Rezeki

Isnin, 19 November 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Musim cuti sekolah, banyak undangan perkahwinan diterima.
Ramai yang bakal berubah status. Ramai juga yang telah selamat melangsungkan majlis.

Tahniah diucapkan kepada semua, diatas usaha murni untuk menyempurnakan separuh dari iman.
Semoga rumah tangga yang dibina dirahmati, diredhaiNya sentiasa.


Alhamdulillah.

Hari ini, 19 NOvember 2012. Genap usia 2 tahun perkahwinan ana dan zauj. Angka 2, masih kecil nilaiannya. Masih jauh perjalanan yang akan ditempuh. Masih banyak liku dan onak yang belum diterokai.
Semoga ALLAH permudahkan urusan, perjalanan cinta murni ini.
Semoga ALLAH rahmati dan bimbing rumah tangga kami.
Semoga ALLAH redhai setiap hela nafas kami.
Aminn, aminn ya robbal a'lamin.

Mohon doa dari sahabat sekalian juga.
Moga ALLAH makbulkan doa kita semua.
Saudara muslim kita di luar negara sedang diasak oleh pihak-pihak anti Islam.
Mereka diserang, dibunuh, ditindas tanpa peri kemanusiaan.
Anak-anak kecil juga ramai yang terbunuh.
Sesungguhnya doa itu senjata mukmin.
Untuk sama-sama mengangkat senjata, pasti ramai yang tidak mampu.
Maka, gunalah kudrat yang ada, untuk kita sama-sama mengangkat tangan, berdoa untuk mereka.
Semoga ALLAH makbulkan.

wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers