Apa khabar semuanya? Alhamdulillah, sehingga hari ini, kita masih diberi peluang dan ruang meneruskan kembara di bumi Tuhan. ALhamdulillah, puji dan puja hanya untukNYA.
Hari ini, bertarikh 19hb Mei 2011 bersamaan dengan 15 Jamadil Akhir 1432H.
ALLAHU ALLAH.
Sekejap saja masa berlalu. Bagaikan baru saja melangkah ke tahun baru, kini dah hampir setengah tahun berada dalam tahun 2011. Usia perkahwinan juga sudah hampir mencecah angka 6 bulan. Masa oh masa, pantasnya kamu berlari. Atau, adakah kami yang semakin lambat mengejarmu?
Balik Kampung.
Alhamdulillah, pada 14 hingga 17 Mei yang lalu, ana berpeluang balik kampung. Mana lagi kalau bukan Kelate, negeri serambi mekah. (^_~). Alhamdulillah.
Sebenarnya tidak merancang untuk balik, tapi, disaat-saat akhir, ALLAH bagi ilham. Gerakkan hati untuk balik. (kesihatan yang kurang baik mendorong diri untuk berada dekat dengan keluarga.. hehe). Alhamdulillah, bila ke kaunter tiket, masih ada lagi ruang untuk ana naik bas balik kampung. Jadi, apa tunggu lagi kan? =p
Balik kampung, jumpa mak ayah, keluarga, budak-budak. SuKaaaa... Bulan lepas tak berpeluang balik bertentang mata dengan semua, jadi, sesekali dapat peluang, memang takkan lepaskan begitu saja. Ada saja aktiviti yang mengisi kekosongan dan kelapangan waktu. =). Pastinya, kolam kat belakang rumah, takkan dilepaskan begitu saja. Yang best, hari terakhir di rumah, anak buah bawa balik ikan haruan besar. Baik punya. Alhamdulillah, rezeki. Tapi, ana tak sempat makan pun, sebab pukul 9.30 pagi dah gerak ke stesen bas. (^_~).
Hari Sabtu, ikut mak pergi Pasar Pagi. Ramainya orang. Dah lama tak tolong mak ayah meniaga. Dapat peluang, test power lah kerjanya. Hehe. Tu pun, ada sikit-sikit pengiraan yang error.. kui3.. Nasiblah, duk ofis selalu guna mesin kira. Sekarang, dah kurang 'skill' kira tanpa mesin-mesin ni. (huh, adakah diri ini menyalahkan teknologi yang sedang berkembang pesat, hingga membantutkan otakku untuk mengira tanpa guna teknologi yang canggih manggih tu?? =p)
Hari Ahad, kakak bawak pergi pasar malam, beli barang sikit. Dan, ada sesuatu yang best kat sana. Pertama kali ana jumpa 'ice blended' harga RM1.00 segelas.. Kebiasaannya, harga 'ice blended' paling murah pun, RM2.00, itupon gelas kecil. =). Disebabkan teruja dengan harga tersebut, maka, ana pun belilah 1. (minum tanpa mengambil kira masalah kesihatan yang agak kurang baik.. Natijahnya : batuk yang teruk, hehehe, sakit.. itulah, kan zauj dah pesan, jangan minum ais, nanti susah nak baik.. tapi, degil! huhu)
Hari Isnin, mak suruh pergi klinik, dan selesaikan hal yang wajib. Kemudian, jalan-jalan kat Kuala Krai (Hmm, drive sebenarnya..=p). Masuk kedai bunga, masuk kedai Ceria99, masuk pasar, masuk tadika. Hehe, suka sangat berjalan. Beli barang sikit-sikit, adalah dekat RM100 ++.. Itupun, sebab balik dengan bas. Kalau tak, rasanya lebih lagi. ^_~. Beli keropok, beli sos, beli barang-barang plastik. (Macam takde kedai je dekat KL ni.. =p)
Hari Selasa, berangkatlah ana dari Kelantan, dengan menaiki bas Transnasional, dengan No. 8103. Bertolak dari Kuala Krai jam 11.00 pagi, alhamdulillah, selamat sampai dalam pukul 6.40 petang. Diangkut oleh my dear housemate yang chomey lotey, iaitu Miss Mimiey.. (^_~). Thanks kak.. Jasamu dikenang. Nanti nak mintak tolong datang ambik lagi.hehe.
Baiklah, rasanya sampai di sini saja dulu untuk post kali ini. Insya'ALLAH, akan bersiaran lagi. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua, di dunia dan akhirat.
Jom, cari redha ALLAH!
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *