Rezeki

Jumaat, 18 Februari 2011

Jadilah hambaNYA yang bertaqwa


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Semoga iman dalam jagaanNYA sentiasa. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya. Sesekali, ALLAH ingin dekaktkan ana denganNYA. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. ALLAH tak pernah menyusahkan hambaNYA. Segala yang DIA aturkan punya sebab dan hikmah yang tersendiri. (^_~). Setiap orangm diuji dengan nikmat ujian yang sesuai dengan tahap imannya. Tiada satupun yang tidak mampu ditanggung oleh kita, kerana DIA sentiasa berikan yang terbaik kepada kita semua. Apa yang paling penting, jangan mudah berputus asa dari rahmatNYA. Jika tidak, pasti kita tidak akan berjaya mengharungi segala yang DIA berikan kepada kita.


"Ujian bukan untuk menyusahkan, tapi sebagai penguat iman. Mendekatkan lagi kita kepadaNYA. Penjana kemesraan kita dengan ALLAH."


Alhamdulillah, atas segala yang DIA kurniakan. Mengapa perlu berkira-kira untuk bersyukur? Bersyukurlah selalu. ALLAH tidak pernah mengabaikan dan melupakan kita. Bagaimana kita boleh melupakan DIA?


Ditanya oleh seorang adik, tentang fitnah dan ukhuwwah. Katanya, mengapa ramai yang begitu hipokrit. Dihadapan kita menuturkan sayang, saling mengasihi. Sedangkan diluar sana, begitu mudah mencanangkan fitnah. Apalah ertinya ukhuwwah yang diagung-agungkan jika fitnah sentiasa meniti di bibir.


ALLAHU HAQ.


Bukan mudah menjawab soalan sebegini. Kita tidak tahu hujung pangkalnya. Siapa yang silap, siapa yang berada dipihak yang benar. Cuma ada beberapa perkara yang ana mohon difikirkan:


1) Adakah orang tersebut pernah terluka dengan sikap kita?

2) Adakah ukhuwwah yang dijalin mempunyai motif tertentu? Adakah sebelum ini dia pernah melakukan perkara yang sama, atau baru sahaja mula menabur fitnah tentang kita?

3) Apakah yang menyebabkan dia menabur fitnah tentang kita?


Cuba kaji semula. Muhasabah.


Setiap perkara berlaku dengan sebab yang tersendiri. Ada sesuatu yang ALLAH nak kita perbaiki dalam diri kita. Lihatlah sekeliling kita, belajarlah dari kesilapan yang lalu. Jangan mudah menyalahkan orang lain, selidiklah hujung pangkalnya.


Kita, adalah makhluk fitrah. Yang punya rasa, perasaan. Adakalanya manusia boleh berubah watak, bila hatinya tidak dijaga @ terluka. Bukan semua orang mampu menjaga hati mereka. Kita juga, ada masanya akan terluka dengan perbuatan atau kata-kata orang lain, bukan? Begitu juga dengan hati orang lain. Cubalah untuk mengkaji kesilapan dipihak kita terlebih dahulu. Andai gagal mencari puncanya, cuba bersemuka dengan dia. Jangan bersemuka disaat hati kita masih memberontak dengan sikapnya. Dibimbangi akan mencetuskan amarah dan pergaduhan yang teruk. Sebaiknya, cuba kawal diri kita terlebih dahulu. Redakan amarah yang bermaharajalela. Orang yang sedang dikuasai oleh amarah, berada dalam keadaan yang kritikal. Disaat ini, manusia sudah hilang pertimbangan. Mereka sanggup melakukan apa saja demi memuaskan hati mereka tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Walaupun ternyata dipihak yang benar, cubalah mencari penyelesaian yang terbaik. Mengelak dari perpecahan, adalah sesuatu yang mulia. (^_~)


Kasih sayang boleh bertukar benci jika ALLAH mengizinkan. Sebab tu, kita perlu sentiasa 'bersederhana' dalam berkasih sayang atau membenci. Saling berkasih sayanglah kamu kerana ALLAH semata. Dan bencilah kamu keranaNYA jua. Hidup kita hanya sementara. Menolak kemaksiatan dan kemungkaran, bukan bermakna kita perlu menjauhi mereka tanpa berbuat apa-apa. Tapi kita punya amanah yang lebih besar iaitu membantu mereka ke jalan yang benar. Bimbing masyarakat ke jalan yang ALLAH redha. AMANAH kita sangat berat. Mampukah kita menjawabnya bila ditanya di SANA kelak?


ALLAHU AKBAR


Sahabat sekalian, ayuh kita sama-sama muhasabah.

Adakah kita telah berusaha sedaya upaya demi menegakkan Syiar agama ALLAH?

Adakah kita telah berusaha sedaya upaya mengurangkan kadar kemaksiatan yang berlaku disekeliling kita?

Adakah kita telah melakukan yang terbaik dalam setiap perkara?

Adakah telah tertunai segala janji yang kita tuturkan?

Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya?

Dimanakah letaknya ALLAH dan Rasul dalam diri kita?

Al-Quran dan As-Sunnah, adakah benar-benar menjadi panduan hidup kita? Atau lebih banyak menurut kata hati dan nafsu semata?

IKHLASKAH KITA??


Astaghfirullahala'zim.. Astaghfirullahala'zim... Astaghfirullahala'zim


Ayuh sama-sama kita berdoa agar ditetapkan iman untuk terus berada dijalan yang diredhaiNYA.


"Ya ALLAH, janganlah KAU bolak balikkan hati kami, setelah KAU berikan taufiq dan hidayahMU kepada kami.. Kami hambaMU yang lemah, ya ALLAH. Kami tahu, jika ENGKAU mengkehendaki, pasti segalanya akan berlaku mengikut kehendakMU. Bimbinglah kami, ya ALLAH... Amin ya robbal a'lamin.."


Sekian saja coretan perkongsian untuk kali ini. Ana mohon maaf diatas segala kekurangan dan kesilapan yang dilakukan. Sesungguhnya diri ini, hanya hamba ALLAH yang sangat lemah. Tiada satupun yang dapat ana lakukan, atau ungkapkan, melainkan dengan izin dan kehendakNYA semata. Sekadar peringatan untuk diri ana sendiri, dan dikongsi bersama sahabat sekalian.


Mohon diri dulu, semoga ALLAH permudahkan pertemuan kita dilain masa.


Alhamdulillah, esok, 19 Februari 2011, genaplah 3 bulan perkahwinan ana dan suami. Alhamdulillah. Mohon doakan kami ya. Terima kasih.


Sekian saja untuk kali ini, sehingga bertemu lagi dilain masa, andai dipanjangkan usia, dengan izinNYA. Wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers