Rezeki

Isnin, 27 Februari 2012

Segalanya dari DIA

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat aja ya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Maaf ya sahabat, beberapa hari ini ada masalah untuk akses blog ni. Tak tahu kenapa, tapi, tak mengapalah. Percaturan ALLAH, pasti ada hikmahnya buat kita. (^_^)

***

Makluman terkini tentang kesihatan kak K.Dila :

Semalam kami berpeluang ziarah di Hospital Sg. Buloh. 3 hari tidak sedarkan diri, kini beliau boleh bercakap seperti biasa, cuma beliau memang tak ingat langsung tentang kejadian pada hari tersebut. Dan akan sakit kepala bila beliau memaksa diri untuk ingat. Semalam beliau menjalani pembedahan untuk membuang tisu-tisu yang terkoyak. Cedera yang paling teruk ialah di bahagian kaki kiri. Doktor dah masukkan besi. Di bahagian muka ada beberapa bahagian yang terpaksa dijahit. Tangan juga banyak kesan lebam dan luka.

Apa pun, sepanjang lawatan sepanjang lebih kurang 1 jam 15 minit semalam, sangat terharu dengan ketabahan beliau. Beliau menangis bukan sebab sakit, tapi menangis sebab terharu kami datang ramai-ramai ziarah beliau. T.T.

ALLAH.. Senyuman memang sentiasa terukir. Kadang-kadang jelas kelihatan beliau sedang menahan sakit, tapi masih lagi tersenyum dan menegur kami. Kak Dila, memang insan yang cekal.

***

(k.dila selalu htr SMS ttg ukhuwah mcm ni. (^_^)


Mohon doa dari sahabat sekalian, supaya k.Dila lebih cekal menghadapi hari-hari yang mendatang. Sehingga semalam, doktor masih belum bagitahu berapa hari lagi k.Dila perlu tinggal di Hospital tersebut. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan seterusnya.

Terima kasih atas segalanya. Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers