Rezeki

Jumaat, 23 Ogos 2013

Segalanya Milik DIA

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya.

Beberapa hari kebelakangan ini, kerap hujan. :D Dah hampir penghujung bulan Ogos. Mungkin dah nak masuk musim tengkujuh. Jaga diri, jaga kesihatan ya.

Semalam, ALLAH aturkan satu perbualan yang sangat bermanfaat buat ana.  Ingat lagi CC di ofis yang ana dah anggap sebagai "mak"? Semalam bersembang dengan beliau.

Mulanya, bercerita tentang kesihatan. Lepas tu mula bertukar topik yang lebih menarik. Beliau bercerita, dulu masa usia kanak-kanak, selalu tengok moyang beliau solat sunat. Selalu juga amalkan puasa sunat. Bila datuk beliau ada peperiksaan, moyang beliau akan berpuasa, dan sering hantar makanan ke surau. CC cakap, memang sejak beliau pandai berfikir, beliau berazam,nak jadi macam moyang beliau. CC masih ingat semua tu, dan ceritakan pada anak-anak CC. Untuk memberi kesedaran kepada anak-anak.

CC cakap, nak jadi orang soleh, nak dapatkan anak soleh solehah ni, bukan mudah. Setiap kali solat, merintih dengan ALLAH, bersungguh-sungguh. Bukan senang. Bukan dapat sekelip mata. Bila sekali doa, terus dapat.. Memang tak lah.

Iya. Hati ni milik ALLAH. Hanya DIA yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Kadang-kadang, kita ni cepat mengalah, cepat mengeluh bila orang yang kita dakwahkan, beri nasihat, tak jadi macam yang kita nak. Kita seakan memaksa beliau berubah, sedangkan ALLAH belum pilih beliau untuk diberi hidayah. Kita lupa, kita hanya mampu berusaha. Yang menentukan, hanya DIA!

Teruslah berdoa untuk menjadi orang yang soleh solehah, mendapat zuriat yang soleh solehah. Setiap hari, azamkan untuk menjadi lebih baik. Jangan mudah putus asa.

Kita usaha sama-sama, ya.


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers