Rezeki

Rabu, 2 Mac 2011

Ikatan Hati antara Mukmin


Assalamua'laikum.

Semoga sihat semuanya. Ana, alhamdulillah, masih sihat dengan izinNYA. Bahkan, rasanya bertambah sihat. =)

Hari ni, sekadar ingin memetik kata-kata dari As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, tokoh Ikhwanul Muslimin yang sangat terkenal bagi penggiat-penggiat dakwah. Beliau adalah tokoh yang memperjuangkan ISLAM. Dan sehingga sekarang, masih banyak kasil tulisan dan buah fikiran beliau yang menjadi rujukan para aktivis dakwah.

Sesiapa yang belum kenal As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, boleh tanya MR Google ya. (^_~).

Sekiranya berpeluang, ana akan cuba kongsikan info tentang beliau. Insya'ALLAH, bila berpeluang ya.

Sahabat sekalian, di Dunia ini, Malaysia khususnya, ramai yang beragama ISLAM. Tapi sejauh manakah mereka-mereka yang beragama ISLAM ini menunaikan tanggungjawab sebagai muslim? Dalam masyarakat ISLAM yang ramai ini, berapa ramaikah yang masih KEKAL sebagai MUKMIN?

ya ALLAH, janganlah KAU bolak balikkan hati kami setelah KAU hadirkan hidayahMU kepada kami. Aminn.

Ayuh sahabat sekalian, tunaikan amanah yang terpikul dibahu kita semua. Cinta segala yang ALLAH cinta, Benci semua yang ALLAH benci. Jom jadi Muslim sejati. (^_^)

Sehingga ALLAH izinkan pertemuan kita yang seterusnya, sampai di sini dahulu, wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers