Adui, tiba-tiba malu..Huhu.

Ok, bila darjah 3, ana mula berkecimpung dalam bidang sukan pula. Darjah 4-6, balapan adalah kegemaran ana. 100 meter, 200 meter, 4x100m, 4x200m.. Itu memang wajib diisi dengan nama ana. Suka. Masa tu tak fikir apa pun lagi. Tak malu pun nak lari keliling padang SK SYP (1) tu. Entahlah, lambat betul matangnya. Kesian kat diri ana ni. Haih.

Tapi, alhamdulillah, bila dah naik sekolah menengah, dah pandai nak malu-malu. Ana memang tak terlibat langsung dengan aktiviti sukan. Eh, ada jugak. Tingkatan 1 dulu ana masuk acara 400 meter perempuan b. Untuk tingkatan 1-3. Itu pertama dan terakhir ana masuk aktiviti sukan yang melibatkan larian waktu sekolah menengah. Bila tingkatan 4 dan 5, ana tolong cikgu. Jadi urusetia. Semua pelajar kelas Sport Science kena jadi urusetia. He, suka.

Ok, masa sekolah menengah dulu, ana ada sebuah buku. Dalam buku tu ana tulis macam-macam jenis sajak, pantun. Ana juga selalu hantar seloka untuk diterbitkan dalam majalah sekolah. Ana sangat suka bercerita, sangat suka menulis. Bila kerja sekolah karangan, ana akan berangan macam-macam. Sampai 3-4 helai, =p. Waktu tingkatan 5, ujian percubaan SPM, ana hantar karangan B.I dalam 3 helai kertas. Teacher Aida suka sangat. Dia baca karangan ana sampai menitis air mata. Huhu, kesian dia. Apa pun, terima kasih atas doa teacher. Dapat merasa A untuk paper B.I. Hehe.

Bila dah masuk IPT, ana mula kurang menulis. Sebab course ana lebih banyak menaip. Ahaks. Almaklumlah, secretary! Sem 1 dan 2, memang ada kelas menaip. Penting kelas ni bagi seorang bakal setiausaha. Kalau menulis pula, tak macam orang lain menulis. =p. Semuanya guna tulisan cacing! Hehe. Mesti pelik bila ana cakap tulisan cacing kan? Ok, untuk tidak memeningkan anda, silalah lihat gambar-gambar di bawah. Ini adalah contoh tulisan yang ana belajar suatu ketika dulu. Bukan main-main, ada ujian speed tau. :p.

(ini adalah cara nak tulis. Setiap contengan / GARIS mewakili huruf-huruf yang tersendiri).

(ini pula bila dah dicantum untuk membentuk perkataan dan ayat)

Ok, mungkin anda semua sudah pening tengok tulisan cacing kat atas kan? Kepada yang bekerja, bolehlah tanya-tanya pada Setiausaha/P.A di pejabat anda. Mereka pasti tahu tentang tulisan ni. (^_~). Kepada yang berada di rumah, boleh cari melalui carian google. Taip saja "SHORTHAND".  Nanti keluar.

******

Tba-tiba cerita tentang course di IPT pula. =p. Maaf ya. Seterusnya, bila dah habis belajar, ana mula terfikir nak menulis semula. Disebabkan zaman semakin moden, maka ana memilih untuk membuat blog. Dalam ni, ana taip je apa yang ana suka. Kadang-kadang tentang ilmu, program, cerita suka duka. Macam-macam ada. (^_~). Ana suka bercerita di sini. Boleh taip apa saja yang ana nak taip. Bila ana rasa nak delete, ana delete je terus. Hehe. Kalau nak beli buku catatan macam zaman sekolah dulu, haih, jenuhla nak menulis. Rasa susah pula nak kena sentiasa ada pen dan buku. Hehe, alasan! =p. Apapun, tak kisahlah nak menulis ke, nak menaip ke. Terpulang. Mana yang senang, buat. Jangan susahkan diri. OK?

Adik Mas, akak doakan adik semoga terbuka hati dan diberi kekuatan untuk menaip sesuatu di blog adik. =)

Mungkin satu patah perkataan yang kita taip/tuturkan, mampu menjadi penjana perubahan kepada orang lain. Wallahua'lam.

Semoga jumpa lagi dilain masa. Maaf andai banyak mengarut dalam coretan kali ni. Wassalam. (^_^)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers