Rezeki

Selasa, 29 Mac 2011

Kesatuan ummah bermula di sini


Assalamua'laikum sahabat yang dikasihi sekalian.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk kita semua meneruskan kembara di dunia ini. Berbekalkan nikmat kesihatan, keimanan, keceriaan, dan segala jenis nikmat yang tak terhitung banyaknya. Alhamdulillah, puji dan puja sentiasa untukNYA. Terima kasih ya ALLAH, atas pertambahan usia setiap masa. Terima kasih ya ALLAH, atas nikmat yang sentiasa ada. Terima kasih ya ALLAH, atas segala-galanya.


Terasa sekejap saja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik. Hari ini, sudah bertarikh 24 Rabiul'akhir 1432H, yang bersamaan dengan 29 Mac 2011! Ya ALLAH, masa semakin pantas berlalu. KAU jagalah hati kami dari membuat maksiat terhadapMU, ya ALLAH. Bimbinglah kami ke jalan yang diredhaiMU. Aminn.


Insya'ALLAH, Nisa' akan mengadakan usrah pada malam esok. Sehingga hari ini, lebih kurang 15 orang yang telah mengesahkan kehadiran ke Majlis Perkongsian Ilmu (MPI) nanti. Insya'ALLAH, kalau tiada aral, rumah chomey pinjaman ALLAH kepada ana akan dijadikan pilihan untuk majlis ilmu yang akan berlangsung nanti. (^_~). Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. Aminn.


MAJLIS PERKONGSIAN ILMU (MPI)


Sebenarnya baru sahaja terfikir untuk menggunakan perkataan ini. Macam best je kan? MPI.. Hik2.. Main-main je kerjanya. Haish, nak kena rotan ni.. Huhu. (kadang-kadang menjadi orang auditori, suka dengan sound effect... ex : wekkk, dushhh, desshummm.. erkk (^_~). dan ada masanya, akan menjadi orang visual, suka berangan, bila nak bagi direction, mesti tangan kita yang lebih2 geraknya. Alhamdulillah, nikmat dari ALLAH semuanya)


Hmm, tak nak mengarut panjang-panjang, nanti ada yang gelak golek-golek. Tak sampai pulak mesej kali ni. Uhuk.


Ok, back to the main point.


U.S.R.A.H. juga boleh dikategorikan sebagai MPI. Usrah yang baik adalah dengan menggunakan pendekatan dalam kelompok yang kecil. Biasanya seorang naqib/naqibah disarankan supaya hanya memegang 2 hingga 4 orang ahli usrah sahaja. Maksimum, mungkin 6. Tapi, ana rasa, itu adalah bilangan yang banyak. Waktu di kampus dulu, paling ramai, seingat ana, adalah dalam 8 orang dalam satu halaqoh. Bila ramai, sebenarnya, dibimbangi hilang fokus. Samada anak usrah mahupun naqib itu sendiri.


'Eye contact' dan 'touch' penting bila kita ingin menyampaikan sesuatu. Insya'ALLAH, proses perkongsian akan menjadi lebih mudah jika naqib/naqibah bijak menguasai halaqoh. Bayangkan jika ada yang bercakap dengan kita, tapi langsung tidak memandang ke arah kita. Terasa macam tak ada apa-apa kan? Adakalanya, kita akan tanya orang tu, "awak cakap dengan saya ke?". Sedangkan, dah berbuih mulut orang tu bercakap. Tapi disebabkan tiada 'eye contact', komunikasi tidak berkesan telah berlaku. Kerana itu, dinasihatkan supaya naqib/naqibah tidak memegang anak usrah yang ramai dalam satu halaqoh. (^_~). Jaga mad'uu baik-baik ya.


Begitu juga perihalnya dengan 'touch' / sentuhan. Bila kita bertemu dengan seseorang, tangan akan segera dihulurkan. Ditarik mendekati kita dan dipeluk dengan rasa kasih sesama saudara. Jika bertemu dilain masa, insya'ALLAH, kita akan dapat mengingati insan itu lagi. Malah, terasa akrab dengannya. Berbeza dengan orang yang hanya bertentang mata tanpa sentuhan dan pelukan. Tidak terasa 'izzah' dan kekuatan ukhuwwah di situ. Malah, kita akan sukar untuk mengingati orang yang tidak pernah kita sentuh. Percaya?


APA YANG ADA DENGAN MPI?


Bila menghadiri majlis ilmu, banyak kelebihannya. Antaranya ialah:


1) Mudah faham

- Menghadiri majlis ilmu, berbeza jika dibandingkan dengan belajar sendirian. Apabila kita belajar secara berkelompok, kita boleh saling berkongsi pendapat. Malah, ada naqib/naqibah untuk kita jadikan rujukan sekiranya ada masalah yang ingin dikongsi.


2) Erat hubungan silaturahim

- Ya, tidak dinafikan. Bila kita menghadiri sesuatu majlis ilmu, kita akan berjumpa dengan ramai orang. Jika kita rajin menghadiri ilmu di beberapa tempat yang berlainan setiap masa, lebih ramai kenalan yang akan kita perolehi. Secara tidak langsung, ukhuwwah sesama Muslim akan menjadi lebih erat. Hubungan persabahabatan semakin akrab.


3) Percambahan ilmu dan Permantapan iman

- Semakin banyak yang kita belajar, terasa semakin kerdil kita disisi ALLAH swt. Ilmu ALLAH sangat banyak. Malah, dikatakan, jika digunakan semua air dari lautan yang ada didunia ini sebagai tinta, masih tidak mampu menulis semua ilmu ALLAH. Bila kita hadir ke majlis-majlis ilmu, paling tidak, akan terkesan di hati kita tentang kebesaran dan keesaan ALLAH. Akan terdetik perasaan takut dan cinta kepadaNYA. Insya'ALLAH, jika rajin menuntut ilmu, mendalami agama, mencari cinta ALLAH setiap masa, secara tidak langsung, keimanan kepadaNYA juga akan bertambah. Sentiasalah sirami hati dengan ilmu dan ketaqwaan kepada ALLAH, mudah-mudahan hati tidak mati.


Nabi SAW bersabda, ''Apabila kalian berjalan melewati taman-taman Syurga, perbanyakkanlah berzikir.'' Para sahabat bertanya, ''Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud taman-taman syurga itu?'' Nabi menjawab, ''Yaitu halaqah-halaqah zikir (majlis ilmu).''

(HR at-Tirmidzi (no. 3510), Ahmad (III/150), dari Sahabat Anas bin Malik ra.


Mudah-mudahan, apa yang ana kongsikan hari ini, bermanfaat untuk semua. Ana, hanyalah insan biasa, makhluk ALLAH seperti kalian. Mohon maaf diatas segala kekurangan. Semoga ALLAH meredhai kita semua.


Sehingga bertemu lagi dilain masa, wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers