Rezeki

Jumaat, 30 Mac 2012

~ Pesan Seorang Ibu ~

Assalamua'laikum


Balik hari tu, mak cerita sikit-sikit tentang kelahiran.


Masih segar dalam ingatan, kata-kata mak :

"Bukan senang nak lahirkan seseorang manusia ni. Banyak yang kena tempuh. Sedikit demi sedikit. Sakit tu, memang lumrah. Nak keluarkan orang dari perut, memanglah kena tahan sakit.


Tupun, ramai lagi yang sanggup derhaka pada mak ayah. Tak sedar betapa susahnya nak lahirkan seorang manusia ni.."


~ terharu dengar kata-kata mak. Memang besar pengorbanan seorang ibu. Proses kehamilan tu sendiri banyak mengajar diri, bahawa kita sebagai makhluk ni memang tak berupaya. Hanya bergantung kepada belas ehsanNYA semata. Ada orang, ALLAH takdirkan dia punya kekuatan yang tak berkurang sepertimana sebelum hamil. Tapi ramai juga yang ALLAH tarik sedikit demi sedikit kekuatan dan ketabahan sepanjang proses kehamilan tu. DIA uji dengan bermacam-macam ujian, dia beri pelbagai rasa sakit, bagi dugaan dari pelbagai sudut. Bukanlah sia-sia.. Tapi, DIA punya sebab yang tersendiri. Ada hikmah dan pengajaran yang ALLAH nak tunjukkan.

Mohonlah kemaafan dari sesama manusia, terutama kedua ibu bapa, ibu bapa mertua dan suami khususnya. Semoga kemaafan dari mereka membantu mempermudahkan proses melahirkan nanti.

Hanya mampu berusaha, berdoa, berharap, selebihnya diserahkan kepadaNYA.

DariNYA kita datang, kepadaNYA kita dikembalikan.

~ doa buat ayah yang sentiasa dalam ingatan. Moga dipertemukan semula di SyurgaNYA nanti ~
Al-Fatihah

 
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 29 Mac 2012

KEMBARA KE PUTRAJAYA.. JOMMMM

Assalamua'laikum.


Apa khabar semuanya? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik sentiasa hendaknya. Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kembara kehidupan sebagai hambaNYA. Dengan limpahan nikmat dan kurnia yang tak pernah berkurang. Alhamdulillah.

Kali ini, kami ingin mengajak sahabat sekalian untuk sama-sama bertebaran mencari ilmu. Kali ini, Putrajaya menjadi sasaran.

Ayuh, sama-sama kita hadirkan diri ke majlis ilmu anjuran Nisa' Putrajaya yang akan berlangsung sepanjang bulan April nanti. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian hebat dari para penceramah yang sememangnya tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Jom, semak tarikh:


Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk hadir beramai-ramai ya.. (^_~).

Jumpa di sanaaa..

wassalam.

SUMBER : http://nisaputrajaya.blogspot.com/


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 28 Mac 2012

...Sujudlah PadaNYA Dengan Penuh Rasa Kehambaan...

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat yang dikasihi sekalian? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik sentiasa hendaknya.

Kebelakangan ini, akhbar sering memaparkan kisah-kisah penculikan, pembunuhan yang menyayat hati. Kadang-kadang tak terjangkau dek akal fikiran kita, bagaimana seorang manusia sanggup melakukan perkara sedemikian kepada seorang manusia yang lain.

Kes penculikan dan jenayah rogol juga semakin kerap terjadi di kalangan kita pada hari ini.

Sudah hilangkah rasa belas didalam hati makhluk bernama manusia sekarang? Dimanakah letaknya nilai sebuah kehidupan dan nyawa sesama manusia?

Mengapa perkara sebegini terjadi dalam masyarakat hari ini?


ALLAHu ALLAH.




Manusia semakin alpa. Manusia semakin lupa. Bahawa dunia hanya tempat persinggahan sementara. Lupa bahawa setiap perkara yang dilakukan, hatta sebesar biji sawi sekalipun, pasti akan mendapat pembalasanNYA. Mungkin ramai yang terlepas dari hukuman di dunia, namun harus disemat didalam fikiran, bahawa mahkamah Akhirat tidak akan mampu dilepasi sewenang-wenangnya.

CCTV ALLAH ada dimana-mana. Kelak, akan ditayangkan segala perbuatan kita, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan. Disaat itu, kita tidak akan dapat menyorokkan muka dari ALLAH. Sekarang, masih mampu tersenyum gembira diatas kejayaan melepaskan diri dari hukuman dunia, mampu menundukkan sistem kehakiman yang ada. Tapi, ingatlah... Suatu masa nanti, dihari pembalasan, tiada seorang pun yang akan terlepas. Segala kebaikan dan kejahatan akan dibalas dengan penuh adil dan setimpalnya.

Dengan masa yang masih bersisa, ayuh kita sama-sama menyerahkan diri kepadaNYA. Dia, Tuhan yang maha kuasa, yang maha Pengampun, yang maha Penyayang. Sujudlah padaNYA dengan penuh rasa kehambaan. Betapa hinanya kita, hamba yang penuh dengan palitan dosa. Setiap masa, pasti akan melakukan kesilapan, samada kepada sesama makhluk mahupun terhadapNYA. Antara sedar atau tidak.

Ayuh, jangan membuang masa. Hidup ini, bakal berakhir pada bila-bila masa sahaja. Semuanya telah ditetapkan olehNYA. Cuma kita yang tidak mengetahui titik noktahnya. Sampai masa, akan pergi jua. Selagi masih dipinjamkan masa dan nyawa, usah diulang kesilapan semalam. Jangan abaikan perintah Tuhan Sekalian Alam. Tunaikan kewajipan sebagai hamba dengan sebaiknya. Taatlah perintahNYA, jauhilah laranganNYA. Contohi peribadi rasul junjungan. Berbaktilah kepada kedua orang tua, sementara mereka masih ada. Berbuat baiklah sesama manusia. Moga redha ALLAH mengiringi kita, menjadi bekalan untuk ke SyurgaNYA.

Salam sayang buat semua,
berpesan-pesan sesama kita. Moga ada manfaat yang dapat dikongsikan bersama.


~ Al-Fatihah buat ayahanda tercinta (Omar b. Arsad) yang telah kembali rahmatullah pada 16 Mac 2012 yang lalu ~

Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 26 Mac 2012

Tenanglah di sana, sementara menanti hari kebangkitan

Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya untukNYA, yang tidak pernah putus memberi nikmat dan rahmatNYA kepada kita semua.

Alhamdulillah, hari ini, ALLAH izinkan untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala; ke klinik untuk urusan checkup yang sepatutnya pada 19 Mac lalu, ke Hospital untuk atur semula temujanji doktor dgn suami, masuk ofis selesaikan saki baki kerja sebelum mula bercuti selama 90 hari. (^_~)




DariNYA kita datang, kepadaNYA kita akan dikembalikan.

Pada 16 Mac 2012 (Jumaat) yang lalu, ayah ana, Omar b. Arsad telah kembali ke rahmatullah. Menyahut panggilan Ilahi setelah 68 tahun 4 bulan mengutip bekalan di dunia ini.

Mohon sedekahkan al-fatihah buat arwah, semoga roh ayah dicucuri rahmatNYA dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para solihin.

Al-Fatihah...
***

ALLAHu ALLAH.

16 Mac, pulang saja dari klinik, terus makan malam. Jam 9.15 malam. Duk makan-makan dengan zauji, ada deringan telefon. Terkejut juga sebab numb telefon rumah yang tertera pada skrin. Tapi sengaja biarkan dulu, sebab bercadang lepas siap makan, akan call semula. Siap makan, terus saja call numb rumah di Kelantan, tanpa sempat membasuh tangan terlebih dahulu. Pelik, sebab 'line busy'. Call telefon mak. Kakak yang numb 2 jawab. Dia seakan kelu, dan dalam keadaan masih tekejut dia cakap :"Wa, ayah dah tak ada".

~ kejutan buat ana juga. Seakan mimpi. Berulang kali tanya kakak, betul ke? Lepas tu kakak pun cerita. Tak sampai 5 minit, terus putuskan talian. Ana masih tidak berganjak. Masih terkejut. Pandang je wajah zauji yang baru siap basuh pinggan kat dapur. Zauj datang dekat baru macam 'tersedar'.. Cakap pada zauj "Ayah dah tak ada".

Segala persiapan balik, zauj yang uruskan. (Masa ni ana duk fikir dan berharap kakak akan call semula dan bagitahu, ayah cuma hipo/pengsan). Tak tahu apa dalam kepala. Nasib baik zauj tak jadi macam ana. Heeee. Kalau tak, dua2 duk bersimpuh je kat ruang tamu tu, tak buat apa-apa. (^_^).

Siap angkut semua barang, jam 11 malam kami bertolak balik Kelate.Tak pernah lagi rasa macam tu. Pelik je rasa. Sepanjang perjalanan balik tu, memang sentiasa berharap kakak akan call semula, bagitahu ayah dah sedar. Hadoi, macam mimpi je semua ni. Waktu solat Subuh di Gua Musang, barulah ada air mata yang keluar. ALLAH. Masa tu doakan arwah ayah ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Menangis tak nak henti. Macam baru sedar dari mimpi. Baru dapat rasakan macam mana perasaan kehilangan orang yang tersayang. Ana tak pernah rasa macam ni. Sebab sepanjang hidup selama hampir 24 tahun ni, memang saudara jauh2 je yang meninggal. Ahli keluarga dekat2 dan rapat, memang tak ada. Bila sekali jadi macam ni, tak tahu nak cakap macam mana perasaan.

Tapi bila dah sampai rumah, tengok jenazah ayah, rasa gembira. Tak tahu kenapa, cuma terdetik dalam hati : "dah selesai urusan ayah di dunia ni. dah tak perlu sakit-sakit kena cucuk jarum, cuci darah, jatuh tersungkur atas lantai, atas tanah. Semoga arwah ayah tenang di sana". Bila tengok ayah, pegang tangan ayah, memang sedih. Tapi semua tu tetap perlu kita lalui. Samada cepat atau lambat, kita semua tak boleh lari dari fitrah sebuah kematian. Bila mak dan kakak cerita betapa mudahnya ayah meninggal, hati ni seakan menangis kegembiraan. Syukur pada ALLAH. Kerana permudahkan urusan ayah. ALLAH dah bagi kerehatan pada ayah. Kita yang masih dipinjamkan masa dan nyawa ni, perlu teruskan kehidupan. Kutip bekalan, teruskan perjuangan. Kalau dah sampai masa, takkan lewat atau awal walaupun sesaat.

Terima kasih tak terhingga kepada sahabat kesayangan sekalian diatas doa dan sokongan yang tak berbelah bagi. Hanya ALLAH yang mampu membalas segala kebaikan kalian.

Sehingga bertemu lagi dilain masa, wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 15 Mac 2012

Lembaran Kehidupan

Assalamua'laikum.

Sedikit rancak menaip di laman sesawang dalam beberapa hari ini. Alhamdulillah, ALLAH beri peluang. Apa khabar sahabat-sahabat diluar sana ya? Moga sihat dan ceria sentiasa hendaknya.

Kadang-kadang ALLAH uji dengan sedikit kesakitan. Moga jadi kifarah.



Minggu lepas, pada 6 Mac, mendapat panggilan dari kakak di Kelantan. Seawal jam 6 pagi! Masa tu, macam pelik je. Selalunya mak je yang telefon pagi-pagi macam ni. Bila jawab, memang agak terkejut dengan apa yang kakak sampaikan.

Mulanya kakak sekadar berbasi-basi. Tanya bila nak balik Kelate. Haih, rasa dah bagitahu banyak kali. Kakak pun macam kelu je, tak tahu nak cakap. Terus desak dia bagitahu perkara sebenar. Kemudian barulah kakak bagitahu : "Mak cakap kalau nak balik, baliklah. Ayah duk hospital lagi. Tak teruk pun. Saja nak panggil balik".

Kakak ana memang sangat tidak pandai nak menipu. (^_~). Memang dari dulu, mak dan ayah bukanlah yang senang-senang je nak panggil anak balik rumah melainkan kes yang betul-betul penting. Bila kakak dah bagitahu macam tu, terus tak senang duduk. Lepas solat, terus bincang dengan zauj, nak balik Kelate.

Dalam pukul 6.30, dapat keputusan. Memang akan terus bergerak ke Kelate pada pagi tu jugak. Nasib baik semalam dah rendam bihun n prepare barang-barang nak masak untuk sarapan. Maka, terus saja sediakan bekal untuk dimakan dalam perjalanan. Pagi tu kena masuk ofis dulu, selesaikan kerja. Bimbang juga kalau bersalin awal. Ialah, sekadar persediaan. Maka, kena settlekan kerja di ofis, dan inform pada bos. Dalam jam 12.00 t/hari, kami bertolak pulang ke Kelate.

Jalan agak lengang, mungkin kerana hari minggu. Alhamdulillah, jam 7 petang kami selamat tiba di Kuala Krai, Kelantan. Terus ke Hospital Kuala Krai, jenguk ayah dan mek.

ALLAHu ALLAH.

Sedih tengok keadaan ayah. Badannya sangat-sangat lemah. Pandang orang pun macam tak ada perasaan. Huu. Bila ayah angkat tangan, nak tongkat dagu, tangannya menggigil. Mak cakap, nurse dah bagi air gula n inject air gula dalam badan ayah. Mulanya memang naik jadi 8. Tapi lepas tu turun jadi 1.9. Nurse pun dah tak tahu nak buat macam mana. Ayah jadi hipo, sebab tak ada gula dalam badan dia. Masa kami sampai tu, ayah memang tak nak bercakap. Mak cakap, memang dah 2,3 hari ayah tak nak cakap dengan orang. Sebab tu mak minta kakak inform pada ana n kakak yang duk kat Gemas suruh balik. Risau kalau ada apa-apa yang bakal terjadi.

Tapi, alhamdulillah, hari kedua, ayah dah bertambah baik. Ayah dah kenal orang, makan pun penuh berselera. (^_~). Mungkin sebab semua anak dah balik Kelate. Alhamdulillah. Syukur padaNYA.

Hari ke-3 ana di Kelate, ayah dibenarkan pulang. Percaturan ALLAH, ayah saudara ana telah meninggal pada hari yang sama. Arwah adalah suami kepada adik Mek ana. Arwah meninggal dalam tidur. ALLAH bagi peluang untuk ana dan zauj ziarah arwah buat kali terakhir dan membantu urusan pengebumian.

Hari ke-4 ana di Kelate, kami ke KB pula. Memandangkan kesihatan ayah dah agak stabil, maka dapatlah kami pulang ke rumah zauj. Alhamdulillah, kedua ibu dan ayah mertua sihat walafiat. Kebetulan kakak ipar pun ada di Kelate, cuma adik ipar saja yang tidak pulang bercuti. Walaupun hanya berpeluang berada di KB selama 2 hari 2 malam sahaja, ia tetap menggembirakan hati kami. Dapat juga bersama keluarga di kedua belah pihak. (^_~). Kebetulan minggu lepas, banyak program berlangsung di Kelate. Pada hari Sabtu, sempat menjejakkan kaki ke Kelantan Trade Centre (KTC), mendengar forum yang best! Ramai sangat orang, dan jalan penuh sesak. Kerana pada masa yang sama, perlawanan bola sepak antara pasukan Red Warrior dan Kuala Lumpur sedang berlangsung. Suara dari stadium, memang sangat meriah. Bak kata orang Kelate: Gege Gepok. Hehe

Habis forum, kami terus gerak ke Kuala Krai pula. Jam menunjukkan angka 12.00 t/malam. Sedikit lapar, singgah di kedai makan sebelah stesen minyak Caltex di Wakaf Che Yeh. Pada asalnya, tak nak makan apa-apa. Sekadar nak teman zauj saja. Tapiiiii, bila tengok tukang masak kedai tersebut, terus saja terbayang-bayang mee tomyam yang sedap! =P. (tukang masak ada ciri-ciri orang Thailand. Cara berpakaian, raut wajah). Maka, bila tuan kedai datang ambik order, selesai saja zauj order air n roti canai, ana terus order Mee Tomyam. Heee. Ternyata, memang jangkaan ana tidak silap. Sangat Sedap!! Dah lama tak makan tomyam sesedap itu. Yelah, kat kota konstantinopel malaysia ni, mana nak dapat makanan yang sedappp n  murah macam kat Kelate, kan? Mee tomyam tersebut penuh satu mangkuk, lauknya banyak : ada udang besar 2 ekor, sotong 1 ekor, dan hirisan-hirisan ayam yang fresh. Harganya cuma RM4.00 saja.. Heeee.. Best kan? Kepada penggemar tomyam, kedai tersebut boleh dijadikan pilihan ya. Betul-betul sebelah stesen Caltex di Wakaf Che Yeh. =P. Kedai tersebut dibuka sehingga jam 2.00 pagi, sebab lepas tu tuan kedai akan berniaga di pasar malam Wakaf Che Yeh pula. (Berdasarkan temu bual zauj dengan tuan kedai tersebut).(^_~)

Sampai di Kuala Krai, jam 2.00 pagi. Masa tu anak buah dan mek belum tidur lagi. Jaga ayah. Kebelakangan ini, ayah memang selalu sangat berjaga malam, dan tak boleh duk diam. Asyik nak berjalan. Mek cakap, mungkin sebab dah 5 hari duk dalam wad, asyik baring je, tu yang dia jadi macam tu. Lenguh badan.

Keesokan harinya, jam 12 t/hari kami bergerak pulang ke kota konstantinopel Malaysia. Jalan jem. Terutama bila dah masuk lebuhraya Karak. Kebetulan pula hujan turun membasahi bumi, tak boleh nak laju sangat. Dan akhirnya, jam 10 malam, kami selamat sampai di rumah. Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan kepadaNYA. Kerana telah melindungi kami sepanjang perjalan pergi dan kembali. Memberi peluang kepada kami untuk bertemu keluarga di kampung. Insya'ALLAH, 3 minggu lagi bakal kembali ke Kelate, untuk jangka masa yang agak lama pula. (^_^). Moga dipermudahkan segalanya.

***

Panjang betul coretannya. Sekadar catatan untuk kenangan sendiri.

Perkembangan k.Dila:
Alhamdulillah, sekarang beliau dalam keadaan stabil. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Temerloh (kampung halaman beliau). Sebelum ni, doktor ada gunakan 1000 ekor ulat untuk makan daging dan tisu yang rosak. 500 ekor digunakan untuk setiap sesi. Sekarang memang tempat yang kena gilis tu, dah tak ada daging langsung. Nampak tulang. Tapi alhamdulillah, tak perlu potong. Mohon doakan beliau, agar terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Terima kasih.

DIA INSAN ISTIMEWA

Dia yang kukenali,
seringkali tersenyum dalam apa jua keadaan.
Walau sakit, sedih, kecewa apatah lagi gembira,
wajahnya sentiasa dihiasi senyuman yang manis.

Dalam tangisan dan sendu,
masih disulam dengan senyuman menawan qalbu.

Sakit yang ditanggung,
dia hadapi dengan tabah.
Moga segala yang berlaku,
menjadi kifarah.

Kusentiasa merinduinya, kak Dila ku sayang.
Naqibah yang telah banyak mengajarku erti kehidupan.
Yang telah membimbingku hingga menjadi seperti sekarang.

"Andai ingin berubah, jangan pernah bertangguh. Bimbang kalau ALLAH tarik semula kekuatan tu. Adaa tak boleh lemah" - pesan dari k.Dila suatu ketika dahulu, (^_~)

Terima kasih ya ALLAH.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 14 Mac 2012

JOM CAKNA ISU SEMASA : SYRIA

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Moga sihat dan ceria sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Sekarang, sejak tinggal serumah dengan zauj, alhamdulillah, selera makan sangat memberangsangkan. (^_~). Berat bertambah dengan cemerlang. Nurse senyum je bila timbang. Kalau sebelum ni, sejak hamil, paling banyak naik pon, 400 gram je. Tapi sejak 2 minggu lepas, kenaikan sehingga 700 gram. (^_~). Makan, makan, makan. Apo nak jadi dengan puan Syuhada ni? Heee

***



 
Baiklah, tanpa membuang masa, nak ajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama cakna isu semasa. Jom bersama dalam majlis ilmu yang akan berlangsung pada ketetapan sebagaimana di bawah :

SYRIA : What's Next??
TARIKH : 17 MAC 2012 (SABTU)
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID TUANKU MIZAN, PUTRAJAYA (MASJID BESI)
PENCERAMAH : PROF MADYA DR. KAMARUZAMAN YOSOF (Institut Kajian Rantau Asia Barat, UKM)


Ayuh, sama-sama kita kupas dan fahami, apakah yang berlaku di Syria. Siapakah mereka? Mengapa berlakunya peristiwa tersebut?

Semoga hasil dari pengisian dan perkongsian nanti, akan mencambahkan kefahaman dan keprihatinan serta kepekaan kita dengan isu semasa.

Program ini terbuka kepada umum. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Jangan lupa ajak kawan-kawan yang lain ya. Yang tak dapat datang, bolehla tolong sama-sama sebarkan tentang program Kuliah Maghrib ini. Semoga ALLAH memlimpahkan kebaikan yang berganda buat kalian.

Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 13 Mac 2012

TIADA DUKA YANG ABADI

....ASSALAMUA'LAIKUM....

Lirik untuk perkongsian bersama:

Opick : TIADA DUKA YANG ABADI



Tiada duka yang abadi didunia

Tiada sepi merantaimu selamanya

Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti

Takdir hidup ‘kan dijalani



Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring

Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu

Namun ku percaya hati meyakini

Semua akan indah pada akhirnya



Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti

Tapi detik tak kembali

Harap ampunkan hamba-Mu ini



Waktu berputar rebulan dan matahari

Bunga yang mekar akan layu akan mati

Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti

Takdir hidup ‘kan dijalani




Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti

Tapi detik tak kembali

Harap ampunkan hamba-Mu ini




Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti

Tapi detik tak kembali

Harap ampunkan hamba-Mu ini

Harap ampunkan hamba-Mu ini
 
 

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 5 Mac 2012

Mencari kasih dan redha Ilahi

Assalamua'laikum

Semoga sahabat sekalian sihat-sihat sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat waafiat.

Alhamdulillah, pada 24 Feb yang lalu, zauji telah menamatkan perkhidmatannya di Johor, dan sekarang telah diizinkan ALLAH untuk tinggal di sini bersama-sama dengan ana. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepadaNYA.

Hari ini, 5 Mac 2012, hari pertama zauji mulakan kerja di tempat baru. Skop kerja kali ini sangat berbeza dengan bidang pengajian beliau. (^_^). Tapi tak kisahlah. Selagi ia halal, insya'ALLAH, akan dimanfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada. Andai ALLAH izinkan, pasti akan ada yang lebih baik. Bukankah perancangan ALLAH merupakan yang terbaik untuk kita? Maka, yakinlah... Ada hikmah yang tak terhitung buat kita.

***



"Jika berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke arah tangga.. Tetapi berusahalah untuk menaiki tangga tersebut"


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Program di Putrajaya, lagi!

SUMBER : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2012/03/euw-presint-18-pada-11-mac-ini.html

Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, lafaz syukur yang tak terhingga kita panjatkan kepada ALLAH yang sentiasa mengurniakan nikmat yang tak terhingga kepada kita semua. Alhamdulillah.

Sebelum ini, Nisa' Putrajaya telah berpeluang untuk bekerjasama dengan beberapa buah surau di sekitar Presint 9 dan terbaru, di Presint 11. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan. Sokongan padu dari ahli dan muslimat-muslimat, sangat memberi kesan kepada kami.

Terkini, kami bakal mengadakan satu lagi program EUW dengan kerjasama surau di Presint 18 pula. Maklumat lanjut berkenaan dengan program EUW tersebut, adalah sepertimana tertera di bawah :




TAJUK : HATI YANG DIKASIHI ALLAH

TARIKH : 11 MAC 2012 (AHAD)

MASA : 9.30 - 11.30 PAGI

TEMPAT : SURAU WAHBAH AL-ZUHAILY, FASA 18R12, JALAN P18B, PRESINT 18, PUTRAJAYA.

PENCERAMAH JEMPUTAN : DR. ROSNI BINTI ADAM


Ayuh, sama-sama kita meriahkan majlis ilmu yang bakal berlangsung. Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk turut serta menimba ilmu dan berkenal-kenalan dengan rakan baru. (^_~)

Sama-sama kita dengar kupasan dari penceramah, bagaimana mendidik hati supaya menjadi hati ynag dikasihiNYA.

Semoga dipermudahkan untuk pertemuan kita nanti. Jumpa di sana. (^_~)

nota kaki:

Untuk ke Surau Wahbah Al-Zuhaily, cik/puan boleh cari Wisma Putra. Masuk simpang yang bertentangan dengan Wisma Putra. Nanti akan jumpa Stesen Minyak Petronas di sebelah kanan. Surau terletak di kawasan apartment belakang Petronas tersebut.

Sekian, terima kasih.

Wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 1 Mac 2012

Hebahan Majlis Ilmu @ Putrajaya

Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk kita sama-sama meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Segala puji dan puja hanyalah untuk DIA, tuhan sekalian alam.

Insya'ALLAH, Nisa' Putrajaya dan Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya bakal menganjurkan sebuah program Kuliah Dhuha Eksklusif Untuk Wanita (EUW) yang akan berlangsung pada ketetapan berikut :

TAJUK : GAYA HIDUP SIHAT, CARA RASULULLAH S.A.W

TARIKH : 4 MAC 2012 (AHAD)

MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT : SURAU AL-FURQAN, JALAN P11 A5/8, PRESINT 11, PUTRAJAYA

PENCERAMAH JEMPUTAN : DR. ROSNI BINTI ADAM (Penceramah Motivasi)

Jemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu. Semoga dirahmati ALLAH hendaknya.

Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. (^_~)

Jumpa di sana, wassalam.


sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2012/03/eksklusif-untuk-wanita-euw-presint-11.html
 

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers