Rezeki

Sabtu, 8 Januari 2011

Hidup hanya sementara



Assalamua'laikum sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian.

Apa khabar hari ini? Bagaimana dengan iman dan amal, sihatkah mereka?

Alhamdulillah, ALLAH masih sudi meminjamkan nikmat usia dan sihat kepada kita semua. ALhamdulillah, syukur atas segala limpah kurnia dariNYA.

Kehidupan di dunia hanyalah sebuah pengembaraan yang singkat. Dunia hanyalah tempat persinggahan sebelum kita sampai ke destinasi abadi iaitu akhirat. Sepanjang tempoh kembara di dunia ini, kita perlu lakukan yang terbaik. Kutip sebanyak mana bekalan yang termampu. Kerana hanya bekalan-bekalan inilah yang dapat kita bawa ke akhirat sana. Jika kita mengejar dunia, maka, dunia lah yang akan kita dapat. Tapi jika kita mengejar akhirat, insya'ALLAH, dunia juga akan bersama kita.

Dalam setiap perkara, kita dituntut supaya bersederhana. Kasih perlu berpada, benci juga perlu berpada. Jangan terlalu kasih dan jangan juga terlalu membenci. Kerana kita tak tahu, apa yang bakal terjadi di masa akan datang.

Boleh jadi, orang yang terlalu kita sayangi akan menjadi orang yang paling kita benci, dan mungkin juga orang yang paling kita benci akan menjadi orang yang paling kita sayangi.

Sekiranya ALLAH menghadirkan hidayah dalam diri kita, rebutlah ia sebaiknya. Jangan bertangguh untuk berubah, bimbang sekiranya ia tidak berlaku buat kali kedua. Jika pernah terlintas untuk menjadi lebih baik, berusahalah untuk melaksanakannya. Itu adalah salah satu tanda bahawa ALLAH masih menyayangi kita. DIA hadirkan hidayah, mengetuk pintu hati kita, untuk lebih rapat denganNYA. DIA maha kaya. kaya dengan kasih sayang, kaya dengan kemaafan, kaya dengan pengampunan, kaya dengan segala-galanya. Tiada satu pun yang dapat menandingi DIA. ALLAHU RABBI..

Jangan takut untuk berubah. Jangan malu untuk menangis, merayu kepadaNYA. Kita, hanyalah seorang hamba. Hamba kepada ALLAH, PENCIPTA YANG HAQ!

Ayuh, kejar dunia untuk akhirat.. Lillahi ta'ala.

Wallahua'lam... Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers