Rezeki

Jumaat, 23 November 2012

Tutuplah Dengan Sempurna

Assalamualaikum.



Saling mengingatkan, saling berpesan.

Islam itu indah.

Jangan terlalu ambil mudah!

Khamis, 22 November 2012

Rabu, 21 November 2012

ya ALLAH, perkenankanlah




Ya ALLAH
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang -batang leher musuh-musuh kami.
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya ALLAH
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah belahkan dan kacau bilaukanlah persatuan mereka
Goncangkanlah pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka.

Wahai Tuhan yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan yang Maha Menghukum,
Wahai TUhan yang bersifat Murka
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kelahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka
Aminnn ya Robbal a'laminn

Selasa, 20 November 2012

Ilham @ 7 bulan

Assalamua'laikum

Apa khabar semuanya? Semoga sihat badan, sihat iman. :D

Alhamdulillah, kami bertiga sihat walafiat.

Minggu lepas, bermula hari Jumaat, memang dah balik kampung. Alhamdulillah, perjalanan lancar. 2 kali berhenti untuk makan dan rehat serta solat. Pertama di Bentong, kemudian di Hentian Gua Musang.

Ilham, sejak 3 November mula demam. Badan panas sehingga suhu mencecah 39.7'c. Memang mendebarkan kami, yang masih tak tahu cara nak 'handle' benda-benda macam ni. Bila malam, bergilir dengan zauj. Bangun check suhu badan Ilham. Memang pakai pampers je, sebab teringat ada kawan pernah buat macam tu pada anak dia. Lepas tu guna air asam jawa, lap-lap kat badan Ilham. Untuk kawal suhu.

Bila dekat seminggu tak kebah lagi, macam pelik. Tak pernah kena macam ni. Suhu badan tinggi. Makan ubat baru kurang panas. Jam 6 pagi, Khamis 8hb bawa ke Emergency Hospital Pj. Doktor ambil darah sikit, dan bagi ubat. Doktor pesan kalau hari Ahad nanti tak ok lagi, kena bawak pi Hosp semula.



Balik rumah terus kemas pakaian. Memang plan nak balik terus pagi esoknya. Minta keluar awal dari bos. Alhamdulillah, bos bagi. Terus gerak balik. Sepanjang perjalanan, Ilham alhamdulillah, suhu badan stabil. Tapi bila gerak dari Gua Musang, suhu badan naik semula. Panas. Memang risau sangat. Lagi 2 jam baru sampai Kuala Krai. Nak tak nak, memang basahkan kepala dan lap badan Ilham dengan air asam jawa. Sampai rumah, badan Ilham panas lagi. Semua orang dia tak nak. Nangis. Penat kot. Lepas bagi ubat, Ilham tido.

Bangun pagi esoknya, alhamdulillah, dah merangkak dengan girang. Semua orang dia nak tegur, nak main. Sepupu ramai, suka la dia main dengan abang-abang sepupu.

Masa ana pi klinik, beli ubat demam untuk Ilham, mak bagi Ilham minum air kelapa muda. Suka sangat dia. Hehe. Malamnya, mula timbul bintik-bintik dan jadi merah-merah kat badan Ilham. Rupanya selama ni demam nak naik campak. Huhu. Nasib baik bawa balik kampung. Mak boleh tolong tengokkan. Kalau kami duk sini lagi, mungkin tak kebah lagi demam Ilham tu. Mak cakap, kalau demam campak memang suhu jadi tinggi. Kalau kita bagi makan ubat, campak tu tak nak timbul. Sebab tu demamnya susah nak kebah.

Bila mak dah bagi minum air kelapa, kami tak boleh nak bagi ubat. Bila tak makan ubat, campak tu pun keluarlah. :D.

Pesan orang tua-tua : Kalau anak atau kita demam lama, tapi tak kebah, cubalah minum air kelapa. Insya'ALLAH, boleh jadi penawar.

Petang Selasa, balik KB. Badan Ilham masih ada bintik-bintik merah. Hari Rabu, dah beransur hilang. Alhamdulillah. Khamis, Ilham duk rumah dengan c.teh, Tok Wan, Ayah Ji, Ayah Long n Tok bah. Ibu dan ayah ada hal kat luar. :D. Ilham sangat behave. Kejar kucing, main ciku cak dengan Tok Bah, tarik rambut ayah Ji, explore dapur cari Tok Wan. Hehehe. Dah rasa sihat sikit, terus kerah seluruh tenaga nak main. ;p



Apapun, seminggu di kampung, memang tidak mengecewakan. Hehe. Kali ni, jadual agak tersusun. Alhamdulillah. Dua-dua keluarga puas hati (meskipun ramai yang rasa tak nak lepaskan Ilham balik sini.heheh). 4 hari di K.Krai, 4 hari di KB. Ok lah tu, kan? ;D. Zaujilah yang paling gembira (dan paling penat sebab tak lekat dekat rumah). Boleh jumpa sahabat-sahabat jauh, boleh jumpa ayah angkat dari Johor. :). Boleh berhimpun ramai-ramai. Suka. :D. Ana pun sempat jumpa adik-adik dan sahabiah hari Khamis tersebut. Alhamdulillah. ALLAH permudahkan.

Balik sini, gigi Ilham bertambah lagi. Gigi kat atas, 4 batang nak tumbuh serentak. Yang dah nampak, 2 batang. Sekarang ni, memang duk asah gigi lah. Menggigit je. Nasib baik Ilham suka gigit bantal je. Hehe. Kalau gigit jari, haihhh, tak tahulah. Hehe.



Benda baru belajar masa balik kampung : nak duduk dalam sinki, pegang batang paip. huhu. Nak kena 'train' semula ni. Tak nak bagi main benda yang tak sepatutnya dibuat main. :)

Dah selesai. :). Alhamdulillah. Sekadar coretan perjalanan kehidupan.

Semoga bertemu lagi. Wassalam


"Ya ALLAH, lindungilah mereka yang aku sayangi daripada penyakit yang merbahaya. Kurniakan kesihatan yang baik kepada kesemuanya. Jauhkanlah kami dari perkara yang mengundang murkaMu. Hindarkan kami dari seksa api nerakaMu"

Isnin, 19 November 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Musim cuti sekolah, banyak undangan perkahwinan diterima.
Ramai yang bakal berubah status. Ramai juga yang telah selamat melangsungkan majlis.

Tahniah diucapkan kepada semua, diatas usaha murni untuk menyempurnakan separuh dari iman.
Semoga rumah tangga yang dibina dirahmati, diredhaiNya sentiasa.


Alhamdulillah.

Hari ini, 19 NOvember 2012. Genap usia 2 tahun perkahwinan ana dan zauj. Angka 2, masih kecil nilaiannya. Masih jauh perjalanan yang akan ditempuh. Masih banyak liku dan onak yang belum diterokai.
Semoga ALLAH permudahkan urusan, perjalanan cinta murni ini.
Semoga ALLAH rahmati dan bimbing rumah tangga kami.
Semoga ALLAH redhai setiap hela nafas kami.
Aminn, aminn ya robbal a'lamin.

Mohon doa dari sahabat sekalian juga.
Moga ALLAH makbulkan doa kita semua.
Saudara muslim kita di luar negara sedang diasak oleh pihak-pihak anti Islam.
Mereka diserang, dibunuh, ditindas tanpa peri kemanusiaan.
Anak-anak kecil juga ramai yang terbunuh.
Sesungguhnya doa itu senjata mukmin.
Untuk sama-sama mengangkat senjata, pasti ramai yang tidak mampu.
Maka, gunalah kudrat yang ada, untuk kita sama-sama mengangkat tangan, berdoa untuk mereka.
Semoga ALLAH makbulkan.

wassalam

Khamis, 1 November 2012

Hujan, perbanyakkan doa. :)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa hendaknya.

Sekarang, hujan mencurah-curah. :). Hampir setiap hari hujan lebat, tak kira masa. Ada masa pagi, ada masanya petang, ada masanya malam.

Hujan, membawa rahmat.
Bila hujan, merupakan antara waktu mustajab doa.
Jadi, kenapa nak lepaskan peluang?
Berdoa, berdoa.
Moga ALLAH makbulkan.

Di negara Barat, ribut taufan sering berlaku.
Terkini, Taufan Sandy melanda A.S.
Ada yang terkorban.
Hujan, kadang kala boleh mamudaratkan.

Jom, sama-sama kita berdoa.
Semoga hujan yang turun di negara kita ini, hujan yang bermanfaat.



Sama-sama kita amalkan.
Semoga ALLAH makbulkan.

Allahumma Aminn

wassalam


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers