Rezeki

Khamis, 12 Ogos 2010

Hari-hari yang berlalu


Assalamua'laikum.


Selamat berpuasa kepada semuanya. =). Alhamdulillah, hari ini, adalah hari ke-2 kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, ALLAH masih sudi mengizinkan kita meneruskan kehidupan. Semoga ALLAH memberkati setiap detik yang berlalu, dan bakal dilalui..


Insya'ALLAH, malam ni ana akan pulang kepangkuan keluarga, di Kelantan. Alhamdulillah, dengan izinNYA semua ini berlaku. Setelah hampir dua bulan beli tiket, hari Jumaat lepas kemas-kemas laci, terjumpa tiket tersebut. Ya ALLAH, tertera pada kertas tersebut bertarikh 12 dan 15 Ogos 2010. Tiket pergi balik. Memang lupa dah beli tiket untuk balik Kelantan.=p.


Jadi, tanpa melengahkan masa, terus mohon cuti. Alhamdulillah, banyak hikmah ni. =). Nasib baik jumpa tiket hari Jumaat lepas, kalau jumpa esok?? Haa, kan nyesal nanti melayang duit.. =)


Minggu lepas, Sabtu dan Ahad, banyak meluangkan masa bersama Kak Ikin dan Kak Farhana. Banyak cerita + kenangan terindah. Apa kisahnya? =). Jap nak ingat semula..


Ok, bertarikh 7 Ogos 2010, kami jaga gerai Jualan Amal di Pasar Besar Cheras. =). Alhamdulillah, hasil jualan mencecah rm200. Barangan yang kami jual, paling mahal, berharga rm5 sahaja. Ramai pelanggan, alhamdulillah, dapat kumpul dana untuk NSK ( Nisa' Small Kindness). Macam-macam kami jual : baju kurung, bayu melayu, t-shirt, kasut, baju kanak-kanak, tudung. Meriah. Teddy bear pun ada..=). Terima kasih kepada yang menyumbang. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.


Pada tarikh 8 Ogos 2010, kami ke Bangi. Ust Sal yang bagi kuliah. Mantap! Suka sangat dengan cara penyampaian Ustazah. Insya'ALLAH, akan cuba berkongsi apa yang dapat dalam post seterusnya. Kali ni tak dapat nak berkongsi, buku tinggal kat rumah. Maaf ye.=). Balik dari kuliah, pelbagai kisah mencuit hati telah berlaku. Hehe.. Better keep it shut.=P. Petangnya, ana teman Kak Farhana cuci kereta. Kemudian menunaikan solat Maghrib di Masjid Putra. =). Pertama kali menjejakkan kaki di Masjid tersebut walaupun sudah lama melintasinya. Haih, apa nak jadi.. Tapi, sekurang-kurangnya, telah melakar sejarah pada 8 Ogos 2010, akhirnya... =). Di sana, sempat berkenalan dengan seorang kakak dari Bandar Baru Salak Tinggi. Anak beliau ditahan di Hospital Putrajaya, kerana demam denggi. Bersama beliau ialah ahli keluarga dari kampung. =). Sempat bersalaman dan bersembang dengan semua, kemudian berpisah.=). Kemudian kami meneruskan kembara ke Masjid Besi. Hajatnya nak tengok pameran Inovasi Islam, tapi semuanya dah tutup. Tapi alhamdulillah, kami sempat berjemaah di sana. =). ALLAH dah rancangkan yang lebih baik untuk kami. Selesai solat, teman Kak Farhana makan Cha Kue Tiaw. Ana minum ice-blended. Balik batuk-batuk, terus kena marah.. =p.


Oklah, dah nak keluar ofis. Kembara bermula.. Mencari pelabuhan kasih... Ayah, Mak.. Insya'ALLAH esok kita jumpa..=)


Jaga diri, iman, ISLAM ye sahabat-sahabat sekalian.. wassalam


************

sedikit perkongsian buat kita semua.. dapat dari emel..

Di Antara Kebaikan dan Kebatilan....
Kehidupan di dunia ini terdiri dari dua pilihan, iaitu kebaikan dan kebatilan. Terkadang kita sulit membezakan antara kebaikan dan kebatilan. Jika kita mahu berfikir secara mendalam, maka pada hakikatnya kebaikan dan kebatilan tampak jelas sekali perbezaannya. Akan tetapi jika kita tidak memikirkannya secara teliti dan benar, maka terasa sulit sekali membezakan antara dua hal tersebut. Oleh kerana itu, berhati-hatilah dengan hawa nafsu kita yang kadang akan mendorong kita ke jurang kehinaan, kerana hawa nafsu lebih condong kepada kebatilan.

Terkadang kita memiliki rasa bersalah atas perbuatan yang kita telah lakukan dan kadang pula kita merasa bahagia sekali dengan apa yang kita telah perbuat. Dari sini kita sudah mengetahui mana perbuatan yang batil dan mana perbuatan baik, yang pada akhirnya jika kita melakukan kebaikan maka kebahagiaan telah menunggu kita, walaupun untuk melakukan perbuatan kebaikan itu sulit dan penuh cubaan. Sedangkan jika kita melakukan perbuatan batil, maka penyesalan yang tiada tara akan selalu menghantui perasaan kita, walaupun untuk melakukannya sangat mudah dan tak pernah ada cubaan serta rintangan.

Perbuatan kebaikan biasanya akan menenangkan hati seseorang yang melakukannya. Ia tidak merasa gundah untuk melaksanakannya dan bahkan kenikmatan yang ia alami akan terasa abadi. Namun, jika perbuatan batil, yang ada hanyalah kesesatan dan keburukan, mulai dari hatinya terus-menerus bergemuruh, selalu gundah disaat melakukannya, hingga terkesan menyesali perbuatannya. Itu disebabkan kenikmatan yang ia dapati hanyalah sesaat, lalu ia pun akan mendapatkan balasan setimpal dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah.Dua pilihan ini erat hubungannya dengan balasan dari Allah, iaitu pahala dan dosa. Jika kita melakukan kebaikan maka pahala Allah yang indah itulah yang akan menemani kita di akhirat kelak, namun jika kita berbuat kebatilan, maka kita pun akan dinanti oleh azab Allah yang begitu kerasnya. Allah tidak akan mengurangi sedikitpun pahala yang kita raih, dan Allah pun tidak akan memperbanyak dosa yang kita lakukan, kerana Allah adalah Maha Adil dan tidak ada satupun makhluk di alam ini yang menyamaiNya.

Kebaikan dan kebatilan yang dilakukan oleh manusia sangat kental kaitannya dengan hubungannya kepada Allah dan makhluk Allah yang lainnya. Bagaimana ia menyerahkan diri sepenuhnya sebagai seorang hamba Allah, apakah ia akan melakukan segala apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi segala apa yang dilarang oleh Allah, ataukah sebaliknya?.
Kemudian bagaimana ia berinterakasi dengan sesama makhluk Allah, karena manusia adalah makhluk sosial, apakah ia akan memperindah dan melestarikan dunia ini, serta menjadikannya sebagai sumber ilmu yang bermanfaat dalam segala hal, lalu semua itu sebagai rasa kesyukuran atas segala nikmatNya, atau malah sebaliknya?.

Allah berfirman dalam masalah kebaikan: “Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri” (QS. Asy Syuura: 23).

Dari ayat ini kita akan mengetahui bagaimana Allah menempatkan kebaikan pada posisi yang sangat istimewa, kerana Allah akan menambahkan kebaikan kepada kebaikan itu, ertinya Allah akan melipatgandakan segala perbuatan baik. Bahkan, dalam kebaikan, niat saja sudah dicatat oleh Allah sebagai pahala, apalagi jika disertai melakukannya, maka pahalanya pun akan berlipat-lipat ganda.Berbeza dengan kebatilan, Allah tidak mencatat niat amalan batil sebelum ia melakukan perbuatan tersebut, namun jika ia melakukan perbuatan tersebut maka niat dan perbuatannya pun akan sama-sama mendapatkan ganjaran yang setimpal. Disinilah keindahan islam, islam sangat menyayangi pemeluknya. Jika islam sudah mencatat niat amalan batil seseorang sebelum ia melakukan perbuatan tersebut, maka niscaya berat sekali bagi pemeluknya.

Oleh karena itu kesyukuran yang paling tinggi dan hebat adalah kesyukuran atas nikmat islam yang telah tertanam di dalam diri kita masing-masing.Oleh karena itu, mulailah dari diri sendiri, dari hal yang kecil, dan dari saat ini untuk menjadikan segala hal dan tingkah laku sebagai suatu sarana untuk berbuat kebaikan bagi diri sendiri dan orang lain. Kerana kebenaran adalah perbuatan yang amat indah sedangkan keburukan adalah perbuatan yang tercela. Wallahua'lam.

Sekadar Pengkongsian Ilmu...
min, Insan yang Dhaif..




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers