Rezeki

Selasa, 10 Ogos 2010

masanya telah tiba


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, ALLAH masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Syukur kepadaNYA diatas nikmat yang tak pernah putus.


Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Ramadhan yang sama, dengan natijah yang berbeza. Setiap tahun, ia hadir melengkapkan turutan kalendar Hijriah. Tak pernah terlepas. Selepas saja tamat Sya'ban, Ramadhan pasti menyusul. Ramadhan, bulan yang telah menjanjikan 1001 rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Jika tidak, masakan rasulullah bersabda yang bermaksud : jika umatku mengetahui kebaikan yang ada didalam bulan Ramadhan, pasti mereka menginginkan agar setiap bulan adalah bulan Ramadhan..


Terima kasih ya ALLAH kerana masih mengizinkan kami merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini. Dengan kurniaan nikmat kesihatan yang baik, dengan nikmat usia yang bersisa, malu rasanya untuk terus melangkah tanpa mengucapkan syukur dan menggunakan segala nikmat ini dijalan yang diredhaiNYA.


Teringat kata-kata semangat kepada seorang adik di blog beliau : ORANG SAKIT, ALLAH SAYANG BERBUKIT-BUKIT. =)


ALLAH tak pernah hadirkan sesuatu yang tidak mampu dipikul oleh hambaNYA. Setiap apa yang ALLAH hadirkan, terkandung sejuta hikmah. Ada hikmah yang ALLAH zahirkan segera, dan ada juga yang ALLAH hijab sehingga tiba masanya. DIA beri peluang kepada kita untuk berfikir, berfikir dan terus berfikir. DIA beri masa kepada kita untuk perbetulkan setiap kesilapan yang kita lakukan. DIA beri ruang kepada kita untuk menikmati segala nikmat kurniaanNYA, beri peluang kepada kita untuk menikmati limpahan rahmatNYA. Sesekali DIA hadirkan nikmat luarbiasa, untuk kita lebih dekat padaNYA, supaya kita lebih menghargai segala kurniaanNYA. Segalanya terkandung hikmah, kan?


Dikesempatan yang ada, ana ingin memohon ribuan kemaafan dari semua, diatas segala salah dan silap, yang telah ana lakukan dalam sedar mahupun tidak.. Semoga ALLAH meredhai kita semua. Buat antum yang ana kenali, ataupun yang tidak dikenali, dan merasakan ada melakukan apa-apa kesilapan berkait dengan diri ana, insya'ALLAH, ana meredhai segalanya. Ana telahpun memaafkan antum, insya'ALLAH. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya, dan menjadi yang terbaik buat kita semua. Aminn.


SELAMAT MELANGKAH KE MADRASAH RAMADHAN!


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers