Assalamua'laikum.
Apa khabar semuanya? Moga sihat sejahtera hendaknya ya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izin ALLAH yang maha Esa. Syukur, seinfiniti syukur kepada-NYA, atas nikmat yang tak pernah henti walau sedetik. Selawat dan salam kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w dan kepada kaum keluarga Baginda.
ALLAHu ALLAH.
Hari ini, 16 Febuari. Semalam adalah ulang tahun kelahiran my dear housemate. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kak. (^_~). Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAH dan dakapan iman selalu.
Selalunya, memang akan ruang untuk bersembang santai dengan para isteri dan ibu di pejabat ni. (^_~). Banyak juga rahsia/petua yang dikongsi bersama. Ada nasihat dari yang sudah berusia. Ada juga yang masih muda-muda. Semuanya didengar dan diberi perhatian. Bukankah pengalaman merupakan guru yang terbaik? Walaupun sesuatu perkara tidak berkaitan dengan kita, belum tentu lagi selamanya kita tidak akan mengalaminya. Mungkin suatu masa nanti, bila ia berlaku kepada kita, berbekalkan dengan apa yang pernah kita dengar dari pengalaman orang lain, ia mampu membantu kita. Siapa tahu, kan? (^_~).
Ada seorang sahabat, bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Ramailah yang bagi tips untuk berkomunikasi dengan berkesan nanti. (^_~), Ialah, ramai yang cakap, orang lelaki/wanita, sebelum kahwin dengan lepas kahwin, biasanya akan ada perbezaan. Kalau tak banyak, sikit pun ada.
Maka, kena bersiap sedia dari segi mental, bahawa kita semua memang takkan sama, dan ada kurang serta lebihnya. Perlu sentiasa berfikiran terbuka, dan bersedialah untuk membuka hati dan minda mendepani hari-hari yang mendatang. (^_~)
Dari kacamata wanita, selalunya suka sangat beranggapan bahawa bila mereka mahu seorang suami melakukan sesuatu, cukup dengan memberikan 'hint'. Bila suami tak faham-faham, mulalah ada yang menjeruk rasa. Sedangkan hakikatnya, jarang sangat suami yang faham 'hint' yang disampaikan oleh isteri mereka. Suami lebih mudah faham sekiranya isteri bertindak dengan menyatakan dengan jelas apa yang ingin suami lakukan.
Contoh paling mudah : isteri nak minta suami tolong buat kerja rumah. (^_~)
Si isteri adalah wanita bekerjaya. Balik rumah kena uruskan anak, masak, lipat kain, kemas-kemas. Si suami juga seorang lelaki yang bekerjaya. Balik sama-sama dengan isteri, tapi suami tak tahu nak buat apa. Jadi, disebabkan dia merasakan bahawa masa yang ada sangat banyak, suami pun duduk di ruang tamu, sambil baring-baring baca majalah atau surat khabar. Si isteri dekat dapur dah panas hati. Tertekan dengan sikap suami. Isteri mengomel-ngomel. "kenapalah suami aku ni susah sangat nak masuk dapur? Dia tak boleh ke tolong aku? Takkan dia tak faham aku penat ni". Tapi isterinya tak bagitahu suaminya terang-terang. Duk pendam je. Bila perkara ni berlaku secara berterusan, makin lama, makin berat tekanan yang dihadapi oleh isteri. Bila dah tak tahan, isteri pun merajuk, tu pun tak ada pulak nak bagitahu suami apa-apa. Suka pendam perasaan sorang-sorang.
Di pihak suami, memang susah nak faham perkara-perkara macam ni. Orang lelaki kan berpandangan jauh. (^_^). Benda-benda melibatkan perasaan ni, hmm, lambat sikit nak tangkap. :p. Bila tengok isteri merajuk, bukan nak pujuk, tapi duk mengusik pula. Ingatkan "hari ALLAH bagi cuti". Yang suami tahu, orang perempuan akan mudah berubah 'mood' bila ABC. Sampai bila pun tak selesai masalah ni.
Jadi, apa yang boleh dilakukan sebenarnya? (^_~).
1) Kena selalu berterus terang, apa sebenarnya yang isteri fikir dan rasa. Kalau tak puas hati, ada baiknya bincang awal-awal. Jangan biarkan perkara ni berterusan. Bimbang kalau termakan diri. Nanti bila suatu masa, dah tak boleh kawal, isteri akan keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya, atau melakukan perkara yang melukakan hati suami. Nak salahkan suami 100%? Tak boleh juga, sebab suami sebenarnya tak tahu pun apa punca masalah. Bahaya kalau melukakan hati suami, nanti suami tak redha, malaikat pun marah pada kita.
2) Kena faham, macam mana asuhan keluarga mertua terhadap suami. Sesetengah keluarga, orang lelaki memang tak masuk dapur. Kerja rumah semua ni, hanya oadik beradik perempuan saja yang buat. Nak makan pun ada orang hidang, pinggan mangkuk semua orang basuh. Jadi, suami dah terbiasa, dan dia tak tahu pun yang sebenarnya dia perlu tolong isteri buat semua tu. Kalau nak minta suami tolong buat kerja rumah sama-sama, boleh bagitahu pada suami. Terus teranglah. Jangan anggap suami dah tahu semua perkara. Suami takkan menolak kalau isteri minta dengan cara yang elok. (^_^)
Ini saja perkongsian untuk hari ini. Petikan dari sembang santai bersama Puan Mun sebenarnya. Semoga ada yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. Pengisian tak berat dan disampaikan dengan ayat yang mudah. Moga kita sama-sama boleh ambil input berguna.
Apa yang penting, terimalah kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya. Kalau ada masalah, boleh bincang. Kita tak boleh anggap orang lain akan sama dengan kita. Even, adik beradik yang sedarah sedaging tu pun banyak beza, inikan pula dengan orang yang memang sah-sah bukan dari keluarga kita, kan? Jangan selalu mengharap, tetapi selalulah memberi. Ia akan lebih memberi kepuasan dan kebahagiaan kepada kita.
Sehingga bertemu lagi, wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *