Assalamua'laikum.
Apa khabar sahabat sekalian? Hari ni, alhamdulillah, hari Jumaat, hari raya mingguan untuk kita semua. Hari ni, insya'ALLAH, dua hati bertaut kembali. ALhamdulillah, ALLAH hadirkan perasaan yang berbagai, kepada kita semua.
Tadi, ada persembahan menghargai ibu-ibu. Macam-macam ada. Tak perlu tengok Astro. =). Sangat tertarik dengan persembahan yang diadakan. Simple, tapi penuh maksud tersirat.
Ibu, adalah orang yang telah banyak berbudi kepada kita.
Ibu, adalah insan yang sangat istimewa.
Ibu, adalah segalanya untuk kita.
Kalau tak ada ibu, kita akan rasa kehilangan.
Kalau tak ada ibu, kita akan rasa keseorangan.
Kalau tak ada ibu, kita dihimpit kesedihan.
Setiap orang, ada cerita mereka yang tersendiri. Semuanya berbeza, jarang ada yang sama. Lakaran sejarah hidup kita adalah paduan dari pelbagai warna kehidupan. Ia membentuk corak dan ilustrasi yang sangat cantik. Unik. Hanya yang merasai, mampu memahami setiap lakaran yang terhasil.
Ini bukan karangan sedih.
Tiba-tiba teringatkan mak. Betapa besar pengorbanan mak kita, kan sahabat sekalian. Perit bersalin, penat menjaga dan mengasuh kita dari kecil hingga sekarang. Namun, jarang sekali kita mendengar keluhan seorang ibu.
Hingga sekarang, walaupun kesemua anak-anak telah berkahwin, tapi, kebajikan kami tetap dijaga dan terjaga. Mak tak pernah lupa untuk bertanya khabar kami semua. Bila tahu anak-anak kurang sihat, mak akan sentiasa 'follow-up' perkembangan kesihatan kami. Ana sendiri, 2 minggu lepas, kurang sihat. Bila mak tahu ana MC, mak memang cemas. (kami adik beradik memang jarang MC kecuali sangat2 kurang sihat..=p.. Sama macam mak..) Jadi, setiap 2 jam, mak akan call. Tanya dan pesan macam-macam.. Terasa macam anak kecil, yang sentiasa dijaga dan dibelai oleh si ibu. (^_~). i love u, mek.
Kalau mak atau ayah sakit, jarang kami dapat tahu dari mulut mereka sendiri. Memang sejak dulu, ayah dan mak memang tak nak bagi anak-anak risau. Pernah, ayah kena strok. Kakak ana yang ketiga masa tu belajar di London. Ayah memang tak benarkan kami bagitau kakak. Hinggalah kakak habis belajar, balik Malaysia, baru tahu ayah pernah kena strok. Dan ana juga, memang dah banyak kali 'terkena'.. masa belajar di Pahang dulu, bila call, memang semua orang cakap sihat.. Tapi, rupa-rupanya, ayah kena tahan dalam wad, bukan sehari dua, tapi seminggu. Kadang-kadang tu, memang kena paksa, baru tahu keadaan sebenar. Itupun kalau bernasib baik. Kalau tak, memang kena telefon semua orang. Dan akhirnya, akan ada yang terlepas cakap. Huhu, kena pandai korek rahsia. Dan, memang lepas kejadian-kejadian sebegitu, kami semua (yang berada luar Kelantan) akan call mak ayah setiap hari. Macam mana sekalipun, akan cuba usaha. Kalau rasa tak sedap hati, memang sehari, dua tiga kali call mak. Akhirnya, mak akan mengalah dan bagitau," mak demam".. "ayah tak boleh bangun tadi".
***speechless***
**********
"Ya ALLAH, Kau limpahkanlah barokah ke atas kedua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku masih kecil.."
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *