Assalamua'laikum.
Lama tidak berkesempatan mengupdate blog. Rindu untuk menulis. Tiap kali buka blog, teringin untuk berkongsi dengan sahabat sekalian. Tapi, jutaan kemaafan dipohon. Masa tidak mengizinkan. Tambahan pula, ada kekangan untuk mengakses internet kebelakangan ini. Sudahnya, tak sempat nak update blog. Maaf ya.
Alhamdulillah, ALLAH masih mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Hari-hari yang berlalu, alhamdulillah, terisi. (^_~). Beberapa minggu lepas, anak-anak dari Gemas, N9 datang berkunjung. Diselang seli pula dengan kepulangan suami. Dan minggu lepas, mak dan ayah berkampung di rumah yang tak berapa besar tu. 3 hari dua malam di sini, teringat kata ayah : "Haih, dua hari ni, tak pijak tanah la ayah kat sini".. Hehe, maaf ye ayah.. Tak sempat bawa ayah jalan-jalan. Cuma berkesempatan berkunjung ke rumah sepupu dan beberapa tempat saja. (^_~). Takpe, ayah pun tak larat nak berjalan jauh-jauh, kan Yah? =)
Sebaik saja ayah dan mak bertolak pulang ke Kelantan pada jam 8.00 pagi, hari Sabtu lepas, ana terus bersiap ke Subang. (^_~). Sempat kemas rumah sebelum Kak Syikin datang jemput. Alhamdulillah. Kemudian kami bergerak ke BTR untuk ambil beberapa orang anak-anak yatim yang akan terlibat dalam program Nisa' Small Kindness pada kali ini.
Pengalaman buat diri ana. Diminta untuk menjadi pemandu. =). Seram jugak. Ana tak biasa memandu di Kota Metropolitan ni. Bawa adik-adik pula tu. Tawakkal. Doa banyak-banyak,mohon selamat perjalanan pergi dan pulang. Dan alhamdulillah, kami berjaya tiba di Mydin Subang dengan selamat. Perjalanan yang agak "menggetarkan jiwa"..
Tiba di Mydin Subang, agak teruja. Ramai sangat orang. Ada beberapa khemah didirakn di luar bangunan. Pertama kali menjejakkan kaki di Mydin tersebut. Rupanya ada program lain yang berlangsung di sana. Setibanya kami di sana, ada rombongan dari rumah anak-anak yatim lain yang sedang membeli belah persiapan ke sekolah. Gembira melihat riak adik-adik yang ceria. Alhamdulillah. Nikmat untuk dikongsi bersama.
Ok, tiba masa untuk kami pula membeli belah kelengkapan sekolah bersama adik-adik rombongan kami.. (^_~). Jom dik, shopping barang-barang sekolah. Turut bersama kami ialah pekerja-pekerja Mydin yang prihatin. Terima kasih atas segalanya. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas kita semua.
Selesai membeli belah bersama adik-adik, minum-minum di Food Court. Usai solat Zohor, kami bertolak pulang. Perjalanan pulang, ana ditemani Adik Azlina dan Adik Siti. (^_~). Terima kasih sebab sudi layan akak yang banyak cakap ni. Alhamdulillah, perjalanan kita selamat, walaupun hampir terlepas simpang. Hehe, nasib baik sempat berhenti tepi jalan. Kereta laju-laju. Haih, tak lepas lagi nak memandu kat KL ni. =p
Dan dengan izinNYA jua, Nisa' WP akan mengadakan beberapa program sempena sambutan Tahun Baru pada 31 Disember 2010 dan 1 Januari 2011 nanti. Bertempat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Insya'ALLAH, kami akan berkampung di Masjid Asy-Syakirin, KLCC selama sehari semalam. Pelbagai aktiviti telah dirancang. Doa dan harapan, semoga semuanya dipermudahkan oleh ALLAH. Doakan kami ya. (^_~).
Mohon maaf atas silap dan salah ya. Insya'ALLAH, andai ALLAH izinkan, kita jumpa lagi di lain masa...
Wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *