Rezeki

Rabu, 30 Mac 2011

Durian vs Mawar

Assalamua'laikum.


Salam kasih, salam sayang, salam ukhuwwah kerana ALLAH.


Alhamdulillah, puji dan puja hanya kepadaNYA. Alhamdulillah, atas nikmat yang berpanjangan. Semoga ia diredhaiNYA.


DURIAN


Siapa tak kenal durian?



Ia adalah sejenis buah-buahan yang berkulit tebal.

Mempunyai duri yang tajam.

Punya pokok yang tinggi.

Hebat!

Tahan lasak.

Rasanya, sangat enak. (^_~)

Banyak kegunaan. Kegemaran ramai.


MAWAR


Ada yang tak kenal mawar?


Sejenis bunga yang bermacam warna.

Harum baunya. Hmm, wangi.

Punya duri di batangnya dan dahannya.


Hmm, apa sebenarnya yang ana nak tulis ni? (^_~)


Tadi, asyik bercakap tentang durian. Harga yang mahal (sebab belum musim durian). Tapi, disebabkan ada keinginan untuk makan, maka, ia tetap dibeli. Tiba-tiba terfikir, apa persamaan durian dan mawar. Keduanya ada duri. Yang menjadi pelindung. Hmm, selalunya muslimah dikaitkan dengan mawar. Cantik, harum, tapi sukar didekati, kerana duri yang melindungi diri mawar tersebut.


Hehe, boleh tak kalau ana nak jadi macam durian? Uhuk.


Kenapa?

Sepertimana yang ana nyatakan di atas tadi. Durian ni, sangat tahan lasak. Walau dibaling ke mana jua, walau atas permukaan macam mana sekalipun, isi di dalamnya tetap elok. Lihat saja ketinggian pokok durian. Paling rendah yang ana jumpa pon, rasanya ada dalam 4 meter. (^_~). Jadi bayangkan bila buah durian gugur. Debukkk...fuhh, bergegar rasanya. Tapi, buah durian masih elok, isinya tetap sedap! (^_~). Makin lama disimpan, makin kuat baunya. Memenuhi ruang dalam rumah. Walau disorok serapi mana sekalipun, pasti boleh dihidu walau tak nampak rupa.


Berbeza pula dengan mawar. Ia tak tahan lasak. Bila dipetik, tak sampai seminggu, pasti akan kering. Walau punya bau yang harum, bila kering, bau itu akan hilang. Walaupun punya rupa yang menarik perhatian, tapi terlalu sedikit kelebihan yang ada.


Jika diberi pilihan antara DURIAN dan MAWAR, semestinya ana akan pilih DURIAN!! hehe..


The End.. (^_^).


Eh, belum lagi...


Konklusinya belum ada. Sebenrnya apa yang ingin ana sampaikan ialah : walaupun luaran tidak menarik, apa yang penting ialah apa yang ada dalam diri kita. Insya'ALLAH, jika dalam diri ini baik, pasti akan terserlah jua bila tiba masanya. Biarkan apa jua yang orang lain perkatankan. Kita, lebih tahu siapa diri kita sebenarnya. Penilai kita, bukan manusia. tetapi, ALLAH yang maha kuasa. Mereka hanya tahu mengata, tapi, ALLAh punya rencana yang terbaik untuk kita Peliharalah hati sebaiknya. Lindungilah diri dengan perisai iman yang tebal, sepertimana kulit durian yang tebal menjadi pelindung isinya yang lembut dan manis itu. Jadilah seperti durian. Walau diasak dengan pelbagai ujian, tetap tegar dan bersedia menghadapi apa jua rintangan yang mendatang.


Jaga iman ya.


Sekian, wassalam. (^_~).


p/s : maaf andai ada sebarang kesilapan dan kekurangan.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers