Rezeki

Isnin, 18 Julai 2011

Sesungguhnya kematian itu sangat dekat

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Ana, alhamdulillah, sihat dengan izinNYA. (^_~). Alhamdulillah.

Semalam, mendapat berita tentang kembalinya YB Dr. Lo' Lo' ke pangkuan Pencipta Yang Agung. Sesungguhnya dari DIA kita datang, dan kepadaNYA kita dikembalikan.

Bila sudah suratan, pasti takkan terlewat mahupun terawal walau sesaat.

Al-Fatihah buat beliau, dengan iringan doa semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.



ALLAHu ALLAH.

Menghitung Hari

Tarikh 20 Julai bakal tiba lagi. Tahun ini, angka 23 bakal menemani ana. Alhamdulillah, dengan izinNYA kita hidup. Terima kasih ya ALLAH. Terima kasih atas segalanya.

Memberi ibu bapa dan keluarga terbaik kepadaku.
Memberi sahabat-sahabat yang terbaik buatku.
Memberi ruang waktu untuk memperbaiki diri.

Anugerah dari Pencipta cinta.



Alhamdulillah, Ramadhan kali ini, bakal dilalui dengan suami yang dikasihi. Syukur padaNYA atas nikmat yang tak terhingga. Suami soleh membimbing kita ke Syurga ALLAH. Ibadat terasa makin nikmat. Semuanya dilakukan dengan penuh semangat. Kalau dulu ada sedikit kemalasan, tapi bila berdua, ada yang memberi dorongan. (^_^). Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang berjauhan seperti kami. Akan cuba memanfaatkan masa dua hari itu, sebaik mungkin. Apa saja yang Kau aturkan untuk kami, pastinya yang terbaik. Terima kasih ya ALLAH. Mengajar kami menyulam rindu, mengajar kami menyulam sabar. Alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmatNYA.

***



Terlalu berkira dengan kesulitan yang berkunjung, hingga melupakan nikmat yang tak terhitung.

Dimanakah letaknya iman? Dimanakah letaknya rasa kehambaan?

Semoga ramadhan yang bakal hadir, menjadi Ramadhan terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menyemai rasa kehambaan, mengajar lebih erti syukur, berbanding sebelumnya.

Selamat berpesta ibadah.. (^_~)


Dikesempatan yang ada, kami (Rashdan dan Syuhada), ingin memohon kemaafan dari kalian, seandainya ada kata-kata, perbuatan mahupun apa saja yang pernah menggores hati samada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Maaf ya.

Terima kasih. Wassalam

Semakin rindu dengan Ramadhan.. Ya ALLAH, izinkan kami melaluinya sekali lagi. Merasai nikmat dan indahnya Ramadhan. Perkenankanlah ya ALLAH.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers