Rezeki

Isnin, 26 September 2011

Kita hanya meminjam

Assalamua'laikum.

Semoga semuanya sihat dan ceria sentiasa. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA. (^_^).

Hari ini, temujanji zauji dengan doktor. Alhamdulillah, semuanya lancar. Jam 8.45 pagi tiba di Hospital, sejam kemudian dipanggil untuk pendaftaran. Sejam 30 minit kemudian jumpa doktor. Lebih kurang 30 minit lepas jumpa doktor, menunggu pula hampir 40 minit untuk ambil ubat. Oh, indahnya hidup. =p

Insya'ALLAH, pada 9 November nanti zauji akan menjalani endoskopi. Kepada yang tertanya-tanya apakah yang telah berlaku pada zauji, ana akan terangkan. Sebelum ni zauji pernah dimasukkan ke wad kerana masalah dalam perut. Doktor syak zauji ada ulser perut. Tapi masa dalam wad bulan Mac dulu, doktor tak buat pun rawatan endoskopi/skop ni. Tapi bila perkara ni berulang lagi masa raya puasa aritu, maka kami telah dinasihatkan untuk membuat skop seberapa segera yang mungkin. Maka, sekembalinya kami ke sini, terus sahaja kami dapatkan tarikh untuk menjalani skop. Itu sahaja. Mohon doa dari sahabat sekalian, semoga zauji, Muhamad Rashdan Sayed Mohamed diberi kesembuhan. Terima kasih ya.

***

Semalam keluar dengan zauji, bertemu sahabat di Bandar Sri Putra. Alhamdulilllah, bertemu dengan zaujahnya, bertambah lagi sahabat ana. ^_^. Kebetulan umur yang tidak banyak bezanya, maka pertemuan singkat itu tidak menjadi masalah kepada kami untuk saling berkongsi cerita. *gembira*

Balik dari rumah sahabat, dekat dengan rumah ana, tiba-tiba zauji bersuara : "Wa, banyak betul kerja kat sini yang Wa kena buat lagi ni. Nanti jangan lupa, tunjukkan akhlak yang baik. Kita perlu dakwah tak kira siapa. Tangok kelililing, ramai lagi yang beRAMBUT labuh. Kesian tengok mereka. Tolomg pakat-pakat doa kat mereka sama."

Ana hanya mengangguk. Ya, memang banyak lagi yang perlu kita lakukan. Jangan ingat kalau kita dah ok, orang lain kita tak perlu tegur. WAJIB untuk kita sama-sama ajak orang lain untuk mencari kebaikan, kejar cinta dan Syurga ALLAH.

*speechless*

***************



Banyak lagi kerja kita.. Masa dah makin suntuk.. ALLAH, bantulah kami, berikan kami kekuatan, dan kesabaran. Bimbing kami ke jalan yang diredhaiMU.

ALLAHu ALLAH.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers